Bila Aku Letih Menunggu : {1}
Assalamualaikum..
Eh.. ini bukan pasal menunggu bopren yang di tunggu tak kunjung tiba yee~
Al kisahnya suatu hari tu aku ada terlupa beli file untuk Biologi. Cikgu kasi aku chance beli lewat sikit sebab aku baru masuk sekolah tu. Then, masa weekend aku balik rumah dan aku tak beli file tu. Cis, aku rasa aku dah masukkan sepenuhnya dalam kotak memori aku pasal file tu.
Yang masalahnya, cikgu nak file warna putih. Haih. Kalau file hitam berlambak yang kosong tak terpakai. Dan aku pun naik sama tak terfikir nak balut warna putih file tu. Haha. Choih.
Aku balik ke rumah sewa pada pagi Sabtu, lebih kurang pukul 11 pagi macam tu lah. Aku pun tak ingat.
Bila dah sampai rumah sewa baru aku teringat yang aku tak beli file tu. Masak aku kena dengan cikgu! Baru seminggu dekat sekolah nak buat perangai. Malu aku dengan budak-budak hensem kelas aku nanti. Hahaha. K, tak lawak.
Kebetulan masa tu ada housemate merangkap roomate aku yang tak mesra alam tu ada. Dan dia nak keluar shopping. Ceh, shopping lah sangat.
Aku cakap aku nak ikut dia, dia pun iya-iyakan je macam orang tak ada semangat. Haha, macam nak tak nak je kasi aku ikut. Tapi sebelum pergi sempat aku call ayah kata aku nak keluar beli barang sebab terlupa.
Ayah aku pun macam bagi tak bagi je. Tapi kena akur je lah. Bukannye aku nak keluar bercengkrama dengan boprenn kan? Aku nak pergi beli barang.
Masa dalam bas Si housemate hati kering tu lebih rela kawan dengan junior dalam rumah tu. Tak cakap banyak dengan aku. Aku macam... aku kalah dengan junior? HAHAHA. Dah la masa tu phone pun tak berapa nak smart. Lagi stress aku. Masa dekat perhentian bas.. pun sama. dalam bas pun sama. Ahhhh.
ANDD AKU? ALONE.
Kalau smart sikit dah lama aku layan Candy Crush atau apa-apa yang lagi best dari mengadap muka dia. Imaginelah sepanjang aku dalam bas tu dia buat aku macam tunggul je. K. Stop cakap pasal dia.
Sebaik sahaja sampai di sana.. kami pergi cari makanan dulu. Apa-apa kita isi tangki dulu ye. Makan tanpa ketawa dan sembang. Haha, ikut sunnah. Padahal semuanya canggung nak cakap apa.
Manusia tercanggung tu aku. K. Akward gilaa. Aku terasa bagai di pulaukan. Sob.. sob.. tapi aku tak makan hati sangat. Aku dah biasa sangat dengan budak tu. Haha.
Habis makan aku pergi lah masuk ke dalam kedai buku gedik dan perasan POPULAR. haha.
Selepas di timbang tara segala jenis harga. Aku pun cekau lah file dengan kertas mahjung dan juga alatan tulis yang lain juga, tak lupa komik Conan kesayangan aku. Walaupun masa tu tengah kesempitan ongkossnyaa dong~ Hahaa.
Housemate aku tu keluar just nak beli bantal untuk gift lepas tu merayap satu mall tu. Aku shopping sorang-sorang semua benda alah tu.
Dah habis shopping aku nak balik lah kan? Masalahnya makhluk-makhluk Allah tu semua tak habis meronda lagi. Haha, bukan style aku nak lepak dekat mall yang penuh dengan LELAKI tu, haha. Sesak habis weh,
Sejam aku tunggu dorang dengan berdiri di tepi tiang dekat dengan pintu utama.. Hahhaha. Imaginelah aku masa tuu. Imaginelah. Imagine lahh....
Aku rasa masa tu aku layak apply jawatan pak guard dekat mall tu. Setiap manusia yang lalu semuanya aku perhati. Lepas dah jumpa mereka selepas sejam..lepak Mekdi jap. Tapi tak beli apa-apa ye. [boycott please.]
Just nak tunggu yang lain. lagi 2 orang. Junior juga. Aku sabar je lah. Tapi last-last dorang cakap dorang nak beli barang. Kfine, pergi beli aku tunggu dekat bus stop ni je.
Tiba-tiba..
Kfine, terpaksa sambung sebab entri ni dah panjang gila. Sekian.
akak paling bosan bab kena menunggu ni..lebih baik layan TAB je
ReplyDeleteHahaha. Kalau ada tab.. Dah lama aina main kak. Sob.. Sob..
Deletebalik terus jee.. hahaha
ReplyDeleteHahaha. Of course balik je. Letih nak tunggu. Jahaha
Deletea ah balik terus aje patutnyaaa bhahaha.. even akak suka nyopping tapi meronda tanpa arah tuju not my type.
ReplyDeleteHahahq. aina boleh window shopping je. Shopping x de duit hahaha
Deletememang bosan gila kalau bab menunggu ni..kalau kejap ok lagi..tapi kalau sudah berjam-jam mendidih juga hati ni..aina memang penyabar..;)
ReplyDeleteHqhahahq. Sabar kejap je. Lepas tu terus balik. Hahahs
Deletepeh menunggu aje. paling2 xsuka menunggu. akak da dapat bayangkan muka aina time tuu.hahahah
ReplyDeleteHahaha.muka dah tukar macam hulk dah sob.. Sob.
Deletesiyes..penantian itu suatu penyeksaan sebenarnya..arrgghh!! tak suka nak tunggu ni..Cik Mimie bukan jenis yang sabar..hahaha
ReplyDeleteEcewwahh dah macam ayatt cintaa. Hahahaha.
Deleteaishhh mmg satu seksaan kalu tgu menunggu nie...
ReplyDeletetak suke ditggu dan tak suke menunggu
Samalah kak. Huhuhu
DeleteKesian kak Aina.. Jadi macam bodyguard pula kena tunggu-tunggu.
ReplyDeleteKaann? siaan aina hahahaha sob. Sob
DeleteDoa la pasni x jumpa kawan mcm tu dah. Kalo aku blah je. Hehe
ReplyDelete