Pengalaman mengambil SPM sebagai calon persendirian — part 4 (ujian lisan)
Before aku sambung story aku, terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi baca sampai habis aku punya kisah. Knowing someone really read my stories really make me cry. :) I love you. So aku nak sambung sikit.. sorry lah sebab lama tak update sebab busy sikit 2-3 hari ni.
ujian lisan-bm&bi
Okay, tak silap aku yang retake SPM dalam tempoh tertentu tak perlu mengulang. Untuk yang kali pertama, yang macam aku ni, wajib ambil! No excuse. Bila korang dah setel dengan isi borang sepanjang bulan Mac ni, dalam bulan beberapa bulan kemudian, surat panggilan untuk menghadiri ujian lisan akan di pos ke rumah. Jangan bimbang ye adik-adik, kakak, dan abang.
Dan ujian lisan akan berlangsung pada bulan 7.
Aku tak sure kalau yang lisan dekat sekolah macam mana, tapi yang persendirian ni memang chill je.
Time BM hari tu, aku tak ready. Sumpah tak ready. Aku cerita pasal aku je, sebab boleh tajuk bebas jadi aku boleh fikir pasal aku je. Sebab yang tu je paling senang. Huhuhu. Noob sia aku time tu. Tapi jangan bimbang, sebab mula-mula korang akan ada secara individu dan secara kumpulan. dan markah yang paling tinggi akan dikira.
So masa kumpulan ni pun jangan bimbang, markah masih hak individu bukan secara berkumpulan. Jadi you got second chance! Yeah.
Dalam lisan, korang akan di groupkan. Sama ada nak pilih sendiri atau dorang yang tentukan dan korang akan berforum perdana hal ehwal islam ye.
sedikit tips untuk lisan individu/berkumpulan
1. jangan berat mulut. engkau taram jelah apa pun. yang penting jangan time ni kau nak diam seribu bahasa. JANGAN. sebab kalau korang tak de idea nak cakap pun, paling kurang pentaksir akan soal sesuatu dan korang kena jawab. dia nak tanya apa? benda kaitan dengan korang tengah cakap lah..
2. make sure korang tahu apa yang korang nak cakap, you guys ada dalam 10 minit macam untuk decide apa yang korang nak cakap. So jangan gabra. Tak payah nak hafal-hafal. just remember the important points.
3. pilih tajuk yang senang dan mudah di kupas supaya tak end up korang bingung nak cakap apa.
4. doa dapat group-mate yang easy-going dan pandai cakap. supaya dorang boleh bantu korang sebab time bm hari tu, budak grup aku tu masyaa-allah . kalah ustaz tv. huhu. power nak mampus bm dia. aku nanges kejap.
dan BI pun sama. cuma BI ni, aku dapat pujian melambung lah sikit sebab aku sikit time speaking. first time hakak merepek english. pentaksir tu seronok tengok aku. aku jeling markah aku, alhamdulillah.. tinggi dari bm aku. huhuhuhuhu.
oh, btw tarikh bm dan bi tak sama. :)
Bila dah pergi ujian lisan ni, aku learn someting. Bila aku rasa life aku macam dah teruk, ada lagi yang teruk daripada aku. Benarlah janji Allah tak akan membebankan kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu.
Memang orang-orang yang aku jumpa adalah orang yang sangat kuat semangat. Tak kenal erti putus asa dan pelbagai latar belakang and they inspire me a lot!
So, till next time! If you have any question direct to my ask.fm for fast response!
Ahahahhah saya ingat ada ujian atas kertas je >_> Hmmm dekat mana ya ambil ujian lisan tu?
ReplyDeleteblh tau x soaln die cmna
ReplyDeleteSy pun ambil spm persendirian...sepatutnya exam last year.tapi sebab sakit lebih kuramg macam awaklah...so sy mmg faham macam mana perasaan awak..huhu...harap ni last dah..tak tak nak dah ambil pula next year...paling harap kesihatan mental ni sentiasa terjaga dan dan tak sakit dah:-)
ReplyDeleteSeram pulak aku baca T.T
ReplyDeleteKat mner nk ambik spm persendirian sebab sya dah tercicir..
ReplyDeletehi dear! can you email me? I will explain more details to you. (theainaakmal@gmail.com)
DeleteAku nak ambik spm luar, sebab aku berhenti skolah tingk.4. Cammane eh?Nervous pulak aku walaupun tak pergi lagi mana2 pejabat pendidikan ke apa
DeleteKt mane ek nk amik spm persendirian ye
ReplyDeleteyou boleh pilih mana mana sekolah kementerian untuk jadikan pusat peperiksaan. :)
DeleteArticle ini sangat membantu
DeleteIa membuatkan saya Bersemangat untuk menghadapi Ujian Ini
Tahniah🥳🥳🥳✨
Saya bagi 5✨😊
dear, nak isi borang spm persendirian dekat mana boleh dapat?
ReplyDeleteKalau ambil pendidikan islam ada ujian lisan tak, bab sy mau ambil calon persendirian. Kalau gagal kertas pendidikan islam di kira gagal semua kah?
ReplyDeleteUtk sejarah, ade kerja kursus yg perlu dibuat?
ReplyDeleteTiba-tiba terjumpa blog ni, rasa nak memberi comment pula.
ReplyDeleteSaya pelajar SPM 2013 yang mempunyai nasib yang hampir sama seperti anda. Diagnose menghidap penyakit social phobia and also depression, saya melakukan treatment di hospital every month. Tidak pergi ke sekolah from form 2, malah tiada tutor yang mengajar.. just me, myself. Time SPM ambil 6 subject basic shj, Math saya GAGAL dan BM tak LULUS.
Ambil SPM Ulangan sebab saya still nak sambung belajar sebab minat dgn komputer. Syukur itu titik permulaan perjuangan saya utk bangkit. Saya sambung belajar and now I'm currently pursuing my bachelor degree in Software Engineering.
Apa yang saya cuba sampaikan. Nothing is impossible, saya still ada mild symptom of that penyakit but saya dapat fight jika perlu. Tiada apa yang terlambat, manusia boleh berubah. All the best to you !
Why kita sama eh , aku berhenti sekolah masa form 2 and my spm patutnya tahun 2013 but now 2019 baru lepas abis Spm Persendirian . Aku sakit. Tapi aku x tau nak explain mcm mana. So skrg aku tengah tunggu result spm . Btw aku pun minat komputer . Tahun lepas 2018 aku masok giat mara amik sijil skm tahap 3 komputer. Tahun 2019 baru amik spm sbb susah nak sambung kalau xde spm
DeleteSaya pon ambil spm calon persendirian tahun 2011. Tahun ni dah selesai ijazah sarjana muda alhamdulillah.. cumanya risau sebab banyak jgk requirement untuk dtg interview kena bawa sijil berhenti sekolah. Macam mana eh?
DeleteBagi je sijil Spm. Yang mintak ni selalunya kerja kerajaan la, macam mengarut je.
Deletesemoga Allah permudahkan ujian lisan BM sy esok. sekurangnya kita lambat, bkn ketinggalan
ReplyDeleteujian lisan BI pun sama ke? ada group jgk ke?
ReplyDeleteULKCP BI pun ada group ke? atau individual sj?
ReplyDeleteHai...sy nk tnye..sy dah umur 23 n thun depan plan nk ambil spm..pda umur 24..sy x tahu nk mula daripada mana...sbb sy bekerja,dlam masa yg sama ibu kpda 3 anak..nak pergi sekolah rasa nte mmg x dpt..jadi sy decide nk buat secara persendirian..cuma x tahu nak mula dari mana..boleh bantu sy..?terima ksih..
ReplyDeletepergi PPD register sebagai calon persendirian. Klau tk silap bulan Mac 2020 akan buka permohonan tu
DeleteHai , saya pun berumur 23 tahun. Baru amik spm tahun ni 2019 sebagai calon persendirian . Saya belajar kat tuisyen selama 10 bulan. Tu je choice saya untuk belajar . Kalau belajar sendiri tu mmg susah sikit kecuali kalau kita focus and pandai bahagi masa untuk belajar. Ape ape pun goodluck !
DeleteSalam hii sorry nak tanya tany awak belajar tuisyen tu eh?
DeleteTerima kasih atas tips ye. Saya ambil ujian lisan esok 😅😅 jujur memang takut sangat, rase macam taknak hadir tapi lepas baca blog akak, tak tahu kenapa jadi tenang. Saya jenis orang darah gemuruh, anxiety saya agak tinggi tapi insyaallah esk berjalan lancar. Thank you 😘
ReplyDeleteAssalamualaikum akak,saya dah baca dri part jadi saya rasa nak minta pendpat akak.Saya msih berusia 16 thn dn msih brsklh ttpi mslh kehadirn saya sngt teruk sbb saya ada depression..Minda saya tengah brlwan dgn perasaan saya yg hendak brhenti sklh ttpi saya tak kuat,saya memang trlalu benci dgn sklh ats sbb trtentu yg sgt bodoh wlaupn saya tak prnh dibuli dn merupakn seorg murid yg agk baik dimata guru.Saya dh bbrpa bulan mengalami depress jdi mula2 tu saya fikir dah baik ttpi tdak..stiap hri,air mata saya psti akn mengalir entah knpa apabila sya prlu k sklh,klau d rmah ok jer,tu pun klu tak fkirkn pa2 tntang hal sklh/msa depan.Saya dh lama brtahan,dh cba mnta dorongn dri rkn,guru,saudara&kluarga ttpi tdk brhsil.Saya trlalu rasa hndak brhnti sklh dn mngmbil spm prsndirian.Ttpi saya sngt risau dgn bnyk prkara,sya nk mnta pndpat akak..Tolonglh bantu saya..saya dh tak tau nak mngadu dgn siapa lgi kak..
ReplyDeleteHi, kita ada masalah yg Sama . 99% statememt awak dgn sy sama. Bagi sy,ambik calon persendirian lagi ok. Bukan malas p skola cuma dipresi tu lebih menguasai diri . Hidup jadi serba salah . P skola pun x dpt fokus sama ja kan
DeleteHi, kita ada masalah yg Sama . 99% statememt awak dgn sy sama. Bagi sy,ambik calon persendirian lagi ok. Bukan malas p skola cuma dipresi tu lebih menguasai diri . Hidup jadi serba salah . P skola pun x dpt fokus sama ja kan
DeleteMacam mne nok ambik lisan tuh...Sya k.o dh bi insyaallah kalu BM tu boleh kok..kalu lisan ...Sebb thn ni Sya kena ambik bersendirian...Sya x bijok mne ..mse awal thn 2019 tuh .Sy msk kemahiran ..Sebb Sya tau Sya x leh gi ...bile di pikir...rse nyesal gi kt kemahiran Sebb kt situ kena ambik sendiri SPM..Sya ni
ReplyDeletedhlah Payoh nk mri ape lah nasid..Cite ii pon x ahu ..hum..broken gk posen ..kadang ii mikir gk ...ni semua Sebb takdir mungkin ade hikmah op...beri lh komen positif for me too spm20 ni..😀
assalamualaikum adik, kak nak tny soalan, ambil spm calon persendirian ni, nanti kalau nak mohon apa2 kolej ke uni ke, result boleh pakai kan? Just nak comfirmkan coz ank sedara ada school phobia, plan untuk berhentikan terus then bt homeschooling.. Thanks adik
ReplyDeleteboleh je sis, tak de masalah, sebab spm boleh guna semua.
DeleteNak tanya kalau yg berhenti sekolah darjah 3.lepas tu x sekolah lagi fobia dgn cikgu sampai lah kebesar..skrg dh umr masuk 25 kira boleh kan ambik spm
DeleteBoleh je ambik Spm tanpa UPSR/PMR/PT3. Syarat dia umur minima 16 tahun.
DeleteKlu dah ambik spm persendirian tu misal nya lulus nak sambung study lagi blh ke..bkn ape ade baca dn dgr nak sambung study kena ade sijil berhenti skolah...blh bantu jwb x?
DeleteSaya pun Spm persendirian, tahun 2013, sepatutnya 2010. Memang tak minat gi sekolah dari kecik (mungkin sebab suasana), belajar kat U ok je. Masuk tingkatan 4 terus tak gi sekolah sampai kene buang hehe. Kemudian tu baru ada kesedaran. Tapi result hancur, khatam buku/exercise awal sangat jadi malas. Jadi bila dekat peperiksaan dah macam tak study. Mujur dapat jugak masuk U. Dapat jugak Sarjana Muda. Walaupun lewat 3-4 tahun.
ReplyDeleteTakda sambungan ke cik Aina? Sekarang ini apa kisah cik Aina? Kongsilah sedikit keputusan cik Aina, pengalaman semasa jawab kertas peperiksaan.
ReplyDeletesekarang saya dah sambung degree dalam bidang it, inshaa-allah ada masa saya akn cuba untuk kongsi kisah saya, terima kasih kerana sudi baca :D
DeleteAssalamualaikum awk,boleh x bgi kata2 semangat kt sy utk amik spm,sy decide nk amik tahun dpn 2021 even tahun dpn da 25 tahun.sbb sdr apepun mmg prlu spm.sy prnah jugak msuk giatmara course fashion and dressmaking tpi tulah x leh smbung sbb xde spm.sdihhhh sngat.nk belajar lagi sbb minat dgn ilmu.tak kesah ape pun yg pnting sesuai dgn kemampuan sy.share la dgn sy.Moga Allah berkati hidup awk.tq
ReplyDeletesaya minta maaf sebab lambat reply,
Deletesatu je kata kata yang saya pegang sampai sekarang. better late than never. if awak tak berusaha sekarang sampai bila kita akan berada di tempat yang sama, jadi saya yakin bila awak berusaha untuk kejayaan awak inshaallah allah akan sentiasa ada bersama awak. saya doakan!
saya yakin,kejayaan adalah milik semua orang! good luck anon! :D
Assalam. Sy since form 3 banyak tinggal sekolah. Skrg sy form 5 dan almost 2 weeks tk pergi sekolah. Ibu sy ada berbunyi utk hntr jumpa psikiatris tapi smpai skrg tk ckp apa apa. Cg kat sekolah pulak takyah ckp lah mmg mcm memaksa sgt sbb pelajae target A kat sekolah. Sy ingat nak ambil SPM persendirian tapi sy x tahu prosedur dia mcm mana.
ReplyDeleteAssalamualaikum akak Aina, saya nak tanya kalau format untuk Ujian Lisan English SPM macam mana pulak ya? (untuk calong persendirian)
ReplyDeleteSerius kisah ko sama ngan aku. Nak ambik periksa persendirian ada ke untuk pelajar form 5 2020 family aku semua kata takda takda nye dah takda aku takleh dahla la cikgu sekolah aku pun ada school phobia tapi takda org yang paham dan rasa cam nak bunuh diri aku dulu pernah jadi top students sampai la aku sakit time form 4 start situ la semua hancur tapi pasal kawan aku mmg takda kawan wkwkw org yang inspire aku and faham aku kawan game online aku sorang tu je yang kalau tak aku taknak ambik apa apa dah hari hari nak bunuh diri je rasa btw sorry sibuk je nak citer Panjang aku tak tahu nak mula mana aku nak tanya periksa persendirian ada lagi ke tahun 2021tu je.
ReplyDeleteHi sis I have a question that wht will happen if we didn't attend or take ujian lisan Bm...
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteKalau x hadir Ujian Lisan... Masa dah daftar ambik SPM Persendirian... mcmana ya? Laku ke sijil SPm Saya?
Assalamualaikum. Sy ambik spm tahun depan 2021.ujian lisan 13/9/2020. Rase dia lain mcm ja����doakn sy semoga dipermudahkan..☺️☺️
ReplyDeleteAssalamualaikum. Sy ambik spm tahun depan 2021.ujian lisan 13/9/2020. Rase dia lain mcm ja����doakn sy semoga dipermudahkan..☺️☺️
ReplyDeleteAssalamualaikum. Sy ambik spm tahun depan 2021.ujian lisan 13/9/2020. Rase dia lain mcm ja����doakn sy semoga dipermudahkan..☺️☺️
ReplyDeleteAssalamualaikum, Saya tau blog ni dah lama tapi tadi saya terjumpa blog ni masa tengah cari info pasal ujian lisan bahasa inggeris untuk private candidate. Saya tak pergi tuisyen walaupun saya mengulang dan hanya belajar sendiri /cries/ so saya nak tanya sikit masa ambil ujian lisan BI tu dia akan tanya apa ya? Persediaan apa yg perlu saya buat masa nak hadap ujian lisan tu? Sebab next week saya akan ambil ujian lisan Bahasa Inggeris. ;-; Perlu ke Saya hafal karangan sebab sekarang ni pun dah 2020.
ReplyDeletenak tanya la..saya berhenti sekolah masa form 2,skrg umur da 35tahun,rasa menyesal sgt xambik spm.skrg nak ambik spm persendirian tp da lama tgal kan sekolah..so saya bingung nak jwp apa masa exam nanti? perlu ambik spm ke atau abaikan je memandangkan saya da 35 tahun da kawen dan ada anak satu😔
ReplyDeleteHai.. nak tanya nii macam mana nak ambil sijil ulbs tuu dia hantar ke macam mana
ReplyDelete