Pengalaman mengambil SPM sebagai calon persendirian — part 1 (reason&mukaddimah)





So, aku nak share dengan rakan pembaca sekalian sikit pengalaman aku sebagai calon persendirian SPM 2017. Seandainya adik, akak, abang ada sebarang soalan yang mampu di jawab boleh tanya dekat ask.fm aku terus atau boleh email ye.

Sebab-sebab aku menjadi calon persendirian.

Aku mengambil keputusan untuk menjadi calon persendirian setelah 2 tahun tertangguh SPM. Aku jadi serik untuk ke sekolah dan aku tak pergi sekolah dah. Memandangkan rakan-rakan aku yang aku kenal sudah mula memasuki alam kolej, asasi, matriks dan sebagainya. Selain itu, ada beberapa cikgu yang downgrade kan aku dan tak suka aku sebab dia ingat sakit aku ni benda main-main. 

Aku cuba kuatkan hati aku untuk lupakan semua benda tu, tapi aku tak cukup kuat nak hadap cikgu tu seolah-olah tiada apa yang berlaku. Bencinya cikgu tu sampai hari aku nak ambil sijil dari sekolah tu, langsung tidak di pandangnya muka aku. Sedih dan kecewanya hanya Allah yang tahu. 

Aku dah minta maaf semua dan cerita semua masalah aku semasa aku tidak hadir ke sekolah. dan balasan yang aku terima cukup buat hati aku terluka. Pedih dia tu tak tahu nak cakap macam mana. Korang tak akan faham selagi korang tak kena. Pihak pengurusan pun sama juga. 

Ada guru-guru yang sayangkan aku, dan mendoakan supaya aku cepat sihat dan mampu belajar seperti biasa sebab tahun tu aku dah nak ambil SPM  dan tiada kata lain melainkan syukur dan aku mendoakan semoga Allah memurahkan rezeki dan melimpahkan rasa kasih sayang yang sentiasa buat guru-guru tersebut. 


Setelah aku istikharah semua dan mendapat sokongan family, aku tekad dengan keputusan aku. Untuk apa aku ke sekolah lagi kalau sekadar untuk tempah kesakitan dan air mata. Sekolah yang sepatutnya menjadi suatu tempat untuk menimba ilmu dan mencipta memori indah terpadam secara perlahan dari minda. 


Jadi pada hujung bulan 2016, aku berhenti sekolah secara rasmi. Tiada lagi guru, tiada lagi rakan sekelas, tiada lagi terkejar-kejar makan bihun sup lepas solat zohor sebab nak ke kelas petang. Tak ada kelas pagi yang paling malas sekali aku nak pergi. Aku rindu semua ini sejujurnya tapi bukan kemampuan aku untuk stay di situ.

Pada bulan Jun aku jumpa psychirist sebab kementerian pelajaran minta surat rasmi dari doctor untuk penangguhan SPM kali ke-2. Aku pergi ni one session only, sebab aku alhamdulillah tak adalah sampai tahap depressi ke apa ke, cuma sekadar nak penuhi syarat sahaja dan aku di diagnoskan dengan school phobia. 
School phobia, school avoidance and school refusal are terms that describe an anxiety disorder in children who have an irrational, persistent fear of going to school. Their behavior is different from children who are truant and express no apprehension about missing school.

Aku rasa aku phobia dengan satu sekolah tu je. dengan sekolah-sekolah aku yang sebelum ni aku happy je nak pergi balik. Serius weh, sekolah ni tempat paling best. Sebab time sekolah lama, memang nakal nak mampus. Cuma nakal aku tak kantoi dengan cikgu lagi je. Sebab cikgu-cikgu puji aku budak baik. HAHAHAHAHA. Maafkan saya cikgu. heheh

Jadi end part 1. Nanti aku sambung part seterusnya pulak ye. Good night!
spread love ♥ 

Comments

  1. You can do it! Remember that He tests the one He loves ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you. I've finished my spm already and yeah waiting to go to collage or etc. need to ready for another adventure. huhuhu. and indeed, he tests the one he loves. :)

      Delete
    2. hi, boleh tanya? Betul ke kalau ambil spm persendirian ni tak dapat sijil spm

      Delete
    3. betul ke kalau ambik spm persendirian ni tak akan dapat sijil spm aaa

      Delete
    4. Boleh satu tahu kat mne awak ambil spm persendirian?

      Delete
    5. Boleh saya tahu kat mne awak ambil spm persendirian?


      Delete
    6. Boleh tak saya nak tahu kat mne awak ambil spm persendirian?

      Delete
    7. Anonymous21/2/21

      Saya ambil spm di sarawak🥺. Boleh tau ka kita harus pakai baju apa🥺🥺🥺

      Delete
  2. Serious ika baru tahu ada school phobia. Awak, keep fighting :) Apa pun, ingat. Dugaan yang Allah beri kan buat kita tu atas sebab dia tahu kita booleh hadapinya :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak Nana, ingat lagi tak kat Yaya xDD Heheh sebenarnya saya pun tak ke sekolah lepas sejak zaman blog.. a.k.a. Darjah 6. Banyak masuk sekolah lain lepas tu, tapi on and off je. Paling haru yang tahun ni punya tahan 2 hari je, huh.. Lepas punyalah berbulan proses nak masuk balik..

    Serius bukan mengada ke apa, memang dari Darjah 6 jumpa psychiatrist dah tahu ada depression+gangguan jin on top of that. Memang hospital kesihatan mental tu suruh pergi lagi, tapi dah tahap nak bunuh diri tak kisah apa-apa langsung memang taklah nak pergi =,= Ingat dah okey lah, dah lama kan. Sebab tu teringin nak masuk sekolah balik. Tapi sekarang dah bulan 4, nak kata apa pun tak guna. Jadi hari-hari saya diteruskan tolong emak dengan bisnes menjahit beliau, eheheh~

    Tiba-tibalah hari ni terasa nak buka blog Kak Nana, tengok rupa baru apa pula kali ni :D Dan-dan kat homepage ada cerita fasal calon persendirian SPM. Serius baru hari ni tanya abah fasal tu. Mak pun kata tahun depan ambil juga SPM sendiri apa semua.. (Wow budak lepas UPSR hari tu dah nak SPM tahun depan xD Feeling old yet? :p)

    Kita pun tak tahu apa nak jadi pada masa hadapan kan. Saya pun tak letak harapan menggunung, cuma nak SPM sebab nak kerja tbvh. So here I am, digging at these Calon Persendirian posts! :D

    Aha dah sekurang-kurangnya seketul manusia dah Kak Nana bantu dan dapat pahala ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya allah , dik! can you email me your phone number/. im really miss youuuuuu! sure time fliessss! T_T back then you are just a kid, know you're going to sit for spm! XD

      Delete
  4. Hai sis,tq for sharing🙂tahun depan insyallah sy akn ambik spm persendirian jugak sebb yg sama macam sis tapi sya depression pasal penah kena buli kat sekolah lama+ ocd sampai pernah masuk wad 2 minggu .Sya berhenti sekolah tahun lepas dan tak ambik pt3 huhu .Boleh kita jadi kawan? hehe kalau sudi p/s jgn risau sy perempuan🙂.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sure, welcome dear. good luck awak! May allah ease everything and I yakin Allah sentiasa bersama dengan orang orang yang bersabar. sure we can be friend! :D you can reach me through my email! :D

      Delete
  5. saya nak amik spm ..tapi macam kurang yakin sis ..tinggal zaman sekolah dah 10 tahun ..ape yg saya boleh buat ^^'

    ReplyDelete
  6. Untuk semangat😬anak lelaki Saya seorang hafiz Insyaallah akan start next year ambik kelas untuk spm😍 risau juga tapi semangat anak buat Saya percaya dia boleh😔Allah je yang tahu risau nya Saya

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum
    nak tanye....Bolehker calon lepasan SPM thun ni...nk daftar jadi calon SPM persendirian bukan ULANGAN pde thun depan? harap balas

    ReplyDelete
    Replies
    1. tolg jwb.rasanya bole je.gudluck ya

      Delete
    2. good info and nice blog..jgn penah stop belajar ni .....btw akak share ya..kalau ade yg minat program under UPSI-dengan kerjasama Regent international kampus seremban-ada program dip PENDIDKAN AWAL KANAK -KANAK-bole berhbung segera utk permohonan ..skrg ade open intake..wsp 011-16930576(intake and record department). nak tanya psl program tourism or logistik pun bole .SAVE NO SIS KOT LEPAS SPM NT NAK REFER KE..

      Delete
  8. Assalamualaikum awak .berharap sy nak jumpa awak .boleh balas email sy ni .tq

    ReplyDelete
  9. Logic tak dan berbaloi ke klu amik spm diusia 24 tahun sbb sblom ni x de peluang ats sbb trtntu yg Allah takdirkan ..?pls advice me yg ade cita2 nk berubah...minat belajar,wlaupun lepasan upsr je.
    Dlu masa upsr 2008 score la 5A.tpi upsr je la..cemburu dgn kejayaan kwn2 dan nk jd cam mrk.nak kata2 semangat wlaupun ade ke org kes cam sy ni???

    ReplyDelete
  10. Assalam, Saya ucapkan syabas atas azam sdra untuk terus mencari ilmu walaupun kalau ikut kata org ramai "dah terlepas" kapal! Dlm mencari Ilmu TIDAK ADA istilah ditinggal mana mana kapal. Kapal yg sebenar ialah kapal kita sendiri.
    Melihat pada pencapaian 5A dlm UPSR yakinlah, sdra mampu menimba ilmu sebanyak mana yg sdra inginkan! Hendaknya sdra kelak mahu berusaha sendiri ( ie bukan bermatlamat makan gaji besar). Saya TIDAK kata tidak boleh makan gaji, cuma kepuasan kejayaan bukan semata mata letaknye pada gaji besar.

    Persoalan cepu mas sdra pada penutup post diatas sekaligus dah saya jawab. Letakkan satu matlamat untuk jadi diri sdra yg sejati tanpa mecerminkan diri kepada kwn2 lain. Mereka dlm dunia mereka dan sdra dlm dunia sdra yg dikurnia Allah.
    Saya doakan sdra majujaya dlm mencari ilmu dan kejayaan hidup.

    ReplyDelete
  11. Anonymous1/8/20

    tolong ajar cara macam mana langkah pertama untuk saya ambil spm persendirian umur saya 31 tahun saya cuma sekolah sampai darjah enam je last belajar akedemik tahun 1996 - 2000
    sekarang dah 01/08/2020 dah 20 tahun saya tinggal zaman persekolahan saya tak dapat belajar tinggi kerana datang dari keluarga susah.
    saya harap ada orang yang ikhlas boleh beri tips dan tunjuk ajar pada saya.
    jika siapa yang tahu caranya tolong wasap saya no ini 0184735129

    terima kasih��
    semoga allah membalas jasa mu.
    amin

    ReplyDelete
  12. Dh tampal, result dh keluar.. Nk amik sijilnya di mana?

    ReplyDelete
  13. Saya pun ambik spm persendirian 2021

    ReplyDelete

Post a Comment

Hampa komen, hampa comel :)

Popular Posts