Novel : Sky Love part 6
Preview part 6
“Then, pray me. Pray him. Pray us. Allah tu pemerintah seluruh alam. Raja Yang Teranggung. Kalau Allah nak tarik hati Hafiz tu datang dekat dia, dia boleh buat sekelip mata je. Ana yakin ini ujian untuk ana. Allah bagi ujian kepada hamba-Nya dengan cara berbeza. Kita tak tahu masa depan. Tapi kita boleh berdoa agar kekuatan terus di berikan agar cabaran masa depan mampu kita tempuh. Lagipun.. ana..—“
Hafiz merenung jam.
Dirinya masih mematung di hadapan cermin. Bagai terasa cepat masa berlalu. 5
bulan lepas dia bertemu dengan gadis yang padanya garang dan comel. Debar? Agak
menggila dalam dadanya. Tapi dia berlagak tenang. Nafas di sedut melalui hidung
bergerak masuk ke paru-parunya. Sesaat dua dia melepaskan karbon dioksida pula.
Pintu bilik hotel yang
di tempah di ketuk menyentakkan dirinya bagai di awangan.
Hafiz membuka langkah
untuk membuka pintu.
“Bro! Tak siap lagi?”
Adam membuntang memandang Hafiz yang hanya mengenakan seluar track hingga paras
lutut sahaja itu. Dengan tuala masih di bahu.
Adam menarik kepala
Hafiz dan di hidu kepala lelaki itu
.
“Nasib baik mandi dah.”
Hafiz terkebil-kebil
memandang Adam yang hanya menayangkan muka tidak bersalah. Pening kejap
kepalanya di buat bagai bola.
“Kau dah kenapa?” Hafiz
merengus.
“Saja, datang check
bakal raja sehari. Kau tak ada touch up-touch up sikit ke muka kau tu. Macam tak
ada seri je aku tengok.” Adam membelek-belek muka Hafiz.
“Aku nak bernikah nanti
petang lah. Bukannya sekarang. Kau tak reti nak tengok jam ke?”
Adam merenung jam
tangannya, 10:00 pagi.
“Kau nervous ke?” soal
Adam sambil menghenyakkan punggunya di atas katil.
“Mana ada.” Selindung Hafiz.
Dia menarik tuala yang tersidai di lehernya dan di sangkutkan ke kerusi.
“Tapi kenapa hidung aku
ni macam bau lain ye?” Adam menayangkan wajah anehnya.
“Kau buat apa? Aku tak
bau apa pun.” Hafiz cuba menyedut-nyedut udara dingin bilik itu. Terangkat-angkat
hidungnya.
“Aku bau perasaan kau
sedang marak dengan nervous. Dah nak hampir hangit dah.”
Hafiz merengus. Dia
menolak tubuh Adam sehingga Adam melentang di tengah-tengah katil.
“Argghh tolongg! Tolong!”
Adam menyilangkan tangannya ke dada sambil menjerit-jerit seolah sesuatu yang
buruk bakal berlaku ke atas dirinya.
“Kau nak makan penampar
aku ke?” soal Hafiz geram. Tangannya mencapai bantal dan menekup wajah Adam.
Terkapai-kapai tangan
Adam di awangan. Mengagau tangannya mencari kepala Hafiz.
Hafiz ketawa jahat.
Beberapa saat bantal itu
di tarik semula. Adam bagai ikan yang naik ke darat. Tecungap-cungap menarik
dan menghela nafas.
“Kau..nak bagi aku mati
ke?” Dadanya turun naik.
“Kau yang nak mati
sangat.” Tawa Hafiz meledak.
Adam mengubah posisinya
dari melentang kepada duduk bersila.
“Aku ingat kau dah lupa
nak gelak.” Ujar Adam.
“Jangan nak mengada
sangatlah.”
“Jom makan dulu weh,
lapar lah.”
“Malas lah.”
“Jom lah..”
“Pergilah sendiri.”
“Nak makan dengan bakal
pengantin.”
“Kau dah kenapa?”
“ Heheh, saja. Aku
datang sini semata-mata nak breakfast dengan kau tahu tak? Kau tak kesian kat
aku ke? “
“Nak makan apa?”
“Roti canai telur 3 biji
dengan teh tarik.” Sengih Adam.
Sesak. Itu sudah cukup
untuk menggambarkan biliknya ketika ini. Videographer dan photographer sudah
sibuk dengan kamera masing-masing.
Hafiz hanya merenung
dirinya dalam biasan cermin.
Dato Ammar menghampiri
Hafiz yang tegak bagai monumen.
“Ayah.” Terpaksa juga di
panggil laki itu dengan senyuman yang di buat-buat ikhlas.
Dato Ammar senyuman
ikhlas dari hatinya.
“Semoga berbahagia
hingga Jannah.” Dato Ammar merenung anak mata lelakinya itu.
Bagai terimbau di kali
pertama anaknya itu di azankan dan di iqamatkan.
Hafiz melarikan
pandangannya ke lantai. Kenapa dia harus begini. Terasa kalah dengan Ayahnya.
Songkok yang tersedia di
atas meja di capai oleh tangan tua Dato Ammar dan di letakkan kemas di atas
kepala Hafiz.
“Encik Hafiz, boleh
peluk Dato Ammar.?” Soal seorang camera-man yang sedang sibuk memegang lensa.
Hafiz teragak-agak.
Janggal. Itulah yang di rasakan sebaik sahaja dia memeluk tubuh tua itu. Dato
Ammar menepuk-nepuk belakang Hafiz.
Sebelum keluar dari
biliknya, sempat dirinya menjeling sekilas merenung baju melayu berwarna putih,
sampin dan songkok hitamnya.
* *
Elya merenung biasan
tubuh badannya di hadapan cermin. Boleh tak kalau nak puji diri sekarang?
Sangat cantik! Hehehe, Jubah yang berwarna putih dan dengan sedikit penataan
manik di cekak tangany itu membuatkan Elya kelihatan sangat anggun.
Debar juga di dada dia
kerana bakal bernikah. Semoga Allah permudahkan segalanya.
“Abang ana dah balik
dari Mesir.” Tiba-tiba Husna bersuara.
“Woahh! Bila dia balik?”
“Semalam.”
“Are you ok?” soal Elya.
Kenapa tiba-tiba ditanya hanya sepatah di jawabnya.
“El, fikir baik-baik
selagi ada masa.” Husna bangun dari duduknya. Berdiri di hadapan Elya dan
merenung anak mata gadis itu dalam.
“Think about what?” soal
Elya.
“Your marriage.”
Mendatar suara Husna.
Elya menghela nafas. Senyuman
kaku terlekat di bibirnya.
“Ana tak sanggup tengok
enti khawin dengan laki tu. Please. Fikirkan baik-baik.”
“Husna, tak ada benda
yang ana nak fikirkan sekali lagi.”
“Ana sanggup pujuk abang
ana untuk berkhawin dengan enti.”
“Husna!” Elya menjerit
kecil. Tangannya di lekap ke dada. Terkedu.
“ Ana risaukan enti.
Sangat risau. Enti ana takut selepas hari ini ana tak Nampak senyuman enti. Ana
takut kalau enti terluka. Ana takut enti berubah. Ana takut –“
Belum sempat Husna
menghabiskan ayatnya.
“Husna, you yakin Allah
ada kan?” soal Elya.
“Of course.” Balas Husna
pendek.
“Then, pray me. Pray
him. Pray us. Allah tu pemerintah seluruh alam. Raja Yang Teranggung. Kalau Allah nak tarik hati Hafiz tu datang
dekat dia, dia boleh buat sekelip mata je. Ana yakin ini ujian untuk ana. Allah
bagi ujian kepada hamba-Nya dengan cara berbeza. Kita tak tahu masa depan. Tapi
kita boleh berdoa agar kekuatan terus di berikan agar cabaran masa depan mampu
kita tempuh. Lagipun.. ana..—“
Ayatnya dibiarkan
tergantung.
“Ana apa?” ulang Husna.
“Ana sayangkan dia. Ana
terima dia lillahitaala. (kerana Allah).” Ujar Elya. Pipinya memerah.
“Barakallahulakumma.” Husna
memeluk Elya.
“I’m sorry.” Ujar Husna.
Gusar bertandang di hatinya tadi bagai hilang dengan helaan nafasnya.
Thank kepada yang sudi tunggu cerita ini, yang sudi baca. yang sudi komen,yang nampak typo,dan tegur sangat terharu. terima kasih.sayang awak-awak yang sudi baca cerita ni.Maaf kerana lambat update. bajet-bajet busy konon. huahaha.
With Love
Aina Akmal
Dah baca! Tapi...pendek nye! hehe berdebar pulak. Nak kahwin dah ni. HAHAHA
ReplyDeleteHEhehe,,yeeaayhh!! tak sabar nak baca part dorang kahwin..mesti sweet...ekeke :)
ReplyDelete@nur as pendek eh? hahaha. dekat words dah 5 page dah. -.- aina baca balik.. memang pendek lah pulakk. haha.
ReplyDelete@Cik Mimie makaseh sebab sudi baca, ehehe. :3 tunggu. kita kasi suspen sikit. heheh
ReplyDeleteBaca sambil bayangkan yang hero ni teramat la hensem.
ReplyDelete@mama 3farhanah hamboii. hahaha. XD
ReplyDeleteBest..tapi akak blm baya yang awal.baca baca dah nak kawin...tahniah..boleh jadi penulis ni
ReplyDeletepart 6 alamak kena bace dari part 1 dulu.. btw woooh adik manish sukaaa tulis novel yaaa
ReplyDelete“Aku bau perasaan kau sedang marak dengan nervous. Dah nak hampir hangit dah.” aina, is it typo ? marak ke marah? huhu.. btw ! wahh ! nak kawen dh! cepat2 sambung ! kitaa excited niee.. hihih..
ReplyDeletehahaha, bukan typo. memang macam tu. api marak kan? so gantikan dia dengan marak. :3
DeletePart ni best! XD (Dah nak kawin baru budak ni kata best. Cis~)
ReplyDeleteBestlh kak .. Haisshhh .. skit sngt ni .. hihi .. sat nk bca part 7..
ReplyDelete