Starting Point.


Assalamualaikum and hello guys. 

Sebenarnya aku ada satu benda nak share. Lebih kepada pendapat aku tentang sesuatu.

Starting point. 

Pernah dengar? Ini bukan pasal starting point dalam pertandingan larian atau sebagainya. Yang aku nak cakap ni, pasal starting point kita dalam kehidupan. Bagaimana perjalanan normal kehidupan seseorang sejak lahir.  Starting point seseorang dari segi pendidikan. 

Bila kita baca berita tentang pelajar yang miskin atau susah berjaya, kebanyakkan kita akan berasa kagum dengan pencapaian pelajar tersebut. Kita merasakan dia sangat hebat. Berbanding kita mendengar kejayaan seorang pelajar yang datang dari keluarga have-have kata orang melayu.


Sebab?


Kebanyakkan orang susah hanya memikirkan bagaimana nak berfikir untuk esok hari. Macam perumpaan yang kita selalu baca tu, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Duit yang dorang dapat untuk sesuatu pekerjaan cukup sekadar untuk beli beras pada hari itu dan sebagainya.

Jadi untuk sesetengah orang yang susah, bukan salah mereka jika mereka berfikir lain dari orang lain.

Kerana mereka selalunya mempunyai minda survival.

Calculationnya macam ni.


Pendidikan = Duit


Tak payah nak bayang universiti. Sekolah rendah nak masuk pun kena duit banyak dah. Alat tulis, buku tulis. Pendidikan ni memang memerlukan kos.




Berbeza dengan keluarga yang have-have ni, kelebihan mereka jauh ke hadapan. Lahir-lahir dah ada buku kiri kanan. Dari mak dah pregnant dah buat macam-macam. Pergi segala kelas yang wujud untuk kebaikan anak dan ibu. Sejak dalam perut lagi, minda sudah di didik dengan pelbagai perkara.

So tak mustahil pun kalau mereka yang selalu score up atau sebagaimananya.

Duit tidak menjadi masalah kepada dorang. Dorang boleh je nak cari tutor dan sebagainya untuk membantu pendidikan anak-anak dorang.




Yes, aku faham ada yang jadi sebaliknya untuk dua-dua golongan ini. Tapi, aku cuma bercakap berdasarkan pengalaman kebiasaannya seseorang itu. Apabila starting point setiap orang itu sudah berbeza, jangan expect kehidupan seseorang akan sama satu sama lain.

But, everything depends on us. Kalau dah kaya, dah ada kelebihan semua tapi tak reti bersyukur pun susah jugak. Kalau dah susah tapi tiada kesedaran dalam diri sendiri pun susah..

Jadi, inshaa-Allah tak kisah lah di mana pun starting point kita dari segi pendidikan. Semoga kita semua istiqamah menuntut ilmu dan sayang ilmu. Acewah. gitcheww Ustazah Aina. Muehehe.


Ok tu sekian pendapat saya hari ini, by the wayyyy share with me pandangan korang tentang perkara ini. 

spread love

Comments

  1. betul tu, dalam nak mencari ilmu mesti kena ada duit 🙁 no one will give their knowledge or skill for free

    ReplyDelete
  2. sy lahir dlm kalangan keluarga yg serba kekurangan.. tidaklah kaya dan tidak juga terlalu miskin. cukup2 sahaja. kebanyakkan org susah ini salah satu cara utk mengubah tahap ekonomi sudah tentu dgn pendidikan tak kisah tahap pendidikan SPM atau U. Ada je yg berjaya walaupun tak belajar tinggi, semuanya bergantung dgn usaha & tahap rajin kita. Makin kita berilmu makin banyak yg kita belajar, InsyaAllah org yg berilmu pasti akan dapat mengubah kehidupan agar lebih baik.

    ReplyDelete
  3. betul tu sis, apa-apa pun semua bergantung kepada usaha diri kita, rezekki allah luas. inshaa-allah ada jalannyaa.

    ReplyDelete

Post a Comment

Hampa komen, hampa comel :)

Popular Posts