Novel : Sky Love Part 7
“Saya tau la saya lawa, tak payah tenung saya macam tu.” Usik Elya.
Dewan yang di beri penataan berwarna biru langit dan
putih membuatkan suasananya kelihatan tenang. Sejak dua tiga hari ini Datin
Ifah tersenyum simpul. Gembira bakal bermenantukan Elya Zahra. Anak angkat
kenalannya.
“Abang tengok sejak semalam Ifah asyik senyum je.
Mengalahkan empunya diri yang nak khawin.” Usik Dato Ammar.
“Mestilah, bakal menantu kita orang baik. Tak sabar nak
tunggu dia jadi menantu kita.”
Dato Ammar menggeleng-geleng kepalanya. Tersenyum dengan
gelagat isterinya. Teruja mengalahkan si anak terunanya.
“Abang.” Dua saat kemudia Datin Iffah bersuara.
“Ifah risau sesuatu.” Satu kerisauan menjalar hatinya.
Sejak dari hari pertama dia punya niat untuk menyatukan anaknya itu dengan Elya
Zahra.
Dato Ammar mengerutkan dahinya.
“Kalau Hafiz tu tak jaga Si Elya tu macam mana? Kalau si
Elya tu terluka macam mana? Anak abang tu bukan boleh harap sangat.”
“Oh, anak abang sorang rupanya Hafiz tu.” Canda Dato
Ammar.
Dato Ammar juga merasai kegusaran yang sama bersarang di
hati Datin Ifah. Tapi apakan daya, dia
sebagai ibu bapa dan mertua hanya mampu berdoa dari jauh dan membimbing apa
adanya.
“Doakan jelah untuk dorang tu. Kalau dah jodoh tak
kemana. Khawin bukannya benda mudah. Biarlah mereka belajar kemudi bahtera
sendiri. Kita yang tua ni tegur jelah apa yang mampu. Selebihnya terpulang
kepada dorang nak ikut ataupun tak.”
*
* *
Hafiz terkedu melihat Elya yang sangat anggun dan duduk
bersimpuh di atas bantal baldu berwarna biru. Tiba-tiba terasa terbuai dengan
senyumannya yang lembut itu.
“Hafiz, kot ye pun bawalah bersabar. Jangan lah tunjuk
muka kau yang melting tengok bakal bini. Lepas kau nikah nanti kau tengoklah
muka dia puas-puas. Tak ada yang berani nak kacau.” Adam berbisik perlahan.
“Apa kau merepek ni?” Bila masa dia melting tengok makcik
tu. Ish! Tak ada class langsung!
Hafiz berfikir sendiri sambil langkahnya di buka untuk
duduk di hadapan tok kadi yang akan menikahkan mereka. Jatuh cinta dekat bini
sendiri bukannya dosa bro! Pahala lagi ada lah.
Hafiz berperang sendiri.
“Aku terima nikahnya Elya Zahra binti Ahmad dengan mas
khawinnya RM 500 tunai.”
“Sah?”
“Sah.”
Aku dah sah jadi miliknya. Dalam beberapa saat yang
lepas dia sudah sah menjadi isteri kepada Hafiz Ashraff. Perasaannya bercampur
baur. Hujung tisu di letakkan di hujung matanya. Ah, dah berair!
“Tak nak salam saya ke?” soal satu suara garau. Mamat ni!
Dekat sini pun sempat nak buat lawak.
Bila Hafiz datang sini pun entahlah. Mungkin sebab dia
terlalu berkhayal sambil menundukkan pandangannya.
Seketika Elya merasakan satu ciuman hangat menyapa
dahinya. Wajah Elya bertukar menjadi kemerah-merahan.
Berdebar? Itulah yang dirasakan. Nafasnya di hela perlahan.
“Now you were officially mine.” Hafiz berbisik
perlahan. Datin Ifah tersenyum melihat gelagat anak dan menantunya.
Bibir bawahnya di gigit perlahan.
Hormon adrenalinenya sudah bekerja di tahap maksimum nafas dan detak jantungnya bergerak laju. Akibat hormon adrenalinenya meningkat, nafas dan jantungnya juga meningkat dan kerana perkara ini proses pencernaan menjadi lambat dan di alihkan ke otot.
Kemudian pembuluh darah di wajah akan melebar dan memungkin lebih banyak darah mengalir melalui wajah daripada biasanya.
Atau dalam bahasa mudahnya.. dia sedang malu dan pipinya sedang kemerahan.
Bibir bawahnya di gigit perlahan.
Hormon adrenalinenya sudah bekerja di tahap maksimum nafas dan detak jantungnya bergerak laju. Akibat hormon adrenalinenya meningkat, nafas dan jantungnya juga meningkat dan kerana perkara ini proses pencernaan menjadi lambat dan di alihkan ke otot.
Kemudian pembuluh darah di wajah akan melebar dan memungkin lebih banyak darah mengalir melalui wajah daripada biasanya.
Atau dalam bahasa mudahnya.. dia sedang malu dan pipinya sedang kemerahan.
*
* *
Hafiz melentangkan tubuhnya di atas katil. Merehatkan
segala urat sendinya yang berkerja keras selama beberapa hari ini. Segala macam
hal perlu di ambil kira.
“Saya
tau la saya lawa, tak payah tenung saya macam tu.” Usik Elya. Pandangannya di
fokuskan ke arah tetamu yang hadir di kenduri mereka. Sebenarnya dia cuba lebih menghilangkan
debaran di dada. Tenung aku macam tak
pernah tengok perempuan.
“Awak jangan…” Tergantung sekejap apa yang mahu di
ucapkan.
“Elya!
Barakallahhulakkuma!” suara seorang wanita menegur Elya. Tangannya di hulurkan
untuk bersalam. Elya menyambut huluran tangan tersebut dengan wajah gembira.
“Ya
Allah, Kak Nas lamanya tak jumpa. Terima kasih sebab sudi datang.” Bermulalah sesi melaga-laga pipi.
“Aik?
Sorang je?”
“Tak
adalah,datang dengan inche abang lah. Dia pergi ambil hadiah pengantin kejap.
Excited nak jumpa dengan Elya sampai terlupa pasal hadiah. Eh, tu dia dah
sampai. ” Tawa Kak Nas. Naqibahnya semasa di universiti.
Hafiz
hanya memerhati gelagat isterinya itu. Dasar mulut murai. Tak reti nak duduk
diam. 24 jam nak pot pet je. Kalau di taip apa yang di bebelkan isterinya tu
mahunya boleh kalahkan novel Harry Potter.
“Hafiz,
jaga Elya elok-elok ye. Hati perempuan ni biasalah isu kecil dia boleh
menangis. Hati lembut. Bila dah khawin ni life dah tak sama macam kita bujang.
Ada tanggungjawab. Khawin ni macam tarik getah. Sama-sama tarik, kalau terlepas
salah sorang akan terluka. Jadi belajar bertolak ansur dan bersabar. Minta
Allah guide life kita.” Nasihat Kak Nas panjang lebar.
Aku
hanya menangguk. “Baik lah Kak Nas, Inshaa-Allah.” Bibir merahnya menarik
senyuman manis.
Elya
menjeling wajah Hafiz. Manissnya kata-kata dia!
“Kalau
depa ni bebel bukan-bukan tu kadang-kadang tahan je lah. Jangan ambil hati
sangat. Biasalah perempuan.” Ujar Abang Wan,suami Kak Nas.
“Amboi,
nak kutuk biarlah cover-cover sikit.” Sindir Kak Nas. Elya, Hafiz dan Abang Wan
tertawa.
“Hahaha,
biasalah tu. Mereka punya power dekat situ memang over sikit.” Ujar Hafiz.
Pecah deraian tawa mereka.
“Akak
dah makan ke belum?” soal Elya.
“Belum,
hahah. Terlupa akak. Asyik sangat bersembang.”
“Eh,
jemput makan dulu. Nanti kita sambung borak lain.” Pelawa Hafiz.
“Yelah,
terima kasih. Elya, Hafiz ingat pesanan kami tadi. Jom makan sama.”
“Inshaa-Allah.”
Serentak mereka berdua bersuara. Elya
dan Hafiz bepandangan seketika. Cepat Elya melarikan wajahnya.
“Tak
apa, kami dah makan tadi. Jemput makan. Sila-sila.”
Hafiz
bersalaman dengan Abang Wan. Dan Elya memeluk Kak Nasnya.
“Hebat
awak berlakon ye.” Peril Elya.
“Awak
tengah puji saya kea tau kutuk?” soal Hafiz dengan muka seposennya.
“Awak
rasa?”
“Saya
rasa awak tengah puji saya. Awak ni katak bawah tempurung lah.” Balas Hafiz.
“Apa
kaitannya katak dan saya?” Elya bingung. Kenapa dia tak nampak hubung kaitnya
dia, katak dan tempurung.
“Awak
tak tengok beberapa hari lepas saya masuk tv, dapat award pelakon terbaik?”
soal Hafiz dengan nada serius.
“Ish
cakap berbelit. TV mana nak ambil awak dapat anugerah? Kalau masuk TV confirm
pecah TV.”
“Memang
la pecah, sebab semua awek jerit nama saya. Saya kan handsome plus pandai
berlakon. Awak patut bangga tu.”
“Malas
saya nak layan awak.”
“Merajuk
ke?”
“Tak
kuasa saya nak merajuk dengan awak.”
“Tapi
nada awak cakap macam merajuk.”
“Letih
cakap dengan awak ni. Cik abang tak penat ke merepek?” soal Elya. Ops! Terlepas
sudah.
“Apa
awak cakap tadi?” soal Hafiz. Cik Abang, hahaha comel pulak dengar.
“Letih
cakap dengan awak.”
“Bukan
yang tu. Selepas tu.”
“Tak
penat ke merepek.”
“Bukan
tu, satu lagi.”
“Encik
Hafiz, kita ada banyak tetamu yang nak di layan. Lain kali pulak bersembang
ye.”
Belum
sempat Hafiz membalas, Elya sudah bergerak meninggalkan dia.
Elya
mengigit bibirnya. Maluu.
Hafiz
ketawa.
Hafiz tersenyum sendiri.
“Apa yang awak sengihkan?” soal Elya.
Senyuman Hafiz mati. Tersentak melihat Elya di sisi katil
dengan wajah blurnya.
“Sejak bila awak jadi stalker saya ni?” Hafiz menegakkan
tubuhnya. Memandang Elya yang masih bertudung litup.
“Stalker?” Elya menayangkan wajah super blurnya.
“Apa yang awak merepek ni? Saya tak faham.” Kerutan
dahinya bertambah.
“Awak tu kenapa masuk bilik saya?”
“Bilik mu, bilik ku jua.” Balas Elya tanpa rasa bersalah.
“Dah la, saya malas nak cakap dengan awak.”
“Awak tidur
dekat katil ni, saya tidur dekat sofa.” ujar Hafiz sambil menanggalkan bajunya
di hadapan Elya.
“Tapi
awak..” Elya membutangkan matanya. Matanya tertancap pada tubuh Hafiz yang membuka almari mencari baju yang lain.
“Awak memang
tak boleh ke nak tukar baju dekat tempat lain?” Elya memarahinya. Malu ok!
“Tapi ni bukan aurat saya.” Hafiz tersengih
dan masuk ke dalam bilik air. Elya terdiam.
Hafiz Ashraff, kau betul-betul menguji kesabaran aku.
Hafiz Ashraff, kau betul-betul menguji kesabaran aku.
“Ustazah,
sampai bila awak nak pakai tudung dengan baju tu. Saya tahu la awak alim pun,
tapi saya kan suami awak tak akan tak boleh nak tanggal tudung kot.” Hafiz
menarik bantal dan selimut dan dia duduk di sofa biliknya. Dari tadi aku masuk bilik air dia tak tanggal-tanggal tudung. Hesh, tak panas ke? Elya mengetap bibir.
Mamat ni
memang suka cari masalah betul la. Elya berleter sendiri dan berlalu mencari begnya. Lupa pulak, tertinggal dekat bawah. Malas je rasanya nak pergi ambil.
"Awak."
"Hmm."
"Minta tolong boleh?"
"Hmm."
"Ambil beg saya dekat bawah boleh."
"Hmm."
"AWAK!"
"Hmm.."
Apa kenalah mamat ni. Kalau dapat sekeh kepala suaminya itu memang dah lama dia buat.
"Dengar tak apa saya cakap ni."
"Pergi lah ambil sendiri. Tangan ada kaki ada. Pemalas." balas Hafiz tanpa memandang Elya yang sudah merenungnya bagai mahu di telan.
"Mulut macam longkang."
"Mulut saya, bukan mulut awak."
Elya sudah mengepal-ngepal tangannya menahan sabar.
"Awakk.. please. Saya nak mandi. Kesian lah dekat saya." Elya bersuara dalam separuh merayu.
"Heeee. Yelah. Kejap."
"Saya nak mandi sekarang. Rimas lah dah berpeluh-peluh ni."
Sejak pagi berkenduri. Malam baru dapat rehat. Sunggu lega. Mujur semuanya sudah di tempah. Buatnya kena gotong royong, mahu patah riuk pinggangnya menolong.
"Baik lah tuan puteri."
Hafiz meletakan iPadnya di ata meja.
"Dengan syarat.." sambung Hafiz.Hafiz merenung Elya. Elya merenung anak mata Hafiz.
"Apa?"
"Jom mandi sekali."
"Awak dah gila ke apa?" terkejut Elya.
Hafiz sudah mengekeh ketawa. Seronok tengok wajah Elya yang kelat-kelat masam. Elya merengus geram.
"Mana ada gila, dapat pahala lah." sambung Hafiz sambil menghilangkan dirinya di sebalik pintu.
Sebaik sahaja Hafiz pergi dia mengeliat geli. Eeeii! Dah pening lah tuu tak jumpa awek dia. Hish.
"Elya mana?" tegur Datin Ifah sebaik sahaja melihat kelibat anakkanya yang baru mahu memanjat tangga.
"Ada je kat atas, dia nak mandi."
"Beg siapa tu?" Datin Ifah mematikan siaran televisyen.
"Beg Elya."
"Tak apalah, ibu nak masuk tidur. Hafiz pun pergi lah tidur. Oh nanti jangan lupa cakap dekat Elya pasal tu."
"Okay, good night ibu." tanggan Ibunya di capai dan di cium. Amalannya sejak kecil.
"Assalamualaikum." ujar Datin Ifah seraya mencium dahinya.
"Waalaikumussalam."
"Awak."
"Hmm."
"Minta tolong boleh?"
"Hmm."
"Ambil beg saya dekat bawah boleh."
"Hmm."
"AWAK!"
"Hmm.."
Apa kenalah mamat ni. Kalau dapat sekeh kepala suaminya itu memang dah lama dia buat.
"Dengar tak apa saya cakap ni."
"Pergi lah ambil sendiri. Tangan ada kaki ada. Pemalas." balas Hafiz tanpa memandang Elya yang sudah merenungnya bagai mahu di telan.
"Mulut macam longkang."
"Mulut saya, bukan mulut awak."
Elya sudah mengepal-ngepal tangannya menahan sabar.
"Awakk.. please. Saya nak mandi. Kesian lah dekat saya." Elya bersuara dalam separuh merayu.
"Heeee. Yelah. Kejap."
"Saya nak mandi sekarang. Rimas lah dah berpeluh-peluh ni."
Sejak pagi berkenduri. Malam baru dapat rehat. Sunggu lega. Mujur semuanya sudah di tempah. Buatnya kena gotong royong, mahu patah riuk pinggangnya menolong.
"Baik lah tuan puteri."
Hafiz meletakan iPadnya di ata meja.
"Dengan syarat.." sambung Hafiz.Hafiz merenung Elya. Elya merenung anak mata Hafiz.
"Apa?"
"Jom mandi sekali."
"Awak dah gila ke apa?" terkejut Elya.
Hafiz sudah mengekeh ketawa. Seronok tengok wajah Elya yang kelat-kelat masam. Elya merengus geram.
"Mana ada gila, dapat pahala lah." sambung Hafiz sambil menghilangkan dirinya di sebalik pintu.
Sebaik sahaja Hafiz pergi dia mengeliat geli. Eeeii! Dah pening lah tuu tak jumpa awek dia. Hish.
"Elya mana?" tegur Datin Ifah sebaik sahaja melihat kelibat anakkanya yang baru mahu memanjat tangga.
"Ada je kat atas, dia nak mandi."
"Beg siapa tu?" Datin Ifah mematikan siaran televisyen.
"Beg Elya."
"Tak apalah, ibu nak masuk tidur. Hafiz pun pergi lah tidur. Oh nanti jangan lupa cakap dekat Elya pasal tu."
"Okay, good night ibu." tanggan Ibunya di capai dan di cium. Amalannya sejak kecil.
"Assalamualaikum." ujar Datin Ifah seraya mencium dahinya.
"Waalaikumussalam."
Elya keluar
dari bilik air. Hanya berkain batik dan ber t-shirt labuh. Rambutnya di
lepaskan ke belakang. Hafiz hampir terlelap, dia merenung isterinya yang sopan
menyikat rambut.
"Awak,
awak dah solat ke?" Elya memandang Hafiz dari cermin. "Solat?"
Hafiz menanya seakan-akan pelik dengan perkataan itu. Perkara yang sudah lama
di tinggalkan sejak umur belasan tahun.
Malah,
ketika sambung belajar di luar negara sekalipun dia tidak pernah menunaikan
kewajipan itu.
"Haah.
Solat la. Awak tu lelaki bukan perempuan." Balas Elya
“Apa kaitan
solat laki dan perempuan?”
“Kalau
perempuan adalah alasan logik dia ponteng solat. Kalau lelaki?”
"Oh ye,
baru teringat. Saya pun baru 'datang'
pagi tadi." Dia mengejek sebelum membalut tubuhnya dengan selimut.
Elya hanya
menggeleng. Geram bercakap dengan mamat tiang separuh ni.
Elya
mendiamkan diri. Merenung bilik serba mewah yang sudah di hias dengan begitu
indah. Tak ada siapa yang memaksa aku untuk terima Hafiz dalam hidup ini. Dia
melihat Hafiz sudah nyenyak di ulit mimpi.
Terasa
dirinya seperti beban pula buat Hafiz pula ketika ini.
“Berapa lama
awak nak pandang saya.”
“Opocot!” Elya melatah. Kuang hajo punya laki.
Tahulah tak sayang bini pun. Tapi tak payah lah nak kasi tangkai jiwa aku nak
tercabut.
“Awak tak
tidur lagi?”
“Saya tak
boleh nak tidur.” Hafiz menolak selimut yang membalut tubuhnya.
“Kenapa?”
“Entah la.”
Tubuhnya di tegakkan ke sofa. Elya bangun dari kerusi dan melabuhkan punggung
di sofa yang bertentangan dengan Hafiz.
“Kenapa awak
setuju khawin dengan saya?” soal Hafiz. Dalam banyak-banyak laki di luar sana,
kenapa aku juga dia nak. Pelik. Aku tak faham.
“Habis
kenapa awak setuju nak khawin dengan saya?” soalan berbalas soalan.
Minah ni,
aku tanya dia, dia tanya aku balik. Aku dah cakap kan masa first time jumpa.
Sebab I like you. Yeke? Like je. Bukan bermakna love. Ada beza ke? Tak apalah
nanti tanya ibu.
Dua-dua
mendiamkan diri.
“Saya terima
awak sebab ibu saya.” Hafiz menjawab perlahan.
“Saya tak
nak tengok ibu kecewa. Sebab saya tahu apa rasa kecewa. Saya tak suka tengok
ibu saya sedih. Sebab saya cuma ada seorang ibu je dalam dunia ini. Dan saya
yakin dengan instinct ibu saya. Instinct ibu ni selalunya betul.”
“Saya..”
ayatnya tergantung sebaik sahaja dia melihat Elya yang sudah terlentok di sofa.
Penat aku
membebel sorang-sorang. Dia tak dengar pun. Hafiz tertawa sendiri. Tapi bagus
juga si El ni tak dengar. Segan
Hafiz bangun
dan mengangkat Elya ke katil. Berat macam dugong. Huh. Tak sampai hati dia
membiarkan Elya tidur di sofa.
Lama di
pandang wajah Elya yang sudah nyenyak tidur. Rambut Elya yang menutup
sebahagian pipinya di urai ke belakang. Dahi Elya di kucup perlahan.
Terus dia
bangun dan membaringkan dirinya di sofa. Denyutan jantungnya sekarang bagai
baru lepas marathon. Wake up Hafiz.
Hafiz membuka almari mencapai comforter tambahan dan di selimutkan Elya yang sudah enak di buai mimpi.
Kau . Dah. Gila. Hafiz.
Matanya di paksa
untuk lelap. Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi.
Mata..tolonglah
mengantuk.
Terima kasih kerana sudi membaca. Maaf kerana lambat update. Allah tak izin idea datang. Jadi terpaksa hold dulu. Thanks Jie sebab menjadi penguat semangat den yang semakin lama semakin malap. Dan juga pembaca yang lain. I love you so much. Typo? Hahaha. Itu biasa. Komen lah mana typo, kalau rajin den edit. Hahahaha.
Haha..best gk cerita ni..haha..bukan main panjang lagiii.....dua dua kepala pusing..haa
ReplyDeleteHahaha. baca jugak ke? T^T hahaha. boleh lah tahan panjang. hehe.
DeleteBokmarked dulu. Belum sempat baca,...
ReplyDeletetak pe kak. :) take ur time. ^^
Deletejumpa blog ni..saya suka baca novel ^_^
ReplyDeletedone follow
hahaha, thank you sebab sudi follow. ^^ nanti lapang2 jemput lah baca ye? :)
DeleteBaru baca separuh. Xsempat baca habis lagi.uwaaaaaa.
ReplyDeletealooo kenapa? hehehe. tak pe/ ^^
Deleteewah. ewah. dah kawen ! haha. nice ! ^_^
ReplyDeletetakde hal pun aina, skrng Jie bg smngat kat aina, nnti wktu Jie down, aina pulak bg smngt kat Jie. kenn? ;)
nnti part 8 kasi tahu tau bila dh update. :D
nie typo yg Jie perasan :
“Hebat awak berlakon ye.” Peril Elya.
“Awak tengah puji saya kea tau kutuk?” soal Hafiz dengan muka seposennya.
hahaha, itu bukan aina typo. itu word gedik punya pasal. hahaha.
Deleteha'ah okayyy jiee~ ^^
peril ke perli aina? hehek. tp jie makin suka pulak dgn watak hero cerita nie.. mcm sweet je dia tu walaupun kdg2 annoying gila. heee... siap tlg ambilkan beg isteri lgi. hihihih
Deletebaca yang mana sedap di dengar. ahaha. XD. -_- haha. mamat ni mmg annoying gila. haha. ni baru pemanas cerita. hahaha. XD
Deleteyess ! itulah yang hot tu. makin teruja nak baca. next part ples ! ewah. mcm oder kat kafe pulak. eh!. hahaha. :P
DeleteBestnya...cepat la sambung ;-)
ReplyDeleteMakaseh sebab sudi baca. Hehe.inshaaAllah akan cuba diupdate secepat mungkin. ^^
DeleteDikna akk kene mengaku and jujo kt dikna..
ReplyDeleteSbb akk tak bace pon...
smpt bave perngan pertama
pastu akk pening gara2 mnum nescafe ais secawan besar tadi
hahahha tp akk jnj akk akan bace satu persatu smpai hafal
hahahhahah cm menipu je nk hafal.kan
HAHAHAHA. Akak ni buat aina gelak guling-guling tauu dak? XD tak apalah. tak baca pun. segan lols. XD
Deletehahaha, jangan hafal karya merepek ni kak oii. karang muntah hijauu kang. XD
Yeay!~ Lama tak baca. Last baca part 4. :p Masa untuk maraton kembali!~ ^^
ReplyDeletehahaha, rajinnya dia nak marathonn. XD
DeleteOkey dah habis baca~ ^^ Serius maksud dia sampai betul. Rasa macam penulis popular yang tulis ni. :)
ReplyDeletehahaha, awakk ni dik. kalau bab nak buat akak kembang macam maggi memang pandai. T_T thank you sebab sudi baca. ahaha
Deletewah, awak pun buat e-novel juga ke? sep sikit! hahaha... nnti ada masa lapang, akak baca semua ye ^^,
ReplyDeletehahaha. sep2. ^^… hahhaha. boleh2. segan pulok orang nak baca. hahah
DeleteNanti p godek watpadd :)
ReplyDeleteBerharap tiada ehem2. t_p_ lulz XD
hahahaha. apakah ehem2 tu. lols. akak jangan nak merapuu kak. T^T hahaha.
Deleteharap tiada typo. itu saja. hehe.
DeleteWah, suka2..kahwin dah dorg..sweet...hehee..gaduh2 manja gitu..hikhik :)
ReplyDeletewell done Aina :)
-_- hhaha.. typical story kan. lols. XD hahaha.
Deletethank you sebab sudi baca. ahaha.
sorry Aina akak tak bace sbab tak minat.. hihi tapi akak dah share :D
ReplyDeleteHahaha, tak baca pun tak apa. :3 aina tak kesah. makaseh sebab share. ahhaa.
Deletetak boleh baca genre macam ni.. but keep up the good work. akak tengok ramai yang suka.. thumbs up ^^
DeleteAdoii akak kena start dari mula. Dah konpius...dah lupa..ni bedtime story malam nanti!
ReplyDeleteHaha..plot mcm penah bce. Aina hantu novel jgk ker? Hihi
ReplyDeleteBelog Miss Balqis
Yeah..akhirnya novel sky love part 7..x sbr nak baca..nak kena ada mood rileks bru akak baca smpai habis..:D
ReplyDeleteBaru bace! HAHA ok best
ReplyDeleteSila sambung lagi secepat mungkin.
Idea, datanglah kau ke Aina~
Akk.. nti smbung bgithu kt cbox blog sye tau .. hihi ..
ReplyDelete:D