Muzium Kota Kuala Kedah

Assalmaualaikum and olla peeps! 


 
 
Hari ini aku pergi ke Muzium Kota Kuala Kedah. Dulu masa sekolah menengah aku rasa macam bosannya sejarah. Kalau boleh aku nampak je buku sejarah tu aku nak tidur je. Aku rasa bukan aku sorang je yang mengalami masalah ni. Asal nampak buku sejarah dan cikgu sejarah auto jadi bedtime story. Kalau yang jenis duduk dekat belakang macam aku ni, memang aku letak buku jadi penghadang. 

Tunggu lah lima minit ke sepuluh minit untuk di panggil oleh cikgu. Rezeki dapat cikgu tak garang, lena lah kau buat peta dalam kelas. Rezeki lah sangat. Bila dah semakin besar ni, aku tak tahu apa yang buat aku jatuh cinta sangat dengan sejarah. Kawan aku cakap senang je asbabnya. Aku suka knowledge. Maybe she's right. 

Semakin dewasa ni, aku rasa keinginan aku nak tahu semua ilmu semakin tinggi. Rasa rugi gila tak dapat grab peluang-peluang untuk mengenali sejarah Malaysia dan dunia. Maybe dari kanak-kanak lagi aku jenis curious. Tapi makin besar ni, semakin tinggi. Tambah dah boleh drive ke sana kesini. Cuma limition dia adalah duit. Yang tu nanti lah sembang lain.

So let's go aku bawa korang jalan-jalan sekitar Muzium Kota Kuala Kedah. 

 


Kitaorang lebih kurang pukul 10.00 pagi waktu tempatan Malaysia. Wah gitu. Cuaca sepanjang perjalanan sedikit mendung dan sesekali di temani juga dengan hujan renyai dan diselang-seli dengan hujan yang lebat.  

Nasihat aku, pergi waktu pagi-pagi lah best. Sebab yang terpaling utama? SEBAB TIDAK PANAS! yes. Sebab macam kalau tak hujan ni, maybe a little panas dah time ni. Bila tak panas, semangat sikit korang nak berjalan dan explore merata dan boleh fokus membaca dan menghayati kawasan ini. 

 

Cak! So before korang masuk akan ada arca eh? Ke replika? Replika meriam di hadapan pintu. Di ingatkan, muzium dia kecil je. Korang jangan lah expect macam besar gila. Sebab sebenarnya aku pun expect besar macam tu. 


Dari dulu sampai sekarang, aku sebenarnya kagum dengan seni bina rumah kayu ni. Call me classic or lame. I don't mind. Patriotik ke apa ke. Aku pernah baca pasal seni bina tingkap rumah kayu ni. Menarik sangat. Aku tak reti lah nak jelaskan secra teori. 

Tapi aku pernah baca yang dia direka sesuai dengan cuaca Malaysia ni. Senang angin nak masuk dan yes. Semasa duduk dalam muzium ni, korang akan macam masuk rumah ala-ala rumah kampung. Imagine how amazing Melayu dulu. 

Itu tak termasuk lagi dengan bagaimana pemerintah dahulu mempunyai pegangan agama yang sangat tinggi. 

Okay now let's scroll gambar-gambar yang aku amik sepanjang di sana.

 

 

 

 

 

 

 

Sebenar Kota Kuala Kedah ni apa? Hah meh sambung scroll baca bawah ni. 

 


Pengenalan

Kota Kuala Kediah atau Kota Kuala Bahang ini dibina di tebing muara Sungai Kedah sebagai benteng pertahanan selain dari ibu negerinya di Kota Setar. Kota yang didirikan oleh pemerintah Kedah pada kurun ke-17/18 Masihi ini juga berfungsi sebagai pusat kawalan negeri Kedah dan pusat perdagangan yang terpenting di rantau ini.

Sejarah dan Perkembangan Kota Kuala Kedah

Kota ini dibina semasa pererintahan Sultan Sulaiman Shah 1l (1602-1626) menggantikan pelabuhan Kuala Merbok dan Kuala Muda ketika pengarh Islam muncul di rantau ini pada abad ke-12. Sultan Rialuddin Muhammad Shah (1626-1652) memperkenalkan undang-undang khas laitu Undang-UndangPelabuhan dan Perdagangan Kedah pada 17 Jamadilakhir 1060 Hirah (17 Jun 650). Pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk menguatkuasakan undang-undang tersebut ialah Syahbandar, Panglima Kuala dan Panglima Bandar.

 

Jadi ini adalah sedikit sebanyak pengenalan apakah itu Kota Kuala Kedah berdasarkan gambar yang aku ambil itu. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut boleh lah datang melawat sendiri sebab baru best. 

Ni aku belanja sikit kawasan sekitar luar muzium. 




 
 
 



Suka saya ingatkan, pergi muzium ni sesuai untuk korang yang 'berjiwa' sejarah. Bukan tidak menggalakkan yang kurang minat sejarah ye. Sebab adik-adik aku memang tak minat benda-benda macam ni. Sepuluh minit dia merayap dalam tu, dia dah mengantuk nyah. Aku ni sampai tak puas lagi nak berpusing-pusing dan berjalan. 

Tapi tidak mengapa, kak cik saya ada slip disc. Poor her. Dia tak boleh jalan banyak jadi ada juga lah sebab lain aku tak merayap banyak sangat. 

Maybe next time aku bercadang nak datang dengan ayah aku. Sebab aku rasa benda-benda macam ni, bapak aku je suka. Adik-adik dengan mak aku? Lambert lagi.

Jadi sekian dari saya. Nanti rajin aku update next part. 



Comments

Popular Posts