Do & Don’t’ Waktu Travel




Assalamualaikum and hello gais. 


So hari ini tanpa membuang masa, aku nak share tips travel dengan korang. Yelah dah masuk waktu cuti bagi seluruh kawasan Malaysia dan sama waktunya denganya kannn? Yang dah dapat result UPSR, yang dah setel PMR, yang bakal nak habis jawab SPM, yang bakal final. Boleh dah slow-slow kita kayuh tengok pasal travel. Kannn kannn?



Korang suka travel kan? Tipulah kalau kata tak. Kebanyakan daripada kita kalau ada duit lebih mesti nak travel. Tu je cara untuk kita bebetul rehatkan minda daripada kesibukan kerja atauapun belajar. Travelling ni sebenarnya bagi kita ketenangan walaupun dalam kepenatan. Kadang-kadang penat tu hilang sekelip mata bila kita gi bercuti ni. So, aku nak share lah sikit benda yang patut and tak patut kita buat masa travel. Yelah ada kala, kita rasa benda yang kita buat ni dah okay da tetapi actually ada yang lagi okay daripada tu.



Compare harga tiket flight

Ini perkara yang paling utama yang perlu kita buat terutama untuk yang nak travel oversea tu. Kebanyakan kita hanya survey 2 3 airlines je sebelum beli tiket dan semestinya kita suka beli tiket Airasia sebab nampak murah. Kita lupa sebenarnya dalam dunia terdapat banyak lagi pilihan airlines yang boleh kita cuba. Antaranya Qatar Airways flight booking ni walaupun sekali imbas kita akan rasa mahal, tetapi cuba kita comparekan dengan other airlines yang kena add on luggage and meal mesti korang rasa ia agak berbaloi sesuai dengan servis dan keselesaan yang kita dapat. Banyak website yang boleh kita guna untuk buat comparison ni sebenarnya tetapi yang paling aku rasa best guna ialah Traveloka. Sebabnya Traveloka ni bukan je bantu untuk kita pilih airlines malah kadang-kadang siap ada promo lagi. Sebagai contoh kita boleh dapat cheap flights to Bali deals dengan harga yang berbaloi dekat Traveloka ni nanti. Just kena rajin explore lah.



Cuba avoid guna teksi

Bukan aku nak berat sebelah ke apa tetapi memang hakikat yang harga teksi agak mahal berbanding transport-transport yang lain. Kalau ada pilihan public transport or kereta sewa ke aku rasa ia lebih berbaloi. Namun, kalau dah takde pilihan lain memang tak dapat elaklah kan tapi pastikan teksi tu gunakan meter ya. Hal ini disebabkan di kebanyakan tempat, kalau pemandu teksi ni tengok pelancong je mesti ada je yang ambil kesempatan untuk charge lebih mahal malah kadang-kadang sampai double daripada harga asal.



Buat itinerary 

Kita mesti nak perjalanan kita lebih teratur kan? So pastikan kita plan perjalanan kita dengan baik daripada satu tempat ke satu tempat yang lain. Supaya kita tak membazir masa di atas jalan semata-mata. Kalau hari tu kita bergerak ke selatan biarlah tempat yang kita pergi tu semua menghala ke selatan. Nampak lah kemas sikit aktiviti kita tu. Namun, jangan lah juga terlalu rigid dengan apa yang dah kita plan tu. Nama pun plan kan, ia boleh berubah mengikut keadaan. Kalau kita rasa ada benda yang tak kena atau ada perkara yang tak dapat dielakkan kita boleh je ubah itinerary asal kita tu, janji masa kita terisi dengan baik. Janganlah sampai dah pergi jauh-jauh sampai Jepun, Korea semua tu at the end kerjanya asyik tidur je. 



Cuba makanan tempatan

Dah pergi tempat orang tu, takkan lah kita nak stick asyik makan masakan kita je. Cuba lah sesekali makanan tempatan supaya kalau nanti orang tanya, tahu lah kita macam mana rasanya. So, sebelum pergi pastikan kita dah kenal pasti awal-awal tempat yang menyediakan makanan halal supaya memudahkan kita nanti. Kalau kita jenis traveller yang ada bajet tertentu, bolehlah juga kita bawa makanan yang ready to eat daripada Malaysia sikit supaya tak ada lah hari-hari kita makan makanan sana. Nanti takut tekak tak boleh terima, makan roti jelah pulak kita. So, sediakan paying sebelum hujan.



Belajar Bahasa asas tempat dituju

Aku yakin, kita pun sangat seronok kalau pelancong asing datang Malaysia boleh cakap Bahasa Melayu walaupun hanya perkataan asas macam ‘terima kasih’. ‘sama-sama’, ‘minta maaf’ dan lain-lain. Begitu juga penduduk tempatan negara lain, kalau dengar kita bertutur dalam Bahasa ibunda nya walaupun mungkin sebutan kita tu ke laut. Ini sangat bagus untuk kita buat, terutama untuk negara yang tidak fasih berbahasa Inggeris kerana teguh memartabatkan Bahasa mereka sendiri. 



Orait itu je dari akuuuu untuk tips hari ni. Mogaaa berguna buat semua yang nak berjalan jalan nanti. Ole-ole untuk I jangan lupaaa! 

spread love ♥


Comments

Post a Comment

Hampa komen, hampa comel :)

Popular Posts