Done LI?

Hello its me, Aina.

Sekarang study week. Minggu berjimba untuk budak-budak uni. Nama sahaja study week. Selalunya week ni lah tiba-tiba segala vacation yang plan setiap kali weekend tiber je onz. Kalau budak jauh yang ada rezeki balik, ha memang balik kampung. Ada rezeki duduk study dengan aman dekat library. Mana-mana asalkan bahagia. Sebab masa ini tak akan boleh di ulang semula. Tahun depan akan ganti dengan cerita baru, memori baru, orang baru dan selagi bernyawa begitulah kehidupan kita. 

Jadi kisah untuk minggu study week aku ni, aku setelkan bab-bab latihan industri. 

Ahad (03/12/2023):

Aku pergi ke kampus untuk buat presentation. Habis presentation pukul 12PM, terus aku bekejar sambung buat kerja dekat Zus. Aku beli kopi pukul 12, pukul 4 baru aku minum. Sebab aku terlupa ye tarikh submit report 2 Disember 2023. Nasib lah lecturer baik, dia pm sorang-sorang. Alhamdulillah rezeki dapat SV Latihan Industri yang baik. Terima kasih Sirs! Semoga sihat selalu, murah rezeki dan dipermudahkan urusan selalu. 

Jam 4 terus bergerak ke ofis tempat aku intern, masa yang diambil kira-kira 1 jam 30 minit. Dah sampai aku nak lah belanja balik si Izmer tu sebab aku ni tak suka menerima sahaja. Nak give and take. Gitulah kisahnya. Aku pun berhenti lah dekat Zus sebab nak beli kopi, eh dia call. Kirim beli air sebab jamban dekat ofis tak de air. 

Lalu aku ke Lotus, beli air minuman yang setengah dozen tu. Jalan jem nak mampus ye dengan hujannya. 6:45 lebih baru lah sampai ofis. Masalahnya aku sampai ofis nak ambil buku log yang ditandatangan dan juga markah intern, last-last sv aku sign buku log je. Markah internnya belum disign. Waduh. Lalu aku pulang dengan kekecewaan dan penat. 

Sebab esok nak kena datang semula dan ambil markah. Dah lah tak dekat. ಥ_ಥ̥.




Isnin (04/12/2023):

Jap aku tengah recall apa aku buat hari Isnin. Lol, nak amik markah lah. Astaga. 

Jadi hari Isnini, aku ke ofis semula, jumpa dengan SV aku, lepas tu balik rumah balik. Ye aku buat satu benda je hari Isnin ni, tapi penat dia sebab overthinking ye. Overthinking seharian sampai aku rasa macam bodo je. Punca overthinking? Sebab SV aku tak reply mesej aku, tapi dalam group kerja dia reply. Koyak ye. 

Draining asf. 


Selasa (05/12/2023)

rest day, i take my pills cause my mental state unwell. 


Rabu (06/12/2023)

Wake up at 930 AM, and get ready. Pukul 12 baru siap. Ye. Aku tahu lama nak mampus. Itupun aku buat rileks lagi, sekali SV ws. Time tu dah lah tengah pakai bedak. terus gelabah. Dah lah borang markah SV tempat intern aku tak cop nyah. Kena gerak ke opis dulu lah ye. Pukul 12:50 PM centu aku sampai, aku minta member dekat tempat intern aku copkan je. Itu pun aku masuk ofis senyap-senyap sebab tak nak terserempak dengan siapa-siapa. Kang banyak coletehnya. 

1:00 PM, terus gerak ke kampus untuk hantar segala benda yang berkaitan. Buku log, report, borang markah. Sampai kampus 2:30. Itu pun aku dah bawa macam kena rasuk setan. Semoga tak de lah kena speedtrap ke apa ke, sebab saya perlu cepat. Saya tak suka orang tunggu saya. ಥ_ಥ̥. 


Setel je semua tu aku lepak CU Mart, sekali line aku sendu pulak kat situ. Cancel terus plan aku nak bermastautin kat situ sambil makan ramen. oh, baru aku sedar hari ni aku tak de selera makan sangat?
Aku makan cornsosej tu dengan minum air. Kopi feveret aku pun aku tak minum? 



Pukul 4 macam tu aku singgah dekat tasik kejap, sebab yelah amik angin. Healing,selfie. Pastu lepak dekat surau sampai lah sekarang.

Since aku dah hantar report Latihan Industri aku dan segala anak-anak dia.  Aku tak minta A+, cukuplah lulus dan tak perlu repeat. Inshaallah. Report dapat 20/20 pun okay dah. 




Aku baru perasan yang aku tulis blog aku dah macam buku log aku....

tapi, aku rasa macam best je buat buku log ni. like kau boleh ingat something yang kau tak rasa penting tapi eh cam oh aku buat benda ni ek. haaa gituh.

Its good to be back here. My safe space. 




Tempat jatuh lagi dikenang orang kata. Tak tahu nak cakap macam mana. I feel good. Alhamdullillah. Terima kasih Ya Allah atas kiriman orang baik-baik dan melancarkan segala urusan. 

Sekian update! Nak pergi main bowling pulak!


spread love


Comments

Popular Posts