Movie Date - Ejen Ali The Movie



Assalamualaikum and haiii gais.


Tengah buat apa tu? Musim-musim cuti ni kemana korang berjalan. Aku habis jauh ke dapur. Rasa nak tempat sejuk sikit masuk bilik air. Faham tak korang nih. Bahasa mudahnya aku duduk rumah je. Hiks. Tak ada bercuti kemana pun, walaupun aku cuti sem dan adik-adik aku ada di rumah.

Tetapi sebelum cuti sekolah bermula, aku dah berjanji dengan adik-adik aku untuk bawa dorang tengok wayang. Ejen Ali The Movie of course. So memang setiap hari dok mai merap orang Kedah kata. Buat rayuan macam-macam suruh aku bawa.

Aku sebenarnya malas pergi hari minggu sebab nanti ramai sangat orang. Tak seronok. Jadi pada tarikh 9 Disember baru-baru ni aku pun bawa la angkatan tentera kecil. Aku tempah pukul 10:40 pagi sebab tiket murah. Hehehe. Jimat banyak kot tengok pagi-pagi.


Sampai di sana, popcorn di usung masuk. Untuk diriku chicken popcorn diseledup masuk dalam handbag macam biasa. Makanan wajib beli tau. Kalau tak nanti tak fokus cerita sebab asyik bau makanan orang. Jadi bekalan selama 1 jam 30 minit ini besar peranannya.

Aku tak akan beri sebarang spoilers walaupun ramai sudah mengetahui ceritanya. Tapi terus terang, sekitar 10 minit pembukaannya sangat membuatkan aku duduk melekat bagai digam di kerusi. Memang padu sungguh cerita dia.

Pada aku, Ejen Ali ini sebuah cerita yang mesejnya untuk orang dewasa. Sebuah cerita kedewasaan. Perasaan dan emosinya sangat diperhalusi. Kicauan ini cukup menjelaskan apa yang aku cuba sampaikan. 





Selesainya tayangan aku bertanya kepada adik bongsuku. Cik Yam, 9 tahun. 


"Adik faham ke cerita tu.."

Mukanya dikerutkan. Tidak faham atau tidak menghayati itulah tanggapan aku. 

"Abang sebelah adik tu bising,adik stress." 

Fokusnya terggangu. Patutlah. Kesian dia. Kemudian aku menceritakan bagaimana jalan cerita supaya kanak-kanak sebesar itu memahaminya. 

Namun rata-rata yang menitiskan air mata ialah orang dewasa yang menontonnya. Adik aku yang si kembar, 15 tahun tu. Sok sek sok sek menahan hingus. 


Dan yang paling penting. Semua OST filem ni memang jadi kesukaan. Seminggu demam kat rumah ni. Asyik ulang lagu yang sama sampai penat. Sumpah best cerita ni. Rasa macam nak repeat lagii! Mana yang tak tengok lagi tu, pergi tengok. Kita support filem lokal kasi up! Jangan keluar awal. Tonton kredit sampai habis. 


Oh sebelum terlupa, masa tamat aku rasa nak tepuk tangan. Sebab best sangat! Menitis jugaklah setitis dua air mata jantina aku ni. Tak boleh nak lebih-lebih sebab aku kena drive. Hehehe . 



Pesanan khidmat masyarakat;

Kepada yang menonton wayang tolong la hormat orang lain. Kalau nak komen apa-apa, balik rumah cerita. Yang pergi tu semua inshaa-allah tak pekak dan tak buta. 


Akhir kata, rate memang bintang penuhh dan majulah industri animasi untuk negara. UWU. 
spread love

Comments

  1. sha tengok ejen ali sampai tak kelip mata :p

    ReplyDelete
  2. awwh bestnyaa..saya belum sempat lagi nak tengok huhu :(

    https://mylittlestoryi.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Hampa komen, hampa comel :)

Popular Posts