ULBS Bahasa Melayu (Calon Persendirian) 2017

Assalamualaikum  


Dalam setengah jam yang lalu (mengikut masa aku sedang menulis ni) aku baru je sampai rumah. Baru balik dari SK Langgar untuk buat UJIAN LISAN BM. Aku settle buat ujian lisan ni dalam pukul 9:45 macam tu. Lebih kurang 2 jam awal dari masa yang diberikan. Alhamdulillah. Memang dari semalam aku punya hati ni nervous, tapi still boleh kawal.

Dah tak ada sangat dah darah gemuruh macam dulu sampai setiap kali nervous memang perut aku memulas.

Surat panggilan untuk Ujian Lisan ni aku dapat pada 5/7/2017. Bila ayah cakap ada surat SPM dah sampai aku rasa macam, ah sudah. T_T. Tapi aku masa tu buat cool je lah. Jangan gelabah sangat.


Aku bertolak dari rumah dalam pukul 7:15 am. Tapi tiba-tiba masa aku reverse mak aku cakap tayar kereta aku lembik, terus mak aku panggil ayah aku suruh teman aku pergi isi angin dekat stesen minyak. Padahal semalam pergi isi minyak kasi full tank tak ada pulak nak pergi tambah angin. Aku dah risau kalau terlewat. Sebab aku ni jenis suka sampai awal. 

Dalam 7:40 am, semua dah settle. Aku terus memecut laju ke pusat ujian. Risau! Huhu. Sebab calon wajib ada 15 minit sebelum mula.

Sebaik sahaja sampai, dalam pukul 8:10 am terus daftarkan diri di tingkat atas dan diberikan taklimat. Mujur lah ada seorang lagi calon perempuan yang ada dekat situ selain aku, kalau tak memang mati kutu aku. 


 


Masuk je bilik ni terus aku berkenalan dengan calon perempuan tersebut dengan panggilan Sya. Mujur mudah masuk. Terus bersembang-sembang, lupa kejap nervous tu. 

Ada satu benda yang buat aku jadi spoil mood sikit, aku jalan lenggang. 

Aku bawa IC dan Surat panggilan semata-mata. Apa punya lurus bendul lah aku hari entah. 

Selalu aku datang well prepared jugaklah. Tapi entah macam mana , hari aku jadi macam blur sekejap. 
  
Bila aku tengok orang usung beg, aku rasa macam nak ambil beg laptop aku. Hahaha. Sebab rasa janggal sangat. 



Sedang menunggu giliran


UJIAN LISAN ni dibuat dua kali, satu sesi secara individu dan satu lagi sesi secara berkumpulan. Markah yang paling tinggi akan di ambil untuk digunakan. 

Semasa secara individu , aku dapat pentaksir yang agak sporting dan membantu aku untuk menyampaikan sesuatu dengan lebih mudah. 

dan semasa dalam kumpulan, alhamdulillah, grup aku ada tiga orang. Dan 2 orang rakan aku tu orang yang boleh dikira hebat juga bertutur kata. Sorang lelaki dan sorang perempuan. Kitaorang diberi masa 30 minit untuk berbincang. Kononnya. Tapi aku rasa tak sampai 30 minit kami bincang, pentaksir ajak kami untuk ujian lisan. AH sudah. 

Since secara persendirian ni,dorang beri kami sedikit kelonggaran dan  kami bebas untuk memilih tajuk apa yang kami nak dan bincang on the spot dan betang secara spontan. 

Alhamdulillah everything berjalan dengan baik dan aku sangat bersyukur. Next week ULBS English pulak. Doakan! T_T





Comments

  1. Exam untuk apa ni? MUET ke?

    ReplyDelete
  2. All the best yeah :)

    ReplyDelete
  3. Umur brpe mse tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous28/4/19

      uuuuuu.....kenapa nak tau tu?????:)
      HAHAHAHAHAHA>>>sorry2 bro..niat aku nak gurau2 buat kawan

      Delete
    2. Anonymous28/4/19

      uuu...kenapa nak tau tu???:)
      HHAHAHAHAHAHA...x de lah aku gurau je
      sorry bro aku niat nak gurau je ni...nak buat kawan..maaf eh

      Delete

Post a Comment

Hampa komen, hampa comel :)

Popular Posts