Novel : Sky Love Part 5
Elya mencapai sekeping
roti yang terhidang di atas meja. Jam strawberri di sapukan rata di atas roti.
Selafaz membaca basmalah terus mulutnya mengunyah roti.
“Assalamualaikum!” suara
sekumpulan gadis memberi salam di pintu membuatkan suapan Elya yang kedua
terhenti sebentar.
“Waalaikumussalam.” Jawab Elya. Air kosong
yang di tuang sebentar di teguk sebelum bingkas meninggalkan meja makan di
dapur.
Pintu di kuak perlahan.
“Hi El!” jerit Husna.
“Weh!”
“Asal datang tak cakap?”
“Surprise!” Ain
tersenyum tulus.
“Semalam ana call your
auntie, cakap nak datang dan minta dia rahsiakan kedatangan kami ni.” Ujar Nabila
“Yup, lama lagi ke nak
sembang depan pintu ni?” soal Fatihah.
“Ops! Sorry terlupa
pulak nak ajak masuk wahai Puan Sri sekalian. Jemput masuk, jemput masuk. Haha!”
Elya tertawa sambil meluaskan bukaan pintu.
Mereka berlalu ke dapur.
“Tengah breakfast ke
tadi?” soal Husna sambil menjeling meja makan.
“Hahaha, tak delah
tengah lunch tadi.” El meloyar buruk. Tangannya ligat mengeluarkan teko dan
juga uncang teh.
“Eh, jemput lah makan.
Layan diri ye. Nak makanan sedap-sedap tak de, sebab ana ni sudah anda sedia
maklum tidak pandai masak ye.” Ujar Elya sambil mengacau gula di dalam tekonya.
“Hahha, buat rilek je.
Kita ada chef di sini! Jom tengok apa yang ada dalam peti ais.” Ain membuka
peti sejuk.
Elya membiarkan sahaja.
Bukannya dia tak tahu dengan perangai gila-gila mereka.
Siap membancuh teh o
panas, dia membawa teko ke meja makan.
“El.. aku teringin nak
buat nasi goreng dengan ayam goreng lah. Boleh tak?” Ain menayangkan wajah
tidak bersalah.
Bahasa ana – enti mereka
sudah hilang.. Kejap aku – kau kejap ana – enti. Haha, dah berterabur.
“Ain, buatlah apa yang
nak buat. Ana tak kisah. Jangan meletup dapur tu sudah.”
“Korang ni tak makan
lagi ke apa?” soal El.
“Haha, belum. Kitaorang
dah memang plan nak makan dekat rumah enti.” Ujar Nabila. Tangannya ligat
melayangkan jem strawberry di atas roti kosong.
“Sorry lah, memang tak masak
apa pun ye. Ini je yang ada. Mujur korang angkut Chef sekali. Kalau tak memang
tak makan lah korang. Hahaha.” Tawa El.
Fatihah dan Ain ligat di
dapur menyiapkan sarapan pagi mereka semua.
“Mimpi apa tiba-tiba
datang ke rumah beta ni?” soal El.
“Patik semua ni bermimpi
yang tuanku akan berkhawin. Jadi kami datang nak kemas rumah dan tolong apa-apa
yang patut.” Fatihah menyahut dari dapur.
Pipi El sudah mula
memerah. Kenapa eh? Dia sendiri pun tak faham. Memang semua orang yang dah nak
khawin ni jadi macam ni ke? Ke aku sorang je.
“Aceyyy, malu-malu
pulokk!” Tawa Husna meletus. Di sahut pula oleh Fatihah, Ain dan Nabila.
“Ketawa banyak-banyak
nanti gelap hati.” Cebik Elya. Suka sangatlah dapat mengusik dia.
“Thank you sebab sudi
datang tolong ana.” Hatinya bergetar.
Sungguh dia terharu di
kurniakan sahabat begini. Allah ambilkan 2 orang yang dia paling sayang dalam
dunia.
Allah gantikan dia
dengan 5 orang yang sangat baik dalam hidupnya. Ya 5 orang. Mak cik Maziah,
Husna, Ain, Nabila dan Fatihah.
Bertakung kejap pekung
matanya.
Dia menyeka air matanya
yang bakal tumpah dengan belakang tapak tangannya. Entah kenapa sejak dua- tiga
hari ini hatinya bagai tisu. Mudah tersentuh.
Mungkin kerana bakal
berkhawin. Mungkin kerana baba dan mama tak ada di sisinya.
“El.. jangan lah sedih.”
Nabila memeluk bahu Elya sambil mengusap-ngusap bahu Elya yang berada di
sisinya.
“Bukan sedih, terharu.” Balas
El dalam tawa yang di buat.
“Ala..El.” Husna sudah
mula memujuk.
“Dah-dah. Jangan sedih-sedih.
Selawat banyak-banyak.” Nabila mengusap belakangnya.
Elya cuba menarik
senyuman.
“Apa kata kita kemas
rumah dulu baru makan?” Cadang Nabila.
“Kenapa?” soal Fatihah
“Baru la best. Dah lapar
sangat baru makan. Plus, nanti takut mengantuk lah.” Cebir Nabila. Dia memang
tak boleh makan sarapan pagi-pagi memang confirm tahi mata akan bernanak- pinak
atas matanya.
“Boleh juga. Jom start!” Husna bingkan bangun dari kerusinya sebaik sahaja menghabiskan kunyahan terakhirnya.
* * * *
Elya melentang tubuhnya
di atas katil. Hari yang cukup memenatkan, meletihkan dan seangkatan dengannya.
Bangun sahaja pagi dia terus mula mengemas rumah dari atas hingga bawah. Mujur
di tolong oleh sahabat-sahabat baiknya.
Biasalah inilah nasib
kehidupan anak tunggal yang menjadi yatim piatu. Lagipun Makcik Maziah mana ada
anak.Setakat anak saudara itu adalah. Itu pun semua jauh-jauh. Nanti event
bertunang atau khawin maybe mereka akan datang
Elya menarik diari yang
sentiasa di simpan di bawah bantalnya.
Pen yang sentiasa di
selitkan di buku di capai.
Dear diary,
Dah lama rasanya aku tak menuliskan? Esok family Hafiz
akan datang ke rumah aku. Merisik.
Tapi aku sedih sikit.
Kan best kalau mama dan baba ada. Sepatutnya aku ni kena
belajar bersyukur. Ada insan yang sudi ambil aku jadi anak angkat dan menjaga
aku sehingga ke hari ini.
Mak Cik Maziah, adalah insan yang sangat aku sayang
selepas mama dan baba. Lepas ni akan bertambah nama insan kesayangan dalam hati
aku. Hehe.
Inche Hafiz Ashraff Lee bin Ammar Lee, Ayah Ammar Lee
dan Ibu Ifah
Aku terfikir satu perkara, kalau esok aku khawin makcik
akan tinggal sorang-sorang kan? Aku risau dengan makcik sebenarnya. Mak cik
mana ada suami dah, anak pun tak ada. Suami makcik dah lama meninggal semasa
kemalangan.
Aku tahu dia sedih aku bakal khawin, tapi dia sembunyikan
dari aku.
Aku teringat di hari aku masih trauma dengan kemalangan
yang di alami mama dan baba. Aku selalu bersendiri di rumah anak yatim. Duduk
di taman dan menangis dan menangis.
Entah macam mana, seminggu kemudian ada seorang perempuan
datang dekat aku. Dan perempuan itu adalah makcik.
Makcik datang ceritakan kepada aku kisah Rasulullah yang
kehilangan ayahanda baginda semasa dalam kandungan.
Aku diam. Lambat-lambat aku hadam.
Nanti aku nak tanya bakal Inche Suami tu nak tinggal
dekat sini je boleh? Haha.
p/s: Semalam baru aku tahu bakal Inche Suami aku tu mix.
Haha.
Elya Zahra
Elya menutup kembali
diarinya.
Semoga di permudahkan
segalanya. Elya merenung siling sehingga dia tidur.
* * *
Hafiz mengurut batang
hidungnya yang sudah lama di tindih dengan kaca matanya. Kaca matanya di
tanggalkan dan di letakkan di atas meja. Jam yang yang berdetik laju di jeling
sekilas.
Banyak perkara yang
perlu di selesaikan.
Betul ke keputusan aku
nak khawin dengan dia.
“Allah.” Itu yang
terlafaz.
Manusia tidak pernah
lari dari fitrah ingin bertuhan. Saat susah dia yakin ada kuasa yang sangat
berkuasa.
Cuma kerana hati gelap
pekat dan sengaja membutakan mata hati dengan membina tembok ego antara diri
dengan Allah.
Hafiz mencekak rambutnya
seketika.
Laju tangannya menyimpan
proposal yang baru sahaja di siapkan. Matanya letih. Otaknya juga letih.
Mulutnya menguap laju.
Pasti tubuhnya menagih
tidur dan rehat.
Maaf di atas kelewatan mengupdate ye~Inspirasi tak datang. Terima kasih kepada yang sudi bacaSampai habis. Jemput comment.
Sayang awokk.
teruja nak baca novel aina ni..nak kena baca dari 1st chapter dulu nih..hikhik..
ReplyDeletesalam aina cayanggg..
ReplyDeleteakak wana tag aina, jangan marah haa..^_^
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award-tagged-by.html
Yeeayhh!! akhirnya...hehe best2 :)
ReplyDeletehehehe. :3 thanks sebab akak sudi bacaa. T.T
DeleteNak lagiiiiiii. Wahai ilham dan idea, ku seru kau datang ke Aina. hahaha
ReplyDeleteGood job! Keep it up dear... ^_^
ReplyDeleteOh si Hafiz tu mix? O_o
ReplyDeletebestlh kak.. sungguh! rjin btul akk buat cerpen.. ><
ReplyDeletemelentang ke menelentang eh ? hihi.. tk prnh dngr.. klau btul blh tmbh kosa kata .. :)
inche tu mcm encik eh ? :D