Air yang tembak dan dicincang tak akan putus.



Assalamualaikum gaiss!




Sorry aku tak dapat nak pergi blogwalking blog korang dan juga balas komen korang. Aku kedekut data. Sorry tau. Thank you very much yang sudi jenguk blog aku ni. Tanpa korang blog aku ni akan sepi..dah la memang sepi.. bertambah sepi lagi. Sadis kan? Kan? Thank you kepada yang setia singgah ke blog aku ni. Inshaa-Allah bila ada masa akan datang.. ada rezeki aku melepak pulak kat blog korang.

Sorry eh? Meoowww~ ><


Soo.. dalam kedekut-kedekut aku.. Aku ubah juga rupa blog aku ni. Okay memang tak banyak. Aku ubah header, letak footer sikit, theme aku blueberry. Eheh?! Purplee+grey pulak menjadi theme aku kali ini. Aku nak cepat..sebab tu aku ubah sikit je. Sebab aku dah jemu dengan rupa blog aku yang lama. Walaupun aku tak buka.. hahaha. --'' Jangan marah kan saya.

Okay.. cukup mukaddimah yang panjang menjelaaaaa. Aku nak ke topik.

So Hello sekolah!

Aku baru dapat surat 13 Januari 2015 ni.. aku akan pindah sekolah ke sekolah xoxo dan di tempatkan di asrama. Aku sangat terkejut. Bermakna seminggu dari sekarang lah kan? No wayyy! Aku punya barang sekolah memang dah prepare. Cuma.. orang yang nak sekolah ni lah tak berapa nak prepare lagi. Huk huk!

Esok aku baru nak pergi holiday, melepak dekat tepi pantai. Mak aku cakap mulai malam ni.. mak aku dengan adik-adik aku nak tidur dengan aku.

Aku ni biasalah.. nama pun anak manja. Cakap nak jauh sikit dari family.. mulalah bergenang air mata macam tangki air. Haih. Hati mau sado Aina. Cakap nak kerja dekat oversea. Ini baru kena keluar dari daerah sendiri.. pindah ke daerah lain je. Nak menangis macam kena seksa. Nak pergi belajar oiii!

Tambahan aku ni anak sulung. Sebab tu mak ayah aku ni.. sedih sikit. Cewah!! Sembang macam aku tak sedih. Lols. --''

Hari tu ada sekali aku tanya adik aku yang bongsu,


Aku ; Adik, kalau kakak tak ada dekat rumah.. adik sedih dak?
Adik : ......
Aku : Adik, adik sayang kakak berapa?
Adik : *Angkat 5 jari*
Aku : Sayang 5 ja?
Adik : *Angguk* Muka sedih
Aku : Kakak sayang adik sepuluh.
Adik aku diam.

Lepas tu adik-adik aku yang lain tetiba menangis. Aku tanya kenapa? Depa cakap depa sayang dekat aku. Lepas tu adik kembaq aku menempel duduk dekat paha aku. Sorang kiri, sorang kanan. Adik aku yang no.2 tu menangis juga, tapi sebab tak ada ruang dia menempel dekat adik aku yang duduk dekat paha kiri aku. Aku masa tu tahan menangis. Huahhh. Mak aku masa tu duduk depan pintu.. mak aku pun menangis tengok kami. Hadoiiyaaii.


Ayah aku? Tak ada beliau ke masjid. Hehehhe.

Mak aku pernah tak lalu makan seminggu sebab aku tak ada. Aku ni anak mama dengan ayah. Tu yang aku jadi macam tu.

Aku dengan adik-adik memang sangat rapat. Even dorang dah besar panjang macam ni, kadang-kadang aku yang suapkan mereka makan. Ataupun.. kalau aku mengada.. aku suruh adik aku suapkan. Manja tak payah ceritalah. Bergaduh macam mana pun kami.. Inshaa-Allah akan baik semula.

Sebab tu.. Air yang tembak dan dicincang tak akan putus. Macam tu kasih sayang aku dan adik-adik aku. Aku harap selamanya macam ni.



Nak adik-adik hormat dan sayang kan kita ;


  • Rajin-rajin memasak untuk dorang. Kan orang cakap nak pikat hati kena pikat perut. Orang pakai petua tu untuk tackle lakikan? Tapi aku tak khawin lagi. HAHA, Jadi aku pakai petua ni untuk tackle dorang.


  • Solat jemaah bersama. :D Solat itu tiang agama. Ecewah.


  • Makan bersama, lagi elok sekali-sekala bersuap-suap. Berkat kasih-sayang
  • Sambil masak, baca selawat dan doa 

Aku rasa itu antara sebab kami rapat dan selain mak ayah aku yang juga memainkan peranan.. seperti memarahi aku supaya aku melepak dengan adik-adik dari terperap dalam bilik. HUAHAHAHHA. Perangai yang suka menyendiri ni lah yang buat kita kurang persefahaman dengan adik beradik dan suka nafsi-nafsi (sendiri-sendiri). Dan bergaduh. 

Yes, dalam urusan adik beradik ni.. mak ayah sangat memainkan peranan. Kadang-kadang aku tengok mak ayah buat dunno je dengan anak sorang ke selatan sorang ke utara. Yang penting dorang tak buat bising dan tak bergaduh. Lepas tu bising.. anak renggang lah apalah. Dah tu kalau setakat marah apa barang, cuba sekali sekala rampas kejap gadget-gadget tu. 

Bawa bercuti? Offkan data bagai. Family time! 

So itu jelah aku nak share. Sekian.


p/s : Doakan aku supaya sentiasa dalam lindungan Allah. Thank you kepada yang sudi beri hadiah kepada aku untuk tahun ni.. Hehek. XD Nanti besday aku.. send lah satu. Siapa yang ada alamat rumah tuu. Ahaks!





Comments

  1. tips yg baik utk merapatkn hubungan adik beradik. untuk ade akak mcam aina.. hehe

    ReplyDelete
  2. good luck dear! :)

    ReplyDelete
  3. dimaafkan bila tgk mata meow yg menyinar2 tu. XD
    selamat bercuti awakk ! ^_^

    ReplyDelete
  4. Nasib baik saya anak bongsu~ :p *tiba* Ha'ah, memang akan rindu family kalau duduk asrama (Macam ada pengalaman je? Tak. Tak ada pun. Huhu! =3= ) Apatah lagi kalau rapat kan? Tersangatttlah winduuuuu~ Anyways, wish you all the best di tempat baru! Eh. Bunyi macam orang tukar tempat kerja pula. ><

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan segalanya Aina..be strong ye girl :)

    ReplyDelete
  6. bestnya adik-beradik macam ni. adik-beradik akan seghupa hantu. hahahaha xD

    ReplyDelete
  7. Moga dipermudahkan segala urusan ya, Aina :)

    ReplyDelete
  8. Good luck for your new phase of life, Aina. Study elok2. Dok sana elok2.

    ReplyDelete
  9. Anonymous8/1/15

    pape pun adik-bradik jugaklah yang mcm mana pun tetap ada.. btw adik manish.. da get ready nak sekolah ke ? hehehe

    ReplyDelete
  10. adeh sedih nak kena bepisah sobss sobss. aina jaga diri bebaik k.

    psst~ header & footer lawanya! kiteww x reti buat footer sobs sobs :"(

    ReplyDelete
  11. rindu ngan ainaaaaa...kak wana singgah sini..nak jenguk blog dikna..

    akak doakan aina baik2 saja dan sihat selalu ya..labiu bebeh!!! :D

    ReplyDelete
  12. Cepat la update. Dah cuti ni. Hehe :)

    ReplyDelete
  13. Akak yang baca ni pun dah sebak.

    Semoga dikna sihat dan dapat menyesuaikan diri nanti ditempat baru.

    ReplyDelete
  14. alololoooo...
    manjenye oiii...
    dikna syg kat akk x??
    heheheheh
    akk kalu line ciput pon dekut data jugak
    hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Hampa komen, hampa comel :)

Popular Posts