Syndrome Gila Stereng





Assalamualaikum  


Baca tajuk aku sure korang dah tahu benda yang aku nak share. Hehehe, tapi aku tetap nak cerita juga since ni adalah first time aku keluar dengan kawan aku lepas aku dapat lesen. Aku tengah kena syndrome gila stereng. Hahaha, kiranya aku berjalan-jalan sendiri dengan kawan aku without asking my parents hantar aku. Selalu aku lepak dengan kawan aku dekat pekan kecil kawasan rumah aku tu.

Since kawan aku ni balik cuti dari kolej dia kat Negeri 9. Aku memang rindu gila nak jumpa dia. so, plan punya plan, nak angkut geng, yang stick dengan aku till the end cumalah kawan aku sorang ni je. HAHA. Kawan aku yang memang plan dari mula nak keluar dengan aku. Lol.

Yang lain? Ada macam-macam hal dan masalah yang tak boleh nak di elakkan. So terpaksa lah tangguh niat nak berjumpa.

Aku dengan kawan aku, Ain ni dah janji nak gerak lepas Zohor. Sebabkan mak ayah dia still tak bagi dia bawa kereta ke Alor Setar, sebab dia pernah kemekkan bontot kereta dia. HAHAHAHA, (sorry ain, pecah rahsia pulak. hehehe) Aku jemput datin ni kat rumah dia and isi minyak. Memandangkan kami gedik nak keluar masa keadaan ekonomi yang tengah tidak stabil ini, maka kami berkongsi duti minyak. HAHAHA.

Lepas dah isi minyak, semua kami pun gerak ke Alor Setar. Sebelum tu, kami singgah makan di Coconut Shake yang agak femes dekat area tu. Kedai tu dekat dengan Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (SAINA). since aku belum lunch, aku pun singgah makan nasi ayam and sirap limau dekat situ dan kawan aku order coconut shake and fries, sambil makan kitaorang bergosip kisah hot.

Sejujurnya, aku tak ada idea nak pergi mana.. lol. Aku dengan kawan aku cuma nak keluar sesama je, hahaha. so aku ke alor setar tanpa arah tuju. and si datin ni cakap dia nak beli kasut, kitaorang pergi ke Pacific, tapi dia ni jenis nak beli kasut murah. Memang tak jumpa lah kasut Carlorino harga RM 50, kecuali kalau tengah musim offer. Then kitaorang turun ke bawah, area tempat sabun semua. Aku dah tau datin ni memang perangai macam tu..sabar jelah. HAHAHA.

Lepas dia dah shopping barang peribadi dia untuk balik ke kolej dia, dia dapat kupon Pizza Hut. 

Actually memang tengah teringin nak makan pizza.. geram asyik tengok kat Instagram, tapi tak ada masa nak buat.

and kebetulan aku nak kena amik adik aku kat rumah sewa dia dan dekat area rumah sewa dia tu ada Pizza Hut, memang sekali jalan sahaja lah semuanya.

Since kupon pizza tu valid untuk take away je, kitaorang plan nak pergi makan dekat Tasik Darulaman, Jitra. Sebab dekat Alor Star seingat aku tak ada tempat yang boleh lepak-lepak untuk makan. Sebenarnya semua yang ada dalam kereta tu tak tahu jalan nak pergi. Dah la masing masing tak ada internet dekat phone, top up pun tak ada. Haha, sedih tak?

Tapi mujur magic sim aku still valid tarikh, so boleh lah pakai basic internet untuk guna Waze. Hahaha. Aku confident sikit bila ada orang sebelah yang tolong pegang Waze, kalau tak aku tak berani nak pergi. Huhu. and dengan tawakal kitaorang pun pergi. Dalam 30 minit jugalah aku drive, baru sampai.


Sampai kat tasik, kami pun melepak dan makan-makan. Memang kenyang gila kot. Silap hari bulan kalau kenyang tergolek, kami ni bertiga ni bergolek masuk ke dalam tasik. Haha. terapung apung bagai pelampung. Dah sampai kat tasik tu pun dalam pukul 6.30.

Memang kami datang untuk membela lemak semata-mata. Tak jalan-jalan langsung pun pusing tasik tu. Tiba-tiba tengah makan ayah aku call. HAHAHAHA. AKU DAH KETAQQQ WEH. Aku suruh adik aku yang angkat call. Hehehe. Ayah aku tanya aku nak balik ikut jalan mana, confident je adik aku jawab balik ikut jalan highway. Lol. Nak balik rumah aku tu ayah cakap mana ada highway! HAHA. Berdekah aku dengan kawan aku gelak dekat dia.


Aku tengok jam aku time tu nak dekat pukul 7, pizza kami tak habis lagi, and roti pun tak habis lagi. Pakat-pakat kami paksa telan baki baki makanan, sebab tak nak membazir. HAHAHA. Aku dah kecut perut. Sebab nak tak nak, kena balik guna jalan belakang. Mujur Waze boleh guna juga walaupun jalan belakang tu nampak macam tak ada line dan aku just guna basic internet je kot.

Aku suruh ayah aku doa supaya sampai rumah dalam keadaan yang selamat. Memang tawakal lah guna jalan belakang, gelap dan banyak selekoh.

Image result for driving gif


ALHAMDULILLAH, Sampai rumah jugak akhirnya. Aku bawa laju jugaklah sebab tak banyak kereta. Minyak kereta isi RM 20, habis RM 20. Gila jalan, habis minyak.. hahaha. Lepas ni datin tu nak balik ke kolej dia dah. Hukkkkk. T___T.






Comments

  1. Haha. Biasala tu kan bila dah jalan-janlan dengan kawan memang tak ingat dunia. Habis teruk minyak.

    ReplyDelete
  2. Hati2 bila baru dapat lesen sebab tak mahir lagi.. tapi kena drive selalu supaya semakin mahir memandu...

    ReplyDelete
  3. waktu saya awal awal dapat lesen pun saya jadi gila stereng! hahaha pastu dah lama lama ni rasa malas dah nak drive

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhhaa. Kan. Nanti dah lama lama akan jadi jemu. Org baru dapat lesen mmg camni kot. Hahahaha

      Delete
  4. Kak dulu sebelum ada lesen dah bawak pusing-pusing masuk pekan. Tapi ada cikgu (ayah) kat sebelah, hehehe

    ReplyDelete
  5. minyak skrg mmg mahal. takpe, konfiden tu penting, kalau bukan skrg bila lagi. hehe.

    ReplyDelete
  6. Bhahahahahahahaha comel je! Hati-hati memandu tu okey. Seronok driving ni. I love driving! Tapi bila datang kemalasan tahap dewa tu, lagi syok kalau jadi co pilot je. Hehehe...

    ReplyDelete
  7. pehhh honda tu. akk lepas dapat lesen automatik trus malas. kahhh

    ReplyDelete

Post a Comment

Hampa komen, hampa comel :)

Popular Posts