Kisah Ayam Goreng Mcd

Assalamualaikum!

Kisahnya begini. Aku hari ini bercadang untuk keluar beli hadiah untuk Angah. Dah alang-alang tu, aku rasa why not aku ber-me time. Sebab aku rasa dah lama sangat aku tak ber-me-time. Selalu kalau aku nak kemana-mana sekarang adalah hamba Allah akan ikut aku. My dad wont lemme go alone. I boleh keluar selama mana pun.. but at least berteman. 


How can I nak berteman sepanjang masa? Kawan-kawan aku semua sibuk intern. Junior? Aku tak berapa rapat. Adik-adik aku? Dorang pun busy jugak. Basically people around me semua busy nak mampus. Aku je macam banyak sangat free time, atau aku sebenarnya yang tak reti urus masa. Jadi di sebabkan semuanya busy hari ini. Jadi aku mengambil kesempatan ini untuk memberi masa kepada diri sendiri dan berfikir dan memberi masa kepada diri aku untuk berfikir sepanjang masa. 

 

Kisahnya bermula dengan di dalam account aku cuma ada RM 60.80 sahaja. yeah. I'm broke asf. Tapi niat di hati nak juga nak makan Mekdi. Sebabnya? Sebabnya aku craving gila. Aku rasa last aku makan maybe a month or two month ago? Teringin yak amat to the point aku rasa sikit hari lagi aku boleh cari gaduh dengan semua orang yang cari pasal dengan aku hari ini. 

 

Jadi otw aku pergi tadi, aku lapar tau. Lepas tu ada kereta cucuk-cucuk aku. Nyahh! Aku tak suka ya! Aku tak suka orang cucuk-cucuk gituh. Aku tak apa. Aku lapar ye noks. Lapar nak mampus. 

 

Lepastu, aku ni keluar tak bawa aku card holder aku noks. Aku bertawakkal je la en. So sampai je dekat Mekdi yang dituju tu. Tetiba dorang dah tambah lorang baru. Lama sangat ke aku tak pergi sampai tahap Mekdi dah ada dua lane. Ngamuk kejap aku kat situ. Sebab jalan tu sepatutnya bawa ke parking. Mana aku tak mengamuk. Sebenarnya saya tidak lah mengamuk. 

 

Tapi lebih kepada anxious. I got no cash. And tak ada debit/credit card dengan aku. Jadi aku bertawakkal jelah. Order lah aku pun Nasi Lemak dan juga 100plus. Aku berharap boleh pakai TnG e-wallet. Sampai je dekat kaunter untuk bayar, rupanya dorang tak accept e-wallet. Hampir menangis ye saya disitu dek rasa bersalah dan juga kecewa. 

 

Lepas tu aku cuba lah nak pergi ke Texas Chicken. Pusing pi pusing mai. Last-last aku park kereta. Cuba teka kat mana? yes. MEKDI. 

 

HAHAHA KEMAIN LAH AKU PUSING CANCEL SEMUA APA BAGAI. SEKALI AKU PARK JUGAK DEKAT SITU. It cant be help. Aku craving gila weh. 

 

Pastu aku bawa turun lah laptop aku. Sebab aku plan nak edit gambar adik aku untuk birthday. tapi tulah. Malas pulak aku nak keluarkan hardisk yang besar kitab tu. Last last here I am aku duduk sini menulis. Masuk-masuk tu, dengan kebengongan level infinty aku beratur. Padahal dah ada apps. Aku dok kalut takut orang amik spot yang aku aim. DELAY ye otak aku. 

 

3 seconds later aku pergi duduk. Aku ingatkan bila dah order online lebih laju. Sebab biasanya laju aja. Alih-alih makin lambat sebab dorang sidai order aku. Mujur saya dalam keadaan yang masih waras ye. Aku pergi lah ke kaunter. Aku sikit lagi nak jadi Karen ye. tapi saya cuba bersabar dan memahami apa yang terjadi. Mujur manager Mekdi sangat manis dan juga berbudi bahasa. Sejuk hati saya sebentar. 

 

Aku pun pesanlah letakkan makanan nanti di atas meja, sebab aku nak ke tandas kejap. 


 

Dah sedap makan, lupa snap gambar. Dapat lah gambar macam macam sisa makanan je. Tapi apa-apa pun aku suka mekdi sini. Meriah dengan kanak-kanak. Tak rasa sorang-sorang dan macam awkward nak mampus ye. And paling penting dia punya ayam, Alhamdullilah tak macam satu lagi outlet. 

 

 

Aku rasa itu jelah aduan aku hari ini. Sekian. Babai.




Comments

Popular Posts