Lawatan sambi belajar sangat ke USM !

Assalamualaikum semua.

Yuhhuu, cuti dah nak habis. Aku cuti kali ni tak ada kemana pun. Duduk rumah je lebih. Aku pernah keluar sekali je dengan kawan-kawan aku masa hari tu untuk ke ke Penang, bercuti dengan kawan-kawan lama. HAHAHA. Tak apa, pasal trip tu nanti aku share.

Kali ini aku nak share lawatan sambil belajar kononnya ke USM untuk Final projek budak-budak dekat sana.

Malam tu memang semangat lah aku cari kamera orang nak pinjam. Haha, sebab kamera aku rosak. plus, aku tak bawa smartphone. So, disebabkan aku baik jugalah dengan budak-budak junior dorang pinjam kan aku kamera. haha. Wuhuuu. terharu. Thanks dik. hehek!

Meet Dayah and Syifa from MJSC Pendang

Kitaorang pergi morning call macam biasa, morning call ni lebih kurang macam perhimpunan pagi yang short seblum masuk ke kelas, Setiap hari ada. Aku malas beb. --'' hahaha. Dah berapa kali aku ponteng, selalunya time exam. Sebab nak studi kononnyaa. HAHAHA

Then, kitaorang pilih ketua untuk kira budak-budak ni. Ramai yang tak ada masa ni, ada yang pergi Debatlah, Ranjer lah. macam-macam. Plus ni minggu aktiviti. Minggu ni korang tak payah belajar selama sminggu. Best kan? tapi kena ikut game sekolah buat untuk korang. HAHAH, tak best untuk aku sebenarnya. 


Tiang gemuk.
Kitaorang tunggu cikgu-cikgu pengiring datang dan punggah masuk air dan nasi ke dalam bas. Lepas tu, kita semua pun bertolak. 



Aku lupa nak tengok jam. tapi yang pasti aku rasa macam kejap sangat dah sampai. Alahh, macam biasalah naik jambatan semua kan. Malas cerita part tu. Tak larat hadap dah jambatan Penang tu. Kalau naik Feri best sikit. Eheh. Entah ada ke tidak perkhidmatan tu. Hey orang Penang, ada lagi ke tempat naik Feri tu. 


Cuba teka, mana saya. HAHAHA
So, sampai-sampai tu terus kitaorang bergambar sebagai kenang-kenangan oleh sis and bro yang conduct program tu. 

ROBOT- Menari Gangnam Style

Dekat dalam tu ada banyak dewan, aku tak ingat nama dewan yang aku pergi ni. LOL, Tapi aku ingat aku pergi dekat pameran bahagian lebih kepada teknologi.Uhuk, aku pun tak sangka. Banyak benda aku tanya lah bila aku jumpa sis and brother tentang benda-benda tekno ni. Tapi lebih kepada nasihat  jugalah.

Lain aku tanya, lain aku jawab. 

Tapi ada yang aku tanya pasal app, dorang cakap senang je nak buat. Lebih kurang macam blog. Aku pun macam eksaited jugalah. HAHA.

Actually kitaorang diberi masa sejam je untuk melawat semua tempat dekat dalam dewan tu. Kira tempat tu ada 4 dewan. Aku masuk satu je. --'' 10 minit terkahir aku jenguk-jenguk tempat-tempat budak engineering. Tapi aku tak minat sangat. 

Tapi balik-balik maktab dorang jumpa orang yang buat kuih guna tepung cempedak. Cempedak punya kulit tu dorang buat tepung. Wuu, Nicee! tapi.. aku taksub dengan tekno sampai lupa yang lain. hiks. 



Dah habis tu, kitaorang pergi naik kereta hybrid ni. Hybrid ke apa tah. Macam kereta buggy. Tapi panjang. Buat pusing-pusing USM. HAHAHA. Best jugalah. Hahaha. 


Puas-puas pusing semua, kitaorang pergi solat dekat surau USM tu. Masa dekat surau tu aku tanya dekat cikgu

Aku : Cikgu, kita dah lebih 90 km kan?

Cikgu : Ha'ah. Kenapa? Kamu nak solat jama ke?

Aku : Haah *sambil angguk kepala*

Cikgu : Alah, solat jelah zohor penuh, kenapa? malas?

Aku : *tersengih*

Aku balik story dekat parents aku. Parents aku cakap, cikgu tu tak faham. HAHA. tu memang hadiah dari Allah, kemudahan yang Allah bagi untuk kita. Hahaha. tapi aku tak kisah cakap cikgu tu . Aku solat jama takdim and qasar sekali. 




So, otw balik tu aku tak makan nasi lagi tauu tak. Aku lapar, haha, berhenti dekat RNR Gurun aku makan nasi. Lepas tu aku pergi dekat Ramly teringin nak makan. HAHAHA. Aku tapau bawa balik. Hehehe. Kiranya, aku makan nasi dekat RnR dan tapau burger bawa balik  yeyeyehhe.

Bila dah sampai dekat maktab, semua balik asrama, Sebabkan program kitaorang ada dalam jadual minggu aktivti, kira petang tu kitaorang kena turun untuk pertandingan olahraga. Aku olahraga atas katil lah. Sebab, alhamdulillah petang tu, HUJAANNN!! Yayy! Aku dah sampai masa asar jugalah, 

Sebab aku solat jama tadi,makanya aku buat kuak lentang atas katil, lol. Ko ingat, aku tak pandai ke berenang? Berenang atas katil tu, aku juara. HAHAHA.

So, sekian itu je dari aku. HAHAHA. Goodbyee. 




Comments

  1. wuuu bestnyaa. gigih haku baca. hahaha. kuak lentang akhir tu ak pun terorr. muahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAhaha boleh lab than best. Lols. Aku rasa Yang tu ramai juara. 😂

      Delete
  2. hatoyy, lamanya xsinggah blog comel ni. nampak nya akak dah berkenan ngn blog aina ni. cmne ni?hahahahaha tolong bgthu akak, apa nama font kat blog aina ni?hahahahah

    fuhhh tgok robot. mane gamba aina ni? hee :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Hampa komen, hampa comel :)

Popular Posts