Ladies Night?!

Assalamualaikum semua.. hehe sihat? Maaf sebab aku tak berblogwalking ke blog korang..


Thank you so much kepada pembaca-pembaca baru yang sudi singgah dan drop kan comments korang. I'm so sorry.


 Masa yang aku ada sekarang sangat limited, sampaikan aku sendiri tak sempat nak bermanja dengan mama bila aku balik kali ini. Biasalah hari first balik rumah.. mesti nak qado tidur kan? I'm soo sorry Mama. T_T

Buat pembaca baru, Assalamualaikum! Selamat berkenalan. Umur saya 17 tahun. Tapi tak ambil SPM tahun ni. Hahaha. Tahun depan baru ambil. Saya masih bersekolah di sebuah sekolah yang berada di Malaysia. Alhamdulillah. Lols. Nanti kalau ada masa, aku akan cuba bersekolah di Kutub Utara. Ohohoh.

Aku sebenarnya masih tercari-cari apa-apa yang aku nak ceritakan dekat korang. Since blog ni agak PUBLIC, so tak semua benda peribadi boleh aku share. Uwaa. Aku rasa macam nak buat untuk Invited Reader je. Rasa je. Tapi tak kot.. nanti tak best. Tak ramai kawan. hehehe.

Esok aku balik hostel. Kerja sekolah still tak siap. Dalam banyak-banyak kerja sekolah, Sivik, Sejarah dan English yang aku siapkan. Baju aku tak kemas lagi. Malas nak kemas. HUHUHUK!



Tadi aku pergi dating dengan kawan perempuan. Aku kena mention perempuan tu. Karang korang ingat aku pergi DATING betul pulak. Memang tak lah aku. Tak sanggup. Haramm nak oii. Macam biasalah, makannya setengah jam je. Menyembang 3 jam. Koh..koh.. Ada sorang kawan aku tak sempat nak jumpa, sebab parents dia dah datang. Huhuk! Sedih. 

er...

er...

(mencari idea..)


er...


okay! *petik jari*

Ladies Night!

Okay, pada beberapa hari lagi akan berlangsungnya majlis LADIES NIGHT. Malam untuk ladies sahaja bergumbira maybe? Aku sebenarnya tak redha dengan majlis macam ni. Hilang keberkatan nak belajar dekat sekolah. Dah la sekolah tempat timba Ilmu yang suci. Tapi di kotori dengan majlis-majlis yang lagha.

Amboi Aina.. hang sembang serupa hang suci tak pernah buat dosa.

Sebab aku pernah lah aku tak nak ulang. Memang aku tak pernah rasa macam mana ladies night tu.. tapi aku boleh dapat gambaran macam ladies night tu berlangsung.

Aku cerita dekat mak aku..pasal Ladies Night kononnya ni.

Mak aku cakap, kita ni terlalu ikut barat. Hilang keberkatan nak belajar. Sebenarnya kita yang sedang memijak Islam. Tanpa kita sedar atau dalam kita sedar. Kita sendiri yang tak mencerminkan akhlak seorang muslim, kita sendiri yang tak mencerminkan akhlak seorang mukmin(orang beriman).

Aku entahlah.. mungkn selemah-lemah iman kot. Kena membenci dalam hati. 



Apa beza kita dengan orang kafr? Apa beza kita dengan mereka sebenarnya.. kalau kita sendiri terkinja-kinja berparti macam syaitan. 

Fikir-fikirkanlah.. ini ke contoh yang nak lahirkan wanita solehah?

Memang lah orang tak nampak.. tapi kalau dah berdansa dengan lagu lagha?  



Aku bukan nak judge. Aku pun teruk juga. 

Itu je dari aku.. sekian. ^^

Maaf kalau ada terkasar bahasa, terasa kat mana-mana. Jangan marah aaa.. nanti susah aku nak belajar. hehehe. 

Soo goodbye. Till we meet again.

Maasalamah. ^^



Comments

  1. ok, tak bw tu kak wana paham..kalau dah balik rumah tu mesti la nak rehat sepuasnya kan dikna..esok dah balik hostel dah..apapun, take care dikna sayang..

    ReplyDelete
  2. ok, tak bw tu kak wana paham..kalau dah balik rumah tu mesti la nak rehat sepuasnya kan dikna..esok dah balik hostel dah..apapun, take care dikna sayang..

    ReplyDelete
  3. Haha., jangan terlebih lagha sudahh hehe

    ReplyDelete
  4. Tak salah nak berhibur... tapi kena jaga limit... kaksha pun pernah ada dizaman tu.... semua dah merasa dah :)

    ReplyDelete
  5. terpukul dgn kate2 dikna tu
    bnd btl la tu
    kadang kite sllu lupe dan leka
    terlalu ikotkam budaya barat

    ReplyDelete
  6. jauhilah perkara2 camtu kan Ana..itu lebih baik

    ReplyDelete

Post a Comment

Hampa komen, hampa comel :)

Popular Posts