muka surat 356

Dulu masa aku kecil, aku ingat aku akan menjadi seorang dewasa yang 'berjaya'. Berjaya mengikut kamus masyarakat kita. Aku salah. Rupanya aku akan menjadi orang yang 'gagal' di hadapan mata masyarakat. Jauh aku merenung ke dalam diri ini hari ini. Entah mana yang salah. Mencari 'kalau'. Kalau aku begitu dan begini, mesti aku tidak jadi begitu dan begini.

Aku tahu kata-kata aku seperti tidak mensyukuri nikmat Allah. 
Aku tahu kata-kata aku seperti tidak redha atas takdir Allah. 

Aku tahu semua itu. Tapi aku juga menangis siang dan malam. Setiap detik supaya diusir rasa ini dan terbitkan rasa kehambaan dan rendah diri. Redha dengan segala ketentuanNya. Mungkin pada mata manusia aku kelihatan sudah putus asa. Mungkin sengaja juga aku malas menunjukkan sisi aku yang lain. Kerana bagi aku, kadang kata-kata manusia itu terlalu tajam. 

Dulu aku fikir di usia aku begini, 
mungkin sudah ada berkhawin. 
punya kerjaya. 

rupanya itu semua fikiran sahaja. Jalanan hidup aku tak seperti yang aku gambarkan. Kisah aku tak langsung seperti yang aku rancangkan. 

Ingin aku peluk diri sendiri, kau dah buat yang terbaik Aina. 
Jalan hidup kita tak sama dengan orang lain, 
kau susah juga, jangan pernah kau nafikan perkara itu.

Jujur aku masih cuba untuk kuat. 

Zaman kanak-kanak hingga dewasa aku tidaklah sewarna-warni yang aku gembar-gemburkan. 
Itu hanya lah perisai untuk menyembunyikan luka-luka dalam hati dengan harapan parut-parut yang wujud akan pudar sendiri. 

Tahun demi tahun. Rupanya, parut yang masih berbekas itu terkadang terbuka sendiri koyakkanya.

Aku menjauhkan diri kerana aku sedar diri. 
Sedar diri aku selalu menyakiti orang sekeliling kerana aku pernah terluka. 
Kadang mahu juga semua orang terluka seperti aku sebab aku penat ingin menjelaskan kenapa aku akhirnya begini. 

tapi aku tahu, itu bukan perkara yang baik. 


untuk orang-orang yang aku sayang, aku doakan dilimpahkan rahmat dan nikmat selalu. 
untuk yang melukakan aku, aku perlu masa untuk sembuh.

selamat malam. 

Comments

Popular Posts