SPM {FAQ} #calonpersendirian

Assalamualaikum and hello there. 

Aina is here! How are you peep? I hope you guys are doing great cause me love you guys so much. Hiks. 

Okay btw, I want to straight up to the purpose of writing this entry. 

I have been receiving a lot of DM and emails bout my SPM as calon persendirian until today. First of all, I'm sorry if I'm not replying your dm, comment, and email. If you comment on my blog, no notification will notify me unless I log in into blogger account. Same goes to my email. Sometimes I've read your email, but I forgot to reply. I am truly sorry.  The one who dm-ed me through Instagram, I'm sorry if I'm not replying or late reply cause sometimes I delete my Instagram apps cause Instagram is distracting! 


And if you have ever looking for my Instagram account, sometimes I deactivate my account because I'm wasting my time for something unworthy. 

Yeah. I'm terribly sorry for everything. 



So I will do Frequently Asked Questions (FAQ) today. Do read peep!

1. Macam mana nak ambil SPM Persendirian?

Bagi kes Aina, Aina dulu tangguh SPM. Bukan pelajar mengulang. Jadi Aina pertama kali mengambil SPM pada tahun 2017. Untuk pelajar mengulang atau pertama kali menduduki SPM, rasanya langkah yang pertama adalah isi borang. Apa-apa perkara yang rasmi di Malaysia ni, kebiasaanya memerlukan borang yang dilengkapi dengan maklumat-maklumat yang berkaitan. 

Pergi ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/ Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang berdekatan untuk mendapatkan borang. Di sana, anda akan diterangkan dengan lebih jelas dan akan diberikan senarai sekolah yang anda boleh daftar sebagai pusat peperiksaan. 

Untuk sebarang maklumat jangan segan bertanya kepada pihak berkenaan. Inshaa-Allah mereka akan menjawab dengan baik ataupun boleh buat carian secara atas talian di laman sesawang mereka. 


2. Pakaian rasmi atau tidak?

Pada hemat Aina, Aina lebih selesa untuk berbaju kurung. Sebab? Aina datang nak ambil peperiksaan sahaja. Tak nak lah nampak over sangat macam ada fashion show. Bagi lelaki pula, kemas kasut bertutup, berkemeja dan tuck-in. Nampak lebih kemas dan formal kan? Perempuan pula kalau pakai tudung cukuplah bawal dipinkan kemas kiri dan kanan. Shawl pula tak perlu berbelit berlebihan. Nanti nak jawab exam pulak stress. Tudung tak jadi. HAHAHA. 


3. SPM persendiran ada folio atau kerja kursus tak?

Soalan ni sangat popular. Even Aina dulu pun tertanya-tanya juga, ada ke folio atau kerja kursus. Yelah, Addmath sekarang kalau tak silap Aina, ada kerja kursus kan?  Kalau tak silap. Setakat sekarang ni, tak de yang update kata SPM persendiran ada kerja kursus dan sebgainya. So Aina yakin tak ada sebarang folio dan kerja kursus. 

TETAPI, seandaianya terdapat perubahan format dan sebgainya, sila terus hubungi pihak berkenaan dan pastikan anda membaca segala surat dan borang-borang yang anda telah isi. PENTING! 


Apa-apa pun, kunci di sini adalah membaca dan sentiasa menanyakan sesuatu perkara yang kita kurang pasti. 

So, sampai sini dulu FAQ Aina. Sebarang persoalan boleh terus ke Instagram Aina atau email. Mana yang Aina dapat bantu, Inshaa Allah Aina akan cuba tolong. 


Loves,


Comments

Popular Posts