Kisah tayar pecah di highway.




Assalamualaikum semua,


Sebenarnya aku tengah mengemas gambar-gambar dalam laptop aku. Gambar aku ada 30K, dan aku tengah stress macam mana aku nak susun file sebab banyak gila nak mampus. Gambar dari zaman bila entah. Ok,lepas tu tiba-tiba aku terjumpa beberapa keping gambar semasa tragedi untuk aku. So aku nak menulis di sini dan mengabdikan gambar tu di sini sebelum gambar tersebut hilang.


Kisahnya bermula,


Petang tu setelah aku menghantar adik aku pulang ke asrama di Pendang, aku memandu bersendirian. Sebaik sahaja menghantar mereka aku memandu kereta aku terus ke highway dan ambil Exit Gurun untuk ke Alor Setar kerana aku dah berjanji dengan kawan aku untuk menjemputnya dari jeti Kuala Kedah. Kemudian nak pulang ke kampus bersama-sama.

Exit Gurun dan RnR Gurun tidak berjauhan, tiba-tiba rasa nak buang air kecil. Jadi aku hanya memandu secara perlahan dan berhenti sebentar di RnR untuk melepaskan hajat. Setelah selesai urusan aku meneruskan pemanduan ku seperti biasa. Namun tetiba keadaan kereta aku seperti berat sebelah. Aku pelik. Bila aku lepas stereng kereta aku semakin ke kiri.


Kereta aku juga mengeluarkan bunyi pelik seperti derapan tapak kaki kuda. Pergh, double pelik. Kereta aku bukannya kereta Ferrari.


Jadi aku memandu perlahan-lahan, sekitar 5 minit begitu sebelum aku mengambil keputusan untuk berhenti di bahu jalan kerana agak bahaya untuk meneruskan perjalanan. Aku keluar dari kereta untuk memeriksa sekeliling kereta. Hampir menitik air mataku melihat tayar kereta aku yang sudah lembik tidak bermaya.


Aku bersendirian.

Hampir menangis di situ.

Bermacam perkara bermain di fikiran aku.


Apa yang aku patut buat? Kalau ada orang jahat macam mana? Bermacam bagai yang muncul di kepala aku.


Aku telefon mama. Tak tahu nak mengadu dengan siapa. Mama panik, tapi aku suruh mama bertenang dan doakan keselamatan aku. Setelah menelefon mama, aku sedikit tenang. Sekurang-kurangnya mama tahu keadaan aku. Now, what should I do?!


Ok Aina tenang! Jangan menangis, jangan gelabah. Hang bukannya boleh ubah apa-apa pun kalau hang menangis sekarang. Jadi now buat muka kesian. Itu yang aku buat.


Dalam hati aku, aku hanya mampu berdoa Allah menghantar manusia-manusia yang baik untuk menolong aku. Aku memerhatikan jalan dan kenderaan yang berlalu pergi dengan harapan akan ada yang sudi menolong. 

Alhamdulillah, Allah mudahkan segalanya. Berkat doa seorang ibu! Seorang brother motor biru berhenti. Sobss!

Selang beberapa minit kemudian ada sebuah motor berhenti lagi. 2 orang brother motor merah. Jadi kesemuanya 3 orang hamba Allah yang mulia hatinya menolong aku.


Sobsss!! Sobbss! Sumpah time tu aku tak tau nak kata apa wei. Hanya syukur yang aku mampu ucapkan. Laju depa tolong tukarkan tayar semua.


Masa tu aku mampu ucapkan terima kasih je wei. Nak bagi duit, aku tak de cash kot time tu. Kalau seringgit dua tu maybe ada. Maybe la. Sebab aku ni jenis tak bawa duit merata. Time tu aku rasa macam a bit rasa bersalah sebab tak tau nak bagi apa.


Selang beberapa minit kemudian, ada lori yang bawa kone oren tu berhenti. Ala.. yang selalu kalau jalan rosak ke apa ke dorang pasang kone tu. Dorang pun berhenti tanya pasai apa semua. Lepas tu dorang pun tolong check tayar spare yang baru dipasang. Kalau yang tadi brother-brother, yang ni uncle-uncle pulak.


So dorang sembang antara dorang. Dorang cakap tayar spare ni tak de angin apa semua. Aku hanya angguk je. Sumpah segan wei. Aku sorang perempuan kat situ. Akward nak mampus. Huks! Tadi tayar pecah, lepas tu tayar spare tak de angin pulak. Allahu... sedih noks time tu.


Lepas tu brother-brothers motor tu minta izin untuk pergi. Siap suruh bawa kereta elok-elok, jaga diri. Aku hanya membalas dengan jutaan terima kasih dan mendoakan mereka semoga hidup mereka sentiasa dimurahkan rezeki. Tu je yang aku mampu.


Tinggal la aku dengan geng uncle pulak.


Dorang suruh aku call plus line. Tapi bila call semua tak dapat. Jadi uncle tu tolong callkan. Dorang call terus direct kiranya tak lalui plus line dah. Macam call member-member tu. Dorang call untuk pam kan tayar.


Sementara tunggu geng plus peronda pula sampai, geng uncle tu temankan kejap. Kejap je, sebab dorang pun ada kerja. Uhuks.  Dorang suruh aku ubah kereta pergi ke tempat yang lebih selamat.


Lupa nak cakap, time tu dah pukul 6.30 dan aku takut sampai maghrib aku dekat situ. Aku call mak aku dan ws kawan aku untuk update perkembangan aku. Time call mak aku, memang aku menangis la cerita dia. Takut wei. Menangis-nangis aku sampai kemek mata aku. Selagi tak menangis selagi tu lah aku tak tenang.

Rupanya time aku nangis tu, geng uncle tu tak pergi lagi. Huhuhuhu. Entahlah dorang dengar ke tak sebab aku buka pintu. Aku baru perasan sebab uncle tu panggil aku dan cakap dorang nak gerak dulu. Dorang suruh aku duduk dalam kereta kunci. Sekali lagi aku mengucapkan terima kasih.


Now, I'm alone again.



Jam hampir pukul 7. Sampai pukul berapa aku nak duduk sini. Dah makin nak gelap. Aku ambil keputusan untuk bergerak dahulu. Biar lambat asal selamat. Sebab nanti sampai EXIT Pendang, aku nak pergi pekan dan cari petrol pump untuk isi angin tayar.


Buat pertama kali dalam sejarah hidup aku, aku bawa 60 KM/J di highway. Pergh, sebagai seorang driver lane kanan, ini adalah perkara yang menjatuhkan maruah aku. HAHHAHAHA. K. gurau jeeeee. Takut wei. Macam mula-mula nak ambil test JPJ. Aku siap pasang hazard light sebab takut orang sondol aku pulak.


Dalam aku bawa slow-slow tu tetiba ada orang bagi high beam. Lepas tu aku tengok side mirror. Ada lambang polis. WOI AKU NAK KENA SAMAN SEBAB BAWA SLOW KE?! HOMAGADD. AI NAK CRY.


Lepas tu aku pun berhenti la tepi, nak lari p mana kereta tak boleh bawa laju. Lepas tu polis tu ketuk tingkap kereta aku. Dia cakap nak pump angin. HAHAHAHHAHA. Bodo laa cuak tak memasal. Dia suruh buka boot tayar depan sebab machine tu guna batteri kereta kalau tak silap.


"Bang, tayar kereta (keadaan) macam ni boleh bawa laju mana?" Aku laju menanya. Yelah dah pukul 7 lebih kot.

"80 boleh la." abang plus menjawab.



Dengaq-dengaq ja tu aku rasa lega gila. Tak siksa sangat wei. Penat weiiiiii 60KM/H.


Aku menyambung perjalanan ke Alor Setar, oh lupa nak habaq. Aku upload la kat status dengan harapan crush aku reply. Hampa. Kawan dia pulak yang reply. ei pukui kang. ._. 🙄


Sampai ja Alor Setar terus aku menangis kegembiraan. Air mata kesyukuran. Sumpah tak sangka akan selamat sampai. Bersyukur sebab selamat, mudah urusan. Rezeki yang datang dalam pelbagai bentuk. 😢.  Aku p amik kawan aku dekat jeti lepas tu singgah maghrib sat dekat masjid.


Dan aku ambil keputusan untuk ponteng kelas esoknya. Kami balik rumah, tukar tayar dulu. Esoknya baru balik kampus.


Lama dah citer ni. Awal tahun lepas(2019) kalau tak silap aku.

The end.


Sumpah ni antara pengalaman yang tak akan aku lupakan. Lawak, sedih, takut semua bercampur. Ni la dikatakan perasaan bercampur baur. Hukss! dan pengalaman misteri. Sebab tayar tu aku baru tukar. Baru sangat. Tak sampai sebulan aku rasa tayar tu. Sebab tu aku tak expect tayar aku nak pecah. Sebab rasa macam mustahil.

Imagine kalau aku bawa laju. Memang mati. Allahu.

Ok sekiannn! huhuukss!



Sebelum terlupa I ada buat YouTube. Hamba harapan tuan hamba semua sudi subscribe YouTube hamba supaya hamba rajin untuk upload content. 


spread love

Comments

  1. Kalau berada d tmpt awak pun masa tu, mmg sis pun rasa nervous huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, kita ni perempuan memang gelabahhh bila kena macam ni. time bawak jee kemain laju. hahahhaha. ><

      Delete
  2. Mungkin ramai yang ada pengalaman macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, ada yang bernasib baik, ada yang tidak. :(

      Delete
  3. Ya Allah.. kalau saya, saya pun akan nangis.. yela kita kan perempuan.. Betul lah kalau kita berserah, mintak pertolongan Allah, Allah bagi bantuan dengan hantarkan orang yang baik-baik kan? walau apa pun itu pengalaman.. saya sendiri pun, kereta berbunyi pelik dan kuat pun dah kalut dah call ayah nasib keluar pergi eaon je yang tak jauh dari rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, hahahahha. Saya kalau jadi apa-apa memang call mak dengan ayah dulu. Update keadaan semasa. Sebba tak tau nk buat apa. Kalau jadi time duduk dekat uni.. memang gelabah sungguh. Alhamdulillah rezeki allah tu luaskan? T_T

      Delete

Post a Comment

Hampa komen, hampa comel :)

Popular Posts