Novel : Sky Love part 2
Baca Part One
Elya dan mak
ciknya melangkah masuk ke butik pengatin muslimah yang berada di tengah kota
raya itu. Mereka menanggalkan kasut.
Hiasan
dekorasi yang berwarna putih merah mendominasi segenap ruang. Nampak begitu
anggun dan romantic. Elya menarik senyuman sendiri. Tiba-tiba jantungnya
berdegup laju.
Terimbau-imbau
di mindanya perkataan khawin. Tak sangka aku dah nak khawin..
Kaki mereka
tenggelam dalam karpet gebu berwarna merah. Mata Elya bersinar-sinar memandang
semua koleksi busana-busana yang tersedia. Terlalu cantik! Itulah yang mampu di
ucapkan oleh Elya di dalam hati.
Makciknya
hanya menjadi pemerhati. Semua kelengkapan pekhawinan akan di tanggung
sepenuhnya oleh keluarga Hafiz. Hadiah, kata Datin Ifah.
Pandangan
Elya tertaut di sepasang busana yang berwarna biru lembut dan putih. Dia
khusyuk merenung dan membelek baju tersebut.
"Elya?"
satu tangan mencuit bahu Elya. Elya tersentak, segera dia beristigfar di dalam
hati dan mengurut dadanya. Wajahnya di palingkan mengadap insan yang mencuit
hatinya. Elya mengerutkan wajahnya sebelum tersenyum memandang gadis yang manis
bertudung labuh di hadapannya.
"Husna!
Lamanya tak jumpa enti(awak)!" Elya menjerit kegembiraan sambil melagakan
pipi mereka.
"Enti
la.., ana dah cari enti lama dah tau. Lepas belajar langsung tak contact ana.
Pergi mana je? Tak sangka jodoh pertemuan kita masih panjang." Husna
mencuit hidung Elya.
“Ana tak
adalah kemana. Ada je dekat rumah tu. Ingat nak cari kerja. Makcik tak kasi.
Lepas tu duduk dekat rumah selalu ikut makcik pergi usrah dan buat kerja amal
makcik je lah.”
“Habis
kenapa tak buka facebook. Cari Facebook dia pun tak jumpa.” Husna mencebir
“Sorrylah.
Ana rasa macam boring je Facebook tu. Lagipun tak de kegunaan sangat pun. So,
ada delete je lah.”
“Pulak? Apa-apa
je lah. By the way, why you are here?” soal Husna.
Elya
tersipu-sipu. Belum lagi dia mahu membuka mulut.
“Enti cari baju
khawin ke?" Husna menyoal. Dari raut wajah gadis yang kemerah-merahan itu
membuatkan Husna tersengih nakal.
Sahabatnya
sudah nak khawin! Mabrouk alaik!
Elya
mengangguk perlahan-lahan.
Wajahnya
kian terasa panas.
“Alah.. enti
ni.. come on. Malu-malu pulak. Tahniah.” Husna memeluk sahabatnya itu.
Elya
tersenyum.
“So, enti
buat apa plak dekat sini? Nak nikah jugak ke?” soal Elya bersahaja. Ada ke gaya
tanya soalan macam nikah tu nak beli barang je. Husna ketawa.
"Tak adalah, ana tauke butik ni."
Husna mengangkat keningnya dua kali.
"Seriously?
Kalau macam tu boleh kasi discount dekat ana." Elya mengusik.
"Boleh
saja, enti kan sahabat ana. Rindu enti tau!" Husna mengenyit matanya.
“Rindu enti
jugakk.” Elya tersenyum. Bahu sahabatnya itu di peluk. Mereka tertawa bersama.
Mentang-mentanglah
tak de siapa-siapa dekat butik tu.
“Lah..
patutlah makcik cari tak jumpa. Bersembang dengan kawan rupanya.”
“Eh, Prof.
Maaflah. Excited sangat bila jumpa bakal bini orang ni. Hehhe” Husna menghulurkan tangan untuk bersalaman.
Makcik
Maziah atau Lebih di kenali dengan panggilan Professor Maziah adalah pensyarah
di Universiti Malaya. Huluran tangan Husna di sambut mesra.
“Eh, jom
kita duduk dulu. Boleh sembang-sembang sikit sambil bincang-bincang.”
“Iye lah.”
Balas Makcik Maziah.
****
Deruman
superbike BMW milik Hafiz membelah angin bahang tengah hari itu di kawasan
perumahan mewah.
Motornya di
berhentikan di hadapan sebuah rumah tiga tingkat yang tersergam gah.
Cermin topi
keledarnya di buka dan. Enjin motornya sengaja tidak di matikan. Honnya di
tekan.
Alisa
membuka pintu rumahnya dan memandang wajah Hafiz dengan merajuk yang di
buat-buat.
"Kenapa
sayang datang lewat?"
"Ada
hal dekat rumah tadi." balas Hafiz dengan gaya bersahaja.
Alisa hanya
mengangguk. "Hari ini kita nak makan dekat mana?" Alisa menanya
sambil mencapai topi keledar yang di serahkan oleh Hafiz.
"Petang
ni saya tak masuk pejabat. So kita boleh enjoy puas-puas. Petang ni you tak ada
kelas kan?" Alisa menggeleng.
"Okey,
hari ini kita akan enjoy puas-puas. Makan-makan lepas tu shopping.”
Baru sahaja
dia Alisa mahu memijak pedal motor untuk duduk di belakang.
“Kita naik
kereta you hari boleh tak? Kalau tak nak I balik.” Entah kenapa tiba-tiba
perasaan berat hati menyebulungi dirinya. Sejujurnya dia tidak pernah
membenarkan dirinya di pegang dan di peluk sesuka hati.
“Tapi kenapa
sayang?” Alisa merengek. Terlepas peluang untuk dia memeluk Hafiz dengan mesra.
“I just rasa
nak naik kereta.” Balas Hafiz dingin.
“You ni
kenapa? I teringin sangat nak naik motor dengan you.”
“Alisa.” Nama
gadis itu diseru.
“Yes?”
“Nak
shopping atau you nak I balik?” Hafiz mengungut untuk kali ke dua.
“Okay.
Fine.” Bibir bawahnya di gigit perlahan. Geram.
****
“You ada nampak Hafiz tak? Dah habis waktu lunch ni. Tak masuk-masuk lagi pejabat.” soal Dato’ Ahmad kepada setiausahanya.
“Saya tak
pasti Dato’. Tadi masa lunch break dia ada keluar dengan bawa helmet dia sekali
tapi tak tahu kemana.” balas Puan Zarina.
“Tak apa
lah. Terima kasih. Kalau dia masuk nanti,cakap dekat saya.” Puan Zarina hanya
mengangguk.
Dato’ Ammar
masuk ke biliknya. Dia hanya menggeleng.
“Hafiz, bila
la Hafiz nak faham apa yang ayah buat dekat Hafiz ni.” Dato’ Ahmad membuang
pandanganan ke tingkap.
“Ayah tak pernah faham Hafiz. Ayah cuma faham bisnes ayah
je. Tak perlu sibuk apa Hafiz buat!” keras suara Hafiz menentang ayahnya.
“Hafiz! Ayah tak pernah ajar Hafiz jadi kurang ajar macam
ni.” Dadanya berdegup kencang mendengar kelantangan anak tunggalnya bersuara.
“Memanglah ayah tak pernah ajar. Sebab yang selama ni
yang tengok Hafiz dan ajar Hafiz adalah ibu bukannya ayah. Ayah kan 24 busy
dengan bisnes dan duit?”
Terkedu Dato Ammar. Bagai satu halilintar yang menerpa
telinganya.
“Hafiz. Ibu tak pernah ajar anak ibu macam ni. Berapa
kali ibu pesan, hormat ayah.”
“Huh.” Hafiz mendengus geram. Dia tidak sanggup melawan
kata ibunya. Padanya, dia cuma punya ibu di dunia ini. Ayahnya tidak pernah
mempedulikan tentang dirinya langsung!
Setiap kali hari temu mesra waris, hanya ibu yang hadir. Memang ibu suri rumah. Tapi pada dia, tak akan tak ada masa langsung untuk dirinya. Ayah kan boss?
“Abang.. maafkan saya sebab tak pandai nak didik anak.”
Datin Ifah mendekati Dato’ Ammar yang sudah terduduk diam bagai patung cendana.
Dia manusia. Khilafnya tetap ada. Ya, dia akui salahnya juga.
Sibuk berbisnes sana sini hingga lupa hakikatnya anaknya juga perlu kasih
sayangnya juga. Bukan sekdar harta kekayaannya sahaja.
Dato Ammar
menanggalkan kaca matanya dan meraup wajahnya. Nafas berat di hela.
“Ya Allah..
kuatkan iman hamba-Mu ini. Aku yakin suatu saat nanti KAU akan menunjukkan
hikmahnya.” Perlahan bibirnya menutur dan menekup wajahnya.
Ammar..Allah
tak uji dengan ujian tak mampu di pikul oleh Hamba-Nya. Janji Allah itu pasti.
****
“Mak cik..
Hafiz tu orang yang jenis macam mana eh?” Elya mengelap pinggan-pinggan yang
sudah di bilas.
“Sabarlah, kamu akan tahu nanti. Tak seronok
la cakap sekarang.” balas mak ciknya sambil mengenyit mata.
Elya hanya
tersengih.
Selesai
mengemas pinggan mangkuk tiba-tiba telefonya berdering.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Husna.
“Kenapa
tiba-tiba call? Probs?” soal Elya.
“Tak de lah.
Ana cuma ada sesuatu nak cerita dekat enti.” Balas Husna.
Berat
hatinya ingin melepaskan sahabatnya berkhawin dengan lelaki yang bernama Hafiz
Dato’ Ammar setelah dia mengetahui sikap lelaki itu.
“Cerita?
Gossip baru ke apa?” balas Elya tertawa.
“Hmm, tak
tahulah gossip liar atau pun gossip betul.” Balas Husna. Serius.
“Kenapa ni
Husna? Lain macam je bunyi.”
“Enti jangan
marah ye kalau ana cerita.”
“Inshaa-Allah.
Ceritalah dulu.” Balas Elya
“Janji
jangan marah.” Pinta Husna beria-riya.
“Em, Ok
lah.”
“Bakal
zauj(suami) enti tu..liar.”
“Mana tahu?”
soalnya tenang. Sedikit sebanyak dia rasa malu. Malu kerana bakal suaminya
liar. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu. Esok kalau dia tak izinkan aku ke usrah,
majlis ilmu macam mana? Kalau aku nak bawa dia ke majlis-majlis sahabat aku
macam mana?
“Umi.”
Balasnya pendek.
“Umi?”
“Yup. Umi
kawan dengan mak si Hafiz tu, tapi mak ayah dia alim dan baik. Kenapa anak
dia..”
“Iman tak
dapat di warisi dari seorang ayah yang bertaqwa.” Elya menanyi perlahan.
“Astaghfirullahalazzim.”
Husna bagai tersedar salahnya menghukum manusia.
“El, you are
not surprise?”
“I already
knew it.” Balas Elya perlahan. Nafasnya di hela berat.
“So, still
nak teruskan perkhawinan dengan mamat tu?”
“If Allah
wills it’s.” Balas Elya
“Dah
istikharah?”
“Dah.” Elya
mengangguk walaupun dia tahu Husna tidak nampak.
“Answer?”
“Yes.”
“El, Ana tak
tahu kenapa. Tapi kalau betul itu jodoh enti. Ana doakan semoga enti berbahagia
hingga ke Jannah nanti. Ana doakan enti kuat iman. Nanti jadi isteri yang
solehah. Jangan risau. Kalau ini ujian keimanan. InshaaAllah jannah menanti.”
Tutur Husna tulus.
Ya, dia akui
dia berat hati. Sangat berat hatinya. Sahabatnya itu terlalu baik untuk orang
seperti Hafiz.
“Husna..”
hanya itu terkeluar dari bibirnya. Dia sudah sebak. Terasa ucapan penuh dengan
ketulusan.
“Hei! Jangan
la nangis! Tak rock la macam ni! Hahaha.” Husna cuba menceriakan suasana.
“Eii. Benci
dengan kauu.” Bahasa kau aku dah keluar bila mereka sudah bergurau kasar.
“Eleeh,
bencii konon. Tak de aku. Menangis. Ada aku pun nangis. Cenggeng.” Husna
tertawa.
“Okaylah,
take care. Ana nak pergi solat isyak.” Pinta Husna.
“Okay-okay.
Assalammualaikum. Take care hati. Take care iman. Good Night.”
“Waalaikumussalam.
Enti pun.”
Talian di
matikan.
Elya
melabuhkan punggugnya di atas buaian di halaman rumah. Tudungnya di betulkan.
Bagaimana
kalau aku khawin dengan dia nanti?
Dia akan
izinkan aku ke majlis ilmu tak?
Kalau ada
majlis agama tak akan aku nak pergi sorang-sorang.
Hmm. Dia
perlu ada susun strategi.
Elya
merenung langit. Earphone di keluarkan dan di sambungkan ke telefonnya.
Nasyid
Sigma-Istikharah Cinta di pilih menjadi halwa telinga.
Bibirnya
tersenyum.
****
Hafiz
mengetuk-ngetuk jarinya di atas meja kerja di bilik bacaan.
Suasana
bilik yang di dominasi dengan warna putih dan biru muda itu membuatkan bilik
itu kelihatan sangat tenang.
Elya Zahra.
Elya Zahra.
Elya Zahra.
Itu sahaja
yang bermain di mindanya.
Tapi entah
kenapa tangannya juga turut sama menulis nama itu menggunakan pensel.
Di lakar
karekter kartun muslimah dengan bibirnya muncung. Hafiz tertawa sendiri.
Lagu So In
Love – Stevie Hoang yang di mainkan menggunakan speaker besar menguasai ruang
udara. Mujur bilik itu sudah kalis bunyi.
Kalau dengar
di Dato Ammar dan Datin Iffah, mau telinganya di pulas seorang sebelah.
Dia suka
gadis memuncungkan bibirnya.
Jatuh cinta
kah dia? Tak jatuh cinta apanya? Lagu pun So In Love. Tak akan tak In Love kot?
Hafiz
berhenti menulis nama gadis itu dan bagai tersedar.
Kenapa
dengan aku ni? Dah kena guna-guna ke apa?
Butang Stop
ditekan ganas.
What going
on man? Hafiz mencengkam rambutnya.
This is
crazy. REALLY CRAZY.
Hafiz
merenung kertas yang di penuh dengan nama gadis itu.
Cepat-cepat
dia menyimpan ke dalam laci. Tak sanggup dia melihat ‘karya’ agungnya itu.
Fokus Hafiz.
Fokus. Fail di buka. Laptop di buka. Kopi di hirup perlahan. Okay. Stay up man.
Esok ada presentation.
Hafiz
memainkan bunyi deruan ombak dan dia memulakan kerja.
Selang 30
minit kemudian deringan mesej masuk kedengaran.
Hafiz
mencapai telefonnya.
‘Assalamualaikum, boleh kita jumpa? Ada benda nak cakap
sikit.’
- Elya Zahra-
Hafiz
tersengih.
“Kenapa? Rindukan saya ke?”
-Hafiz Ashraff –
10 minit
kemudian..
“WAALAIKUMUSSALAM. Tak kuasa saya nak rindukan awak. Ada
benda nak cakap.”
-Elya Zahra-
Hamboi,
lambatnya dia balas. 10 minit aku tunggu baru nak balas. Dia ingat dia siapa.
Sempat lagi dia peril aku tak balas salam dia.
“Waalaikumussalamwarahmatullahhiwabarakatuh. Lamanya awak
nak balas. Nak cakap apa?”
-Hafiz Ashraff-
1 minit
kemudian.
“Kenapa? Awak tunggu mesej saya kan? Haha. Awak yang
rindu saya tak malu. Adalah. Susah nak cakap dekat sini. Bye. Jangan lupa solat
isyak.”
Hafiz
merenung bagai nak terkeluar biji mata. Padan mukaa hang Hafiz. Kan dah terkena
setempek. Memang setiap saat matanya tak terlepas merenung jam. Terasa 10 minit
tadi bagai sejam.
Solat? Hmm.
Nantilah. Malas.
Dia
tiba-tiba terfikir sesuatu. Phonebook di buka. Nama gadis itu dicari.
Dia menekan
‘Edit Contact’. Dia memadam nama gadis itu dan di gantikan dengan ‘Ustazah
Parrot’.
Bibirnya
menguntum senyuma nakal.
Kamus :
Ana - Saya
Enti - Awak perempuan
Zauj - Suami
To be continue. Thanks sebab sudi baca, Sudi-sudilah komen ye? :)
Maaf kan diri ini kalau ada mana-mana kesalahan dalam cerita ini. T_T
Komen anda sangatlah di alu-alukan. Terima kasih, ^^
woahh . hebatnyaa . novel ke nihh :D
ReplyDeleteE-novel je kak. hehehe.
DeleteSweet sangat..Teruskan menulis..cuma nampak kesilapan nama Alisa..jadi Alice..:)
ReplyDeletetimaa kasihh~~ ahahhaa, itulah rushing sangat kan. jap-jap. nak ubah. XD thank you. :3
Deletekalau dah smbung nanti bgtau oke.... :D
ReplyDeleteBeres sayang~ Hehehe
DeleteUstazah Parrot! >_<
ReplyDeleteDone part 2 :) makin menarik. Tapi elya ckp ngan kwan dia nak solat isyak, tp dia duduk kat buaian siap psg earfon kt telinge, hehe
ReplyDeletehaah ... sye pun prasan tpi tkpe kurang skit je.. prkataan pun ada yg typo .. tpi yg pnting part ni best :D
Deletedone part 2.. next ! part 3 ! hihii. semangat nk baca sbb cita Aina menarik.. ^_^
ReplyDelete