Lie after lie // rant on



Assalamualaikum! 


Tadi usai je ujian lisan Bahasa Arab (syafawi) terus aku naik katil sambil sambung layan kdrama yang aku tengok semalam. Lie after lie. Semalam sempat lah aku tengok sampai episode 6. Ya. Marathon drama tapi tak study. 😭 helok sangat perangai tu. Tapi ketaq dengan bahasa Arab. Dasar enggak sadar diri ini anak. 
 


Anyway, sebelum aku sambung rant dekat sini. Aku habaq siap siap ye,  ada spoiler. So brace yourself! 🤭 


Sementara aku tunggu kelas yang seterusnya, aku sambung layan lah. Let me tell you. Aku punya menangis tu, entahlahh. Memang tak boleh tahan tau dak. Aku punya patah hati part laki tu tau kata perempuan tu tackle dia sebab anak angkat tu anak kandung dia tu memang aku macam ..... weiiii.  


Aku kesian laki tu. Bila dia dah bersedia nak terima perempuan tu dalam hidup dia, baru sedar perempuan tu cuma gunakan dia aja. Lelaki ni kalau orang kata memang family man lah. Apa-apa dia akan utamakan anak dia. Walaupun itu cuma anak angkat sahaja.


Aku ingatkan dah tak ada harapan dah depa dua. Ingatkan mereka akan jadi kawan sahaja. I'm glad they get back together. Dia dapat bersihkan nama dia dari tuduhan bunuh bekas suaminya. 






This scene really make me cry a river. Sumpah aku nangis sampai terhenjut-henjut badan. Tak mampu aku menahan sebak di dada. Anak dia panggil dia mak sebelum dorang berdua masuk bilik pembedahan bersama. Instead of call her teacher, she called her ommaaaa. Hshshshshahha. I cannot lah. Memang merebess air mata aku. 😭

Ending dia memang dia trick aku betul. Aku dah redha kalau perempuan tu mati. Tak baik mereka mempermainkan hati aku yang halus ini. Susah ye aku nak move on. Cepat-cepat aku tengok behind the scene sebab nak remind myself yang dorang ni berlakon sahaja. Mereka sebenarnya ok je time off screen. 

Penat eh menangis setiap episode. Memang terbaik lah cerita ni. Pergi lah tengok. Sesuai la kalau sesiapa yang rasa hidup dia tak cukup stress dan nak stress kan lagi macam aku. Dan sesuai untuk orang yang nak menangis puas-puas. Sediakan lah kotak tisu.
 
 
 
 
 
 

Character development dia, storyline dia. Entahlah memang semua puas hati. Aku recommend sangat tengok cerita lah ni. 

and alhamdulillah, my syafawi went well! uwee thanks for doa and wishes. Ok sekian rant aku pada malam ini. 💋


Comments

Popular Posts