PRU 15

Assalamualaikum!

So esok kita akan mengundi. PRU yang ke 15. Dan esok adalah pertama kali dalam seumur hidup saya saya akan pergi mengundi. Im so eksaited and nervous tbh. Like tak sangka saya dah berumur 24 tahun. Dah layak mengundi. Dah layak untuk jadi SPR(tapi tak jadi pun),but aku dengan angah jadi ejen undi apatah. Jadi saya sangat excited.

Dulu dari zaman sekolah rendah sibuk amik tahu politik. Pastu bila dah besar poltik semakin berubah, aku semakin muak dengan poltik sebenarnya. Tapi pada masa yang sama aku tahu benda tu adalah tanggungjawab dan amanah yang penting dalam kehidupan. Ikut hati aku ni dah malas nak keluar mengundi dan juga ambil tahu.

tapi selepas kena paksa rela dengan ayah saya, baru lah saya rasa sikit bahang-bahang PRU dan tempias-tempias politik. Even politik kecil sekalipun. Dulu aku tak faham apa itu strategi, I know strategi is strategi, but i never saw one in real life. Jadi bila malam kena taklimat tu baru aku rasa macam oh, this is what my dad been busy busy.

My dad rarely busy macam ni. Ye he is busy, but this busy busy? Baru first time nampak. Maybe sebab time kecik kecik dulu aku tak berapa nampak sangat. Yelah kecik lagi. 

Talking bout politik. Terkejut juga sebab ada juga manusia yang sanggup ye tak nak ada ustaz ustazah dalam dunia politik just for sake of concert. Dunia hari ini sangat menakutkan. Betul lah dunia hari ini dunia akhir zaman. Dunia yang mana agama Islam akan kembali terasing dan juga menggenggam agama tu umpama menggengam bara api.

Oh tak dilupakan juga malam taklimat tu ada pemuda-pemuda yang kacak. HAHAH. Masa sampai memula tu aku rasa macam nak balik tau dak. Like what shud I do? Semua orang tua. Dengan hisap rokoknya. Ceruk kampung mananya. Aku cam omg. MAMA. Nak join MUDA lah sebab ada Syed Saddiq. HAHAHA. 

Lepas tu ayah aku pun cari lah kot kot ada makcik-makcik kat dalam tu. Alhamdullillah ada. Tapi memang makcik-makcik ye. Tak de ye pelapis generasi muda-muda ni. Sedih sebentar saya. Mujurlah Angah join sekali. Kalau tak aku pun tak tahu lah. Mau mereput dekat situ nak borak borak dengan makcik dan akak akak dekat situ.

Sepanjang mendengar taklimat tu baru terasa lah yang like PRU is real thing. Sebab ye lah lately ni aku disconnected diri aku dengan dunia luar. bukan lately, ever since COVID. like things changes. A lot of things for sure changes. So yeah banyak diri ini hanya bermonolog dengan diri sendiri. 

Jadi malam ni boleh nak ke khemah apa tah. Nak tengok suasana. 

Moga kemenangan milik kami semua.  

tapi sebelum tu boleh lah kot ke mcd sebab nak beli burger rm 10 je! Hehe. 

(Sebenarnya entri ni di tulis sebab nak test keyboard baru saya sahaja. Saya suka. Sebab dia bising dan boleh nampak macam saya buat-buat sibuk. Plus sedap sikit nak tulis. But overall puas hati untuk keyboard RM 20 sahaja. Sekian)

Comments

Popular Posts