Things I've Been Missing Ever Since MCO - Lepak Tasik (1)


Assalamualaikum gais!


Sejak start PKP ritu memang pishang(bosan) duduk rumah. Kadang-kadang rasa rindu sangat nak balik kampus pergi main. HAHAHA. Eh. Pergi belajar la. Sorry mama. Ehek. Pergi belajar sambil main begitu.


And things I've been missing ever since MCO adalah ;

Lepak at tasik uni!


Deru angin yang menampar perlahan wajah. Tenang menyapa jiwa. Selang sesaat dua terdengar deruman enjin motorsikal dan kereta di seberang tasik. Cahaya matahari yang mulai bertukar kejinga-jinggaan. Lagu romantis di mainkan secara perlahan menambahkan lagi kesenduan suasana.

Benda ni jadi bonus bising kalau hari tu budak-budak dragon boat praktis. Dan suasana tak jadi damai, dia jadi cam hiruk pikuk sikit. Tapi tetap best. Hehehe.

Ok stop.

Tapi begitulah suasana yang selalunya aku melepak di tepi tasik dekat uni aku. Beli makanan dan berkelah di tepi tasik bersama rakan-rakan atau pun duduk bersendirian di dalam kereta sambil makan dan tengok sunset. Pergh satu nikmat dan perasaan yang sukar untuk digambarkan.

Benda ni memang aku dah lama amalkan since zaman asasi. ehek.

Here some pictures of my lepaks time at tasik!






Tengoklah betapa besarnya ayam goreng ni. RM 2.50 jeeeee. Murahkann? Lepas tu Nasi lemak ayam tu RM 1.00 sahaja. Murahhh teruks. RM 3.50 korang dah dapat makan kenyang sampai buntal. Kalau nak extra boleh beli nasi lemak dua bungkus lepas tu ayam seketul. Pergh dah kenyang!

Aku kalau time semput nak kena berjimat, hah beli nasi lemak dua bungkus. Lepas tu beli telur 10 biji balik goreng dekat rumah sewa. Kenyang nokss! Tapi bukanlah aku goreng semua. Goreng satu jelah. Aku bukannya hantu raya nak makan telur sepapan sehari. Ish pukul kang. 😭





Here is some pictures of my friends and I. Kakak rumah sewa kesayangan gue. Tak sangka this would be the last time we all spent times together. Sebab ingat ada satu sem lagi nak buat kerja gila bersama. but turns out sem ni kena ambil belajar online. Dan kitaorang bukannya dari course yang sama. Argh, thanks for always taking care of me!

Okayy tu je kot aku nak sharee untuk post kali ini. Haaaa. Will be update for next posttt pulak! Hehehe.

Btw, ai baru je buat twitter khusus untuk blog ni je. hehehe. follow me here ; @theainaakmal


spread love

Comments

  1. waaahhh murah tu ayam goreng ngan nasi ayam tuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehhehe murah cik TK, dah la sedap sedap semua!

      Delete
  2. Perit jadi last year students, tapi tetibe kena study online :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. uhuks, ai faham keperitan study online. moga you kuat!

      Delete
  3. Murahnya nasi lemak tu! Kalau kat sini dalam rm 8

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM 8? Serius la? Hamagad. T_T nangess mendengarnya. Aina kalau dkat sini RM 8 tu boleh amik nasi dengan kurma kambing. Nasi ceduk sendiri. Uhusk.

      Delete

Post a Comment

Hampa komen, hampa comel :)

Popular Posts