Tips Make Up untuk Kulit Berminyak.

Tips Make Up untuk Kulit Berminyak.

Assalamualaikum semua. Berita baik untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak. Hari ini aku nak share sikit tips make up untuk korang yang ada masalah kulit berminyak ni. Kadang-kadang kita mesti rasa kurang berkeyakinan bila wajah kita ni bermasalah kan?

Kebanyakan wanita memiliki masalah kulit berminyak terutama sekali di T-zone yang merupakan kawasan paling berminyak pada muka anda. Kawasan T-zone merangkumi bahagian dahi, hidung, dagu dan di sekeliling mulut. Oleh yang demikian, bagi anda yang mempunyai masalah kulit berminyak, ikuti langkah-langkah berikut untuk makeup tips yang simple dan tahan lebih lama.









1. Primer


Sebelum korang menyapu sebarang foundation, pastikan korang menggunakan primer sebagai asas terlebih dahulu. Fungsi primer adalah untuk memastikan solekan anda tahan lebih lama.




2. Foundation

Kemudian, sapukan foundation (water base) untuk mendapatkan hasil tona yang sekata.




3. Bedak Asas



Barulah korang boleh menggunakan bedak asas. Pilih bedak asas yang mempunyai tona warna yang hampir sama dengan warna kulit muka anda untuk hasil yang natural. Jangan pilih yang kontra sangat. Kata muka tu gelap. Kau nak putih macam korea. Karang hasilnya macam Kak Limah. Kan sadis tu?





4. Matte blush

Bagi pemerah pipi pula, gunakan matte blush dan elakkan daripada mengunakan shimmer blush. Korang mesti tak nak muka kelihatan berkilat dan berminyak kan?



Dan last sekali..







5. Mineral makeup

Dan yang terakhir adalah, gunakan produk kecantikan yang berasaskan mineral dan kurang kandungan bahan kimia yang berbahaya. Kini terdapat pelbagai rangkaian produk kecantikan berasaskan mineral yang boleh anda dapati di pasaran dan juga boleh anda temui secara online.

Selamat mencuba.



Comments

  1. Bagus tips ni. Dik Na boleh buat joint venture ngan Scha Nazri :)

    ReplyDelete
  2. wah dah jadi pakar kecantikkan pula dah adik comel ni..hehe..apapun, tips yang bagus..pasti memberi manfaat pada kawan-kawan yang sedang tercari-cari tips..

    ReplyDelete
  3. very good tips :)

    ReplyDelete
  4. eh,ingat silap blog tadi. hehe. nice tips anyway! ^_^

    ReplyDelete
  5. kiteww ni x pndai mekap2 nih. sllunye tempek bedak arab + eyeliner + lipbalm je hehe

    ReplyDelete
  6. wahhh aina share bagus nie :D like it! :D

    ReplyDelete
  7. thanks for sharing Aina! t zone anis kuat berminyak :(

    ReplyDelete
  8. Wah2.. dah tukar "propesyen" jadi make up artist ea..?? hik2

    ReplyDelete
  9. hehe. tunggu ada duit la baru try :)

    ReplyDelete
  10. saya bab2 mekap ni lemah ckit, huhuuu...
    done follow#

    ReplyDelete
  11. wah, nice lah header. suka suka :D

    akak selalu pakai foundation je. hahaha... kulit memang berminyak.

    ReplyDelete
  12. Nice tips. Biasa guna foundation dgn bedak asas je...primer tak pernah. To be exact tak tahu muahahaaaa

    ReplyDelete
  13. Adik manis, mana menghilang?

    ReplyDelete
  14. makeup? perkongsian yg menarik tapi sis JM ni bedak pun x calit..lipstik pun x pakai..lagilah yg lelain tu..bila org pandang je rupa cam mayat hihih

    ReplyDelete
  15. wahhhhh.. cantik menawan la cmni.. huhuhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Hampa komen, hampa comel :)

Popular Posts