Relevankah Cara Sambutan Kemerdekaan Di Malaysia?

Assalamualaikum.

Dah petang merembang macam ni, baru aku nak update entri. Ye, setelah sepagiaan aku mengedit blog dari warna biru ke warna pink. Sorry jangan marah aku ye. Please. Hehehe. Aku ni manusia yang jenis akan berusaha sampai mendapat kepuasan diri yang maksimum.

Even semalam aku dah buat warna biru, tapi still aku tak puas hati. Hati aku meronta-ronta supaya aku buat blog aku jadi warna pink. Now, dari atas sampai bawah semuanya warna pink. Yayy! Ada benda aku tak siapkan lagi. Tapi tak apalah.


Actually, pengakuan jujur aku ye. Aku tak minat nak sambut merdeka ni semua. Tak ada feel pun. Sikit pun tak ada.

Aku rasa aku lebih semangat kalau majlis ni di sambut dengan majlis kesyukuran atau Qiamullail. Apa salahnya kita tukar cara sambutan kita.

Malaysia bukannya baru merdeka, Dah lama. Cukup-cukup lah dengan majlis yang melalaikan umat Islam Malaysia dan yang membazirkan wang rakyat.

Apa kata kita ubah kepada..


  • Adakan ceramah sementara tunggu detik 12:00 malam. Sekurang-kurangnya tidaklah membuang masa dan hati pun di sirami dengan ilmu. Inshaa-Allah majlis akan di penuh dengan malaikat dan Allah pun redha. Duduk dalam salah satu Taman RAUDHAH, tak akan tak nak kot?

  • Qiamullail Perdana maybe? Sujud kepada Allah kerana Allah beri kita nikmat bernafas atas bumi yang agak sejahtera walaupun hakikatnya ada masalah sosial yang agak teruk.

  • Majlis Kesyukuran/ Tahlil Dari kita baca sajak dan menyanyi, better baca Yaasin untuk pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu. Bukan kata baca sajak salah, tapi mana yang lebih AFDHAL dalam ISLAM? Mana yang lebih di tuntut dalam Islam. 


Memang kita berbilang agama dan kaum, aku hormati itu. Biarlah agama lain nak sambut macam mana. Kita sambut cara orang Islam. Jangan lah jadi dungu. 

Ke korang nak cakap,

"Setahun sekali je. Bukan selalu."

"Mati sentiasa tunggu kau. Kalau kau mati dalam keadaan yang tak ingat Allah masa tu.. kau nak cakap apa?"


Agak-agaklah kan, dalam tengah-tengah konsert ada ke yang nak berselawat? Malaikat pun tak ingin jejak tempat setan macam tu.

Tak salah nak sambut Hari Kemerdekaan, Yang Salah macam mana kita Sambut Hari Kemerdekaan tersebut.



So, Relevankah Cara Sambutan Kemerdekaan Di Malaysia?
Tepuk hati, tanya Iman.



Anak Kedah,Malaysia
Aina Akmal

Comments

  1. Yes i LIKE this entry !!! Sokong yooo .. Betul la , daripada buat konsert kan , better buat macam apa yg aina kata tu . ^_^

    ReplyDelete
  2. setuju dengan entry ni :)

    ReplyDelete
  3. Agreed...semalam saya pn keluar konon2 nk sambut merdeka. Rimas terus ajak balik rumah.

    ReplyDelete
  4. betul tu.. setuju dgn pendapat kamu :')

    ReplyDelete
  5. Yes, u born to be da'ie :)
    kaksha sendiri tak berfikir jauh macam ni... setuju sangat dengan pendapat kamu...

    ReplyDelete
  6. agree...wanie pun fikir macam tu juga...doa,tanda bersyukur atas keamanan tu lagi penting...

    ReplyDelete
  7. yup tak relevan kot tiap2 tahun sambut merdeka kena nyanyi2 bagai. apa salah selawat ramai2 kan pahala dpt ramai2.

    ReplyDelete
  8. org kita ni kan mmg dgn hiburan x boleh di pisahkan huhuh

    ReplyDelete
  9. Setuju... Dengan cara yang lebih baik, sekurangnya kita dapat barakah. Moga pemimpin kita dapat hidayah untuk buat majlis yang lebih baik. Jangan sampai dah berperang baru nak cari Allah. Moga negara kita terhindar. Amin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Hampa komen, hampa comel :)

Popular Posts