Tentang Ramadhan I

Assalamualaikum ♥ 


Alhamdulillah, tahun ni masih sempat lagi berjumpa dengan Ramadhan, dan aku berharap masih sempat bertemu lagi untuk tahun tahun akan datang. Walaupun sudah lama Ramadhan pergi meninggalkan kita, tapi kenangan-kenangan yang menyinggah semasa bulan Ramadhan masih bermain di layar minda aku.

Tahun ni, Ramadhan sangat bermakna buat aku. Seolah-olah Ramadhan kali ini memadam semua luka-luka aku dengan Ramadhan tahun lepas. Bukan aku tidak menghargai,tapi ada kenangan-kenangan yang berbekas di hati yang buat aku kadang rasa pedih sangat.

Puasa tahun ni, aku sebenarnya nak kutip pengalaman berpuasa di rumah sewa dengan adik aku.


Rutinnya, setiap pukul 4:30 pagi aku akan bangun and goreng nugget dan panaskan sambal tumis then kejutkan adik aku dan adik-adik rumah sewa aku yang jenis nak makan nasi. Aku tahulah perangai budak-budak ni kan, memang nak kejut tu mashaAllah, adik aku ke, adik orang ke, perangai 2 x 5.  Sama je.  Selagi aku tak tarik bangun dari katil tu, selagi tu tak bangun.


Alarm? HAHAHA, Sepuluh jenis ringtone bunyi, tapi hampeehhh. Semuanya tutup jam balik, kesat air liur and tidur balik.

Mana yang puasa selalunya pesan dekat aku,

"Kak aina, kejut kami nah esok." 

 Bilik aku and aku ni ada sorang budak ni dia suka tumpang tidur bilik kami, sebab dia takut tidur sorang sebab roomate dia tidur dekat bilik sebelah aku. Faham tak?

Adik aku cakap, kalau aku tak ada, dia memang akan sahur minum air and tidur balik. Aku tersenyum. Memang aku faham sangat dah perangai dia. Bilik sebelah aku tu memang jenis sahur minum air, and telan apa yang ada dalam bilik sebab dorang sangat lah tidak ada kekuatan untuk ke dapur.

 Bila tiba waktu petang , soalan wajib setiap hari yang akan keluar bermula jam 5-7 petang ialah ;

Nak makan dekat mana?

Jadi p dak?

Nak pakai baju apa?

Ada tudung tak?

Sekarang pukul berapa?


And bila tiba waktu berbuka, inilah kali pertama aku dengan adik-adik rumah sewa aku tu pergi jalan ke masjid untuk berbuka puasa.



Aciikk! Tambahh ni tak cukup. HEHE.


Nikmat sangat makan berjemaah dekat sini. Jalan ramai-ramai and buka puasa ramai-ramai. 
 Sebab kenapa kami makan di masjid :

  • Makanan dia banyak + sedap 
  • Jimat duit makan sebulant
  • Tak kena basuh pinggan kot. HAHAHA. (GURAU)
 

And setiap kali pergi memang talam kami semua licin alhamdulillah. Memang adik adik aku ni semua merawasi hakak ni kot. Sumbat sampai kenyang. Jangan membazir. Bab makan memang kami semua juara. Jangan risau. 

 Since masjid tu dekat sangat, kami lagi 15 minit nak berbuka baru jalan keluar rumah and lenggang mak nenek ke masjid. 

Tapi makin hari makin ramai yang join kelab tak puasa, bila dah sikit orang baru lah aku naik kereta. Sebab aku tak rajin sangat nak berjalan ni. HAHAHA. 

  actually aku ada cerita lagi.. tapi nanti tulis panjang korang letih pulak. 
till here, hehe. 


so apa pengalaman ramadhan korang.









Comments

  1. seronok kenangan Ramadhan.. dulu dok hostel pun akakla yang paling senior nak kejut adik2 mmg liat..

    ReplyDelete

Post a Comment

Hampa komen, hampa comel :)

Popular Posts