Novel : Sky Love Part 3
Hafiz memusing-musingkan telefonya ke atas dan
kebawah. Sekejap-sekejap jarinya
laju menge-swipe screen lock telefonnya. Apa kena dengan aku ni? Tak tenang je jiwa
ni.
Phone book di buka. Nama Ustazah Parrot di
cari.
Simbol mesej di tekan. Baru menaip beberapa
huruf. Dia memadam kembali.
Hafiz! Stop act like a crazy person. Hafiz
memekik dari dalam hati.
Telefonnya di letakkan di atas meja. Selang 2
minit kemudian telefonnya berdering kuat.Laju tangannya mencapai telefon di
atas meja.
Ibu? Kenapa ibu call. Hmm.
“Assalamualaikum bu.” Salam di hulur sebaik
sahaja talian dia menjawab panggilan.
“Waalaikumussalam. Hafiz busy tak petang ni?” Soal
Datin Ifah lembut.
“Petang ni? Kejap-kejap.” Hafiz menyelak buku
planner yang berwarna hitam di atas meja.
“Tak adalah busy. Ada Hi-Tea dekat Shah Alam.
Kenapa bu?” balas Hafiz.
“Pergi tempah cincin dengan Elya petang ni
boleh?” soal Datin Ifah.
“Hah?!” terkejut Hafiz di buatnya.
“Apa yang terkejut sangat ni?” soal Datin Ifah
aneh. Sejak bila pandai nak terkejut-terkejut ni.
“Tak de apalah ibu. Hehehe. Berdua je ke?” soal Hafiz ceria.
“Apanye berdua. Ibu ikut sekali. Awak berdua tu
bukannya khawin lagi. Jangan nak mengada sangat. Ceria bukan main lagi bila ibu
sebut nama Elya. Tadi masa jawab macam tak ada semangat je.” Datin Ifah
menebak.
“Eh, mana ada bu. Tak baik tau tuduh-tuduh.”
“Eh, tak baik tipu-tipu.” Datin Ifah mengenakan
Hafiz.
“Petang ni pukul berapa?” Hafiz sudah menggaru
dahinya mengguanak jari telunjuk. Iye ke dia gembira. Mana ada. Dia rasa
biasa-biasa sahaja.
“Pandai la tukar topik. Lepas Hafiz habis kerjalah.
Tak akan nak balik awal je. Tak berkat rezeki nanti.” Lembut ibu menasihati
jiwanya.
“Ha’ah. Okay.”
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Jawab Hafiz perlahan.
Tangannya mengemas sedikit meja yang agak
berselarak itu. Telefonnya di masukkan kedalam poket seluar slack.
Blazer yang di tempah khas dari Itali itu
disarungkan ke tubuhnya. Dia mencapai file-file yang berkaitan pembentangan
yang akan di bentangkan dan juga beg laptopnya.
Langkahnya laju menuju ke lif.
“Hafiz.” Suara Dato’ Ammar menembusi telinga
Hafiz.
“Yes Dato?” Hafiz menghela nafas berat dan
tubuhnya di pusingkan menghadap ayahandanya.
“Kita pergi satu kereta je lah boleh?” Dato
Ammar menanya dengan wajah penuh pengharapan.
Hafiz menjeling keadaan sekeliling. Hati
kecilnya menjerit untuk membenarkan. Mindanya melarang.
“Kereta saya atau Dato?” akhirnya terkeluar
dari bibirnya ayat itu.
Dato Ammar mengoyak senyuman manis. Tulus dari
hati tuanya.
“Ayah tak kisah. Kalau Hafiz nak naik kereta
Hafiz pun tak apa.”
Audi R8 Hafiz meluncur laju meninggalkan
pekarangan pejabat.
Hafiz memfokuskan dirinya kepada pemanduan
kereta dan jalan raya. Dato Ammar membuang pandang di luar tingkap kereta.
Atmosfera ruang kereta itu cukup dingin tanpa sebarang gelak ketawa dan
percakapan. Radio pun hanya di biarkan tertutup.
Hafiz memang sebenarnya tidak gemar mendengar
radio.
“Hafiz.” Panggil Dato Ammar. Dia merenung lama
wajah anaknya. Rasa bersalah menggebu di dalam diri. Allah, lembutkanlah hati
anak aku ini agar dia mampu menerima diriku seadanya.
“Hafiz bencikan ayah?” soal Dato Ammar. Dia
berharap anaknya akan berpusing dan tersenyum.
‘Ayah,
Hafiz sayang ayah.’ Itu pun sudah cukup menggembirakan hati tuanya.
Hafiz membeku. Aku bencikan ayah? Ya. Aku
sangat benci.
Dato Ammar diam. Dia tahu jawapannya.
“Ayah nak Hafiz tahu, selamanya Hafiz anak
ayah. My only son yang ayah ada. Hafiz adalah matahari dalam kubur ayah esok
Inshaa-Allah. Hafiz satu-satunya harta yang paling ayah sayang. Bila ayah dah
tak ada. Harta ayah tu bukannya boleh bawa bersama pun Hafiz. Tapi doa anak
soleh. Doa anak soleh adalah harta ayah ke di sana.” Tutur Dato Ammar sambil
tersenyum sendiri.
Hari ini kali pertamanya, Hafiz diam dan
mendengar segala luahan hati ayahnya.
Hari ini kali pertamanya bibirnya membisu tanpa
sebarang rungutan.
Dan Hari ini.. kali pertama dia sebak,
mendengar kata-kata ayahnya.
Hafiz pura-pura tidak mendengar. Walaupun
hatinya sudah sebak menangis hiba.
“Dalam doa ayah, tak pernah
ayah jemu mendoakan supaya Hafiz menjadi anak soleh untuk ayah dan ibu.”
“Oh, baru ayah teringat.”
Dato Ammar mengeluarkan 2 keping tiket dari briefcasenya.
“Ayah ada beli 2 tiket untuk Grand
Prix dekat Sepang nanti. Hafiz nak ikut? “ Dato Ammar cuba memancing minat
anaknya.
“Kalau Hafiz keberatan nak
pergi dengan ayah. Hafiz pergi dengan kawan Hafiz. Ayah dah tua.” Sambung Dato
Ammar cuba menghilangkan rasa janggal Hafiz.
“Hafiz pergi dengan ayah.”
Balas Hafiz.
“Maafkan ayah kalau ayah buat
Hafiz rasa terpaksa.” Dato Ammar tiba-tiba diserbu bersalah. Terlalu memaksakah
dia?
“Hafiz pergi dengan ayah. I’m
okay with it.” Hafiz merenung sekilas ke arah Dato Ammar.
Aku buat ni semua sebab
kasihankan ayah. Bukan sebab aku sayangkan ayah. Tangannya di letakkan di
cermin dan jarinya bermain-main di bibirnya sendir.
Dato Ammar diam. Dia
tersenyum senang.
Jam bilik Elya berdeting
menunjukkan sudah pukul 9 pagi. Elya melakukan kemasan terakhir di hujung
katilnya dengan menegangkan cadar. Selesai mengemas katilnya, dia berlalu ke
almari pakaiannya. Sehelai jubah moden berwarna biru jean dikeluarkan. Tudung
bawal bidang 60 yang berwarna sedondon dicapai.
Elya seharian memikirkan
rancangannya. Patut ke dia buat perjanjian dengan bakal suaminya tu. Hmmm.
Bibir bawah di gigt. Sambil tangan menyeterika pakaiannya dia berfikir.
Aku tak rasa semua dia tu
jenis makan saman. Hmmm. Macam mana ni? Macam mana ni? Elya, Inshaa-Allah kalau
kau ikhlas, Allah akan bantu kau. Elya mengangguk sendiri. Dia membatalkan rancangannya
yang pada awalnya di rasakan sangat cerdik. Tapi sekarang tidak logik.
“Benda apa awak nak cakap
semalam?” Hafiz berbisik sedikit ketika mendekati Elya. Datin Ifah sudah laju
ke depan.
“Tak ada. Saya dah lupa.” Balas
Elya tanpa memandang wajah lelaki itu. Suaranya mendatar.
“Lupa konon! Cakap je, awak
semalam teringin nak jumpa saya kan? Bila dah jumpa awak buat-buat lupa pulak.”
Hafiz mencebir. Tangannya di seluk masuk ke dalam poket. Di jeling Elya yang
makin melajukan langkahnya.
Astagfirullhalazim. Budak ni
salah makan ubat ke apa? Gila. Please don’t be so POYO! Proud of Yourself!
“Alah.. jangan jalan
laju-laju. Nanti jatuh. Jubah awak tu bukan boleh buka luas-luas. Dah macam
bunyi burung berkepak dah.” Hafiz makin seronok mengusik.
Padan muka kau Elya. Mengada
nak sangat pakai jubah ni sangat kan. Makcik tolongg saya. Datin.. tolong Elya.
“Awak tak boleh diam ke?
Sakit telinga saya. Pergi la jalan ke depan sana. Tak payah la ikut saya. Semak
tau tak!” Elya bersuara garang.
“Jangan la garang sangat.
Nanti cepat tua.”
“Saya lebih rela jadi tua
dari berjalan berdua dengan awak.” Elya mendengus geram.
Hafiz tersengih. Tiba-tiba
Elya memberhentikan langkah. Badannya di pusingkan mengadap Hafiz.
“Pergi jalan dulu.” Tutur Elya.
Baru dia teringat kata-kata Saidina Umar.
“Aku lebih rela berjalan di belakang singa daripada berjalan di belakang wanita. –Saidina Umar”
Sungguh hakikatnya dia
sendiri tidak selesa berjalan di hadapan Hafiz. Terasa seperti sangat-sangat di
perhatikan. Terasa macam satu pandangan menembusi pakaiannya.
“Kenapa?” Soal Hafiz pelik.
“Oh.. saya tahu. Awak mesti
nak tengok sayakan? Yelah.. saya ni kan handsome.” Hafiz tersenyum nakal.
“Encik Hafiz Ashraff.. kau ni
memang jenis tak faham bahasa ke? Aku cakap tu dengar jelah. Susah sangat ke?
Bukannya aku suruh kau buat jalan pun.” Elya bercakap kasar. Geram. Siapa suruh
cari pasal dengan aku. Aku cakap baik-baik nak mengada-ngada. Kau tu baru tunang
je. Baru tunang. Bukannya khawin lagi. Hesh.
Muka Hafiz bertukar menjadi
kelat. Sakit hatinya bila di tegur dengan kasar oleh Elya.
“Tak boleh cakap elok-elok
ke?” dengus Hafiz.
“Suka hati aku la. Mulut aku.”
Tanpa rasa bersalah dia membalas kata-kata Hafiz. Nak mengada ke, nak manja
tunggu khawin. Esok dah khawin minta maaf la balik. Hahaha. Itu yang terlintas
di fikiran Elya.
Hafiz sudah menonong berjalan
ke depan. Elya tertawa senang. Hah, baru senang sikit nak jalan. Rasa macam
duniaa ni ana yang punya.
“Kenapa lambat sangat?” soal
Datin Ifah. Pelik dengan budak berdua ni. Di lihat Hafiz sudah duduk di ceruk
kedai barang kemas tersebut.
“Maaf Auntie.. jubah ni tak
boleh nak jalan luas-luas lepas tu hari ni nak rasmi kasut wedge ni. Hehe.”
“Itu kenapa?” mulut Datin
Ifah ikut memuncung menunjukkan Hafiz yang ralit merenung orang yang jalan lalu
lintas di sekitar mall tersebut.
Elya menarik sengihan. Nampak
sangat dia bersalah kerana memarahi lelaki itu.
Datin Ifah tersenyum
menggeleng.
“Elya..” Datin Ifah memanggil
perlahan.
Mak Datin nak marah aku ke?
Kalau aku tau macam ni, aku layan lemah lembut macam anak raja si POYO tu.
“Tak payah la panggil auntie.
Panggil ibu.” Senyuman keibuan menguntum di bibir Datin Ifah. Terkedu Elya di
buatnya.
Sangkanya dia akan di marahi.
“Er..baik.. aun.. ibu.” Elya menarik kerusi dan duduk di sebelah Datin Ifah.
“Kejap ye, ibu nak panggil si
Hafiz.”
Elya sekadar mengangguk.
Matanya ligat memerhati rantai tangan yang di pamerkan.
“Hafiz?” Suara Datin Ifah
menerobos gegendang telinga Hafiz.
“Jom lah, kenapa duduk sini,
kata nak beli cincin.”
“Biarlah perempuan tu pilih
sendiri.” Balas Hafiz dingin. Masih berbekas di hatinya dengan kelancangan
mulut perempuan tu.
“Apa dia buat dekat Hafiz?
Tak akan dah merajuk kot? Manja sangatlah Hafiz ni. Pening ibu tengok perangai
Hafiz ni. Matanglah sikit. Hafiz tu dah nak khawin. Nak jadi ketua keluarga.
Tak akan kena sikit nak merajuk.”
Hafiz membeku. Aku cakap
baik-baik, dia marah aku. Rasa macam nak sembelih je Parrot ni buat BBQ. Padan
muka. Paruh dia aku simpan buat kenangan.
“Hafiz? Are you here?”
“Ok-ok.” Hafiz mengalah.
Kalau tidak fikir dia berada di public, nak je dia anyam perempuan tu jadi
ketupat.
“Kau tak pernah tengok bracelet
ke? Oh lupa. Kau bukan mampu pun.” Sinis
Hafiz menegur.
Terkedu Elya mendengar. Elya
merasakan maruahnya ketika itu jatuh sejatuhnya. Mujur salesgirl tak ada di
situ. Terasa maruahnya hanya ada di tapak kaki lelaki itu. Boleh di sepak-sepak
macam bola.
“Aun..ibu, El nak ke toilet
kejap eh.” Elya hanya merenung sekilas wajah Datin Ifah dan dia pura-pura
menyelongkar beg tangannya. Menahan sebak yang di dada. Kalau dia pandang lama
mahunya dia air matanya yang sudah bertakung akan bederai jatuh ke pipi
mulusnya.
Hafiz menghantar Elya dengan
pandangan mata.
“I don’t understand what on
the earth going on. But seem both of you have a big problem.” Datin Ifah sudah
geram. Tadi si anaknya merajuk. Sekarang bakal menantu kesayangan pula merajuk.
Dia perempuan dan dia faham
sangat. Dia juga pernah muda.
Hafiz menghela nafas berat.
“Ibu.. actually..” Hafiz
membuka mulut menceritakan semuanya kepada Datin Ifah.
“Astaghfirullahhalazim.
Kenapa Hafiz buat dia macam tu? Kalau ye pun sakit hati dengan dia, jangan la
balas balik. Lagipun memang patut pun Hafiz kena marah dengan dia.
Mengada-ngada je ibu tengok perangai. Tak habis-habis dengan perangai buaya dia
tu. Dia tu anak yatim piatu Hafiz. Allah.” Itu je yang mampu keluar dari bibir
tua Datin Ifah. Tangannya mencubit kecil bahu Hafiz.
Hafiz menyerengai kesakitan.
Sakit hati dengan perangai
anaknya yang sorang ni.
“Mintak maaf dengan Elya. No
excuse.” Arah Datin Ifah.
Haih.. sempat pula Hafiz
dengan Elya ni berdrama dekat kedai ni.
Elya merenung matanya yang
sudah sembap di depan cermin. Hina sangat ke aku ni? Tak akan sebab aku marah
sikit dia dah nak cakap macam tu.
Elya menyapu sedikit bedak.
Hmm. Dia tetap merasakan matanya seperti bengkak semacam.
Elya menarik pintu utama
bilik air wanita. Dilihat Hafiz berdiri berhampiran pintu masuk bilik air
lelaki.
Elya pura-pura tidak nampak. Menonong
dia berjalan meninggalkan Hafiz.
“Elya.” Elya tidak
mengendahkan.
“Elya.” Langkahnya di
lajukan.
“Elya Zahra, please. Jangan
bagi saya buat benda pelik-pelik dekat sini.” Hafiz berdiri di hadapan Elya.
“Apa awak nak?” Elya
merengus.
“From the bottom of my heart,
I’m truly sorry for what have I said to you.” Hafiz meminta belas. Sungguh
tidak terlintas untuk menyakiti hati gadis itu. Tapi dia geram. Sangat geram.
“Tengoklah macam mana. Kalau
saya rajin saya maafkan.” Elya menjawab ego.
“Okay ustazah. Awak pandai
dari saya kan? Saya dah minta maaf. The rest awak dengan Allah.” Mulut Hafiz
bertazkirah.
Elya diam.
“Saya maafkan awak dengan
satu syarat.”
“Apa?”
“Jangan jalan di belakang
saya, selagi kita tak khawin. Jangan usik saya. Saya tak suka.”
“Itu bukan satu. Tapi dua.” Balas
Hafiz.
Elya berjalan meninggalkan
Hafiz. Lantak kau lah Hafiz, nak buat pelik-pelik kat mall ni. Ada aku kesah?
“Okay, okay. Saya terima.” Hafiz
berjalan menyaingi Elya dan meninggalkan Elya di belakang.
Yea! I’m the champion.
“Dah selesai?” soal Datin
Ifah garang ke arah Hafiz. Hafiz mengangguk.
“Nak beli cincin pun susah
dengan korang ni.” Rungutnya.
“Ibu, maaf lambat.” Elya
menghampiri Datin Ifah dan memeluk lengan wanita tua itu. Cepat benar dia
menjadi mesra.
“Tak apa, ibu faham. Ibu
minta maaf dengan mulut Hafiz tu. Mujur ibu tak ada cili. Kalau tak dah lama
ibu cili-cilikan mulutnya.” Datin Ifah memeluk bahu Elya.
Hafiz merenung mereka berdua
tanpa perasaan.
Elya sedikit teperanjat,
kerana Datin Ifah tahu apa yang terjadi.
“Dah-dah jom pilih cincin.”
“Encik boleh saya bantu?”
soal wanita cina itu.
“Hmm. Awak nak yang mana?”
Hafiz menanyakan Elya yang sedang memerhatikan cincin-cincin yang berkilauan.
“Boleh saya tengok yang ni?”
Elya menunjukkan cincin yang agak cantik.
“Pandai cik pilih, ini yang latest
design punya. ” Puji wanita cina sambil tersenyum dengan bibirnya yang merah
saga.
“Latest? Patutlah banyak
cantik.” Elya tertawa.
“Ni okay awak?” soal Elya
sambil membelek-belek cincin. Dia memandang price tag yang tergantung sama di
cincin tu. Mahalnyaa! Mak nenek kau. Huhuhu.
“Hmm, bolehlah.” Balas Hafiz
acuh tak acuh.
“Awak, yang ni ok?” Hafiz
menunjukkan cincin yang belah rotan yang sangat cantik di matanya.
“Eh, lawalah.” Puji Elya.
Pn. Choong mengeluarkan
cincin yang di tunjukkan oleh Hafiz.
Elya membelek harga. Ohmakk!
Mahalnya.
“Tak apalah awak.”
“Kenapa?”
“Mahal sangat.”
“Saya bayar lah.”
“I’m your future husband. So,
akan datang pun I akan tanggung you. Awak dah minat kan? Ambil je lah.”
Datin Ifah sekadar menjadi
pemerhati tersenyum melihat keletah anak dan bakal menantunya.
“Ibu, cantik tak?” Elya
menayangkan cincin yang tersarung manis di jarinya.
Datin Ifah mengangguk.
“Jangan lupa cincin tunang.
Belah rotan ni selalunya cincin merisik. Sorry lah Elya ye. Lepas beli cincin
ni kita akan buat secara adat Melayu ye. Baru rasa meriah sikit. Anak ibu
sorang je. Teringin nak merasa.” Datin Ifah tergelak sendiri.
Hari itu dia hanya memaksa
mereka berdua berjumpa. Seperti pertemuaan jodoh dalam drama Korea. Tapi kali
ini, dia akan buat dari mula.
Hampir 2 jam mereka bertapa
di dalam kedai itu. Sekejap berselisih pendapat sekejap mengangguk iya bersama.
Akhirnya 2 bentuk cincin
untuk Elya sudah selesai di pilih.
“Hafiz, mana cincin khawin?”
“Hafiz tempah.”
Masing-masing tidak bertanya
lanjut. Semuanya sudah kelaparan.
“Kita singgah rumah Elya
boleh?”
“Boleh ibu. Elya call makcik
kejap ye.”
“Ok.”
Hafiz menghidupkan enjin
kereta. Dalam kelajuan sederhana dia membelah jalan raya.
Akhirnyaa. Alhamdulillah. Dah siap akhirnya part 3 lebih kurang pukul 3.18 pagi. Haha.
Do komen. Ada typo atau apa-apa salah jangan lupa cakap. Hehehe.
Thank you sebab sudi baca. Sayang korang.
Adios. Hehe.
Maaf kalau benda ni membosankan. T__T I will try to improve my writing skills.
best sgt..keep writing Aina :)
ReplyDeleteTypo : First line Sekejap-sekajap. tau tau line ke berapa dialog Elya "Bibib"
Thanks kak mimi~~ T___T Hahaha, typoo yang langsung mata Aina tak kesan. lols. Big Thankss kak~ :)
DeleteUr most welkam dear :)
Deletesuka your cover novel hehe... :D
ReplyDeleteHahaha, Sangkyuu~ ^^
Deleteha habis jugakk baca . best2 . hehe :)
ReplyDeleteThank youu sebab sudii baca. Omgee. ╥﹏╥
DeleteTulisan sendiri ka?
ReplyDeleteYupp. Tak akan nak copyy pulak. Tak baikk. Huhu
Delete“Petang ni pukul berapa?” Hafiz sudah menggaru dahinya mengguanak jari telunjuk. Iye ke dia gembira. Mana ada. Dia rasa biasa-biasa sahaja.
ReplyDeletetypo detected! hehe
Aina ! sangat talented ! suka sangat bila ada tambah unsur2 agama. nice sesangat ! next! ;) hiii
ReplyDeletehaah ... tk thu nk ckp apa.. sronok bca. keep it up
Delete