Ambittion
Assalamualaikum.
Hey fellas!
Since aku
stay dekat hostel ni.. idea aku untuk menulis sambungan semua cerita aku yang
berada dalam blog ni terbantut. Aku dah beberapa kali buka laptop dan menulis
beberapa ayat. Dan kemudiannya aku memadam kembali. Bila aku fikir balik, macam
nak delete pun ada. Tapi entah la bila niat aku nak sambung semua hikayat cinta
itu nak habis.
Lepas tengok
rancangan Selera tadi, aku pergi dekat satu ruang dalam rumah aku. Aku pun
bergolek memikirkan masa depan dan cita-cita cinta. Aku pun dah naik
pusing dengan semua cita-cita tinggi yang manusia-manusia idamkan. Lemme list
semua benda yang I fikirkan yang I pernah nak jadi one upon a time ago…
PENSYARAH
Masa ni I
umur I baru 11 tahun bersamaan dengan darjah 5 dan sewaktu dengannya. -_-.
Entah macam I terfikir nak jadi pensyarah ni pun… hahaha. Tipu kata I tak tahu.
Tadi masa I fikir tadi I tak teringat.. bila nak tulis ni macam tiba-tiba Allah
pulihkan ingatan di masa zaman kanak-kanak. I nak jadi pensyarah sebab
pensyarah kaya sikit dari cikgu.
HAHAHA! Nampak tak? Niat aku dulu. Sah-sah salah dan tak berkat. Dan aku tak
layak pun nak jadi warga pendidik yang terhormat ni.. sebab aku ni manusia yang
kejam. HAHAHA! <-Gelak kejamm punyaa!
XD
Bukan apa..
aku ni jenis manusia yang tak pandai mengajar dan mendidik dengan penuh
kesabaran dan keayuan dan kelembutan dan kehikmahan dan kebaikan. Okay. Itu
macam over sangat. Aku nak sekali
aku ajar orang faham. Masalahnya, aku tak pandai mengajar. Dan aku tak suka di
tanya berkali-kali. Cukup sekali je. Jangan tanya lebih-lebih kalau tak nak
makan penampar KOREA. Tapi kalau kau
tanya gosipp… sepuluh kali aku rela jawab. =____= Nampak tak kebangangan di
situ. Ini cerita minta penampar kaw-kaw punyaaa. HOHO. ^O^
Dan aku dah
lupakan niat nak jadi yang ini.. sehingga aku berjumpa dengan cita-cita baru…
Jenggg..
jengg.. jengg..
BUSINESS WOMAN / USAHAWAN
Bila sebut
usahawan tu Nampak macam tak ada class gituhh. Apa yang aku bayang bila sebut
usahawan aku Nampak kerepek dan rempeyek dan seangakatan dengannya. =_= I don’t
know why!! Jangan la marah kan saya. Bila sebut business.. hahaha. I Nampak
hotel dan empayar perniagaan yang sangat la dasyat!
Kenapa aku
tiba-tiba bercita-cita macam ni? Aku dengar kakak sepupu aku nak jadi. Gaya dia
bercerita dengan penuh semangat. Jadi aku pun balik ke rumah dengan penuh
semangat ke azaman nak jadi business woman yang tercemerlanggggg gila di
Malaysia.. macam Faezah. Dah la menutup aurat. Tolong orang susah.. kan best
tu?
Tapi bila I
fikirkan balik… I perempuan.. I kena khawin.. I kena beranakk.. MUAHAHA!
Imaginasi terlampau. Okay, I tak sesuai. Lagipun banyak benda nak kena fikir
pasal benda ni. Nanti anak tak cukup kasih sayang lah.. anak kurang ajar la.
Anak sombong lah. Oh no. I dah nak muntah fikirkan semua tu. SILA MUNTAH. AYAT KEGEDIKAN 18 SG(SANGAT
GEDIK).
Tapi..
cita-cita aku yang ni tak terpadam macam tu sahaja. Niat aku nak buka HOTEL
ISLAMIK yang bertaraf HALALAN TOYIBBAN dari segi penyedian makanan dan
diklasifikan sebagai hotel antarabangsa yang bertaraf berbintang-bintang dengan
perkhidamatan yang terbaik. Tak dilupakan juga pekerja-pekerja juga mengenakan
pakaian YANG
MENUTUP AURAT! Bukan yang
MEMBALUT
AURAT .
Bukan apa..
you ada kuasa nak tentukan apa yang di pakai oleh orang bawahan you.. why not
you paksa dorang pakai mengikut syariat. At
least.. esok lusa dekat akhirat terlepas tanggungjawab you nak jawab dengan
Allah. Ye tak? So.. kepada bos-bos, bakal bos. Silalah membuat timbang
tara yang baik ye.
Lelaki satu
benda je nak tengok dia baik tak baik. Dia bagus tak bagus. You tengok dia
punya bini sahaja. Kalau bini tak pakai tudung.. mimpilah dia nak jadi pemimpin
terbaik. Kalau bini cium , peluk, joget dan dedah sana sini. Sorry to say.. you
dah tempah tiket neraka awal-awal
lagi ye cik abang. Kalau tak bini, kakak dan adik perempuan.
Cukuplah dua
cita-cita aku ni. Panjang sangat pulak aku rasa entri aku kali ini. So sorry
andai tersilap dan terkasar bahasa. Kalau ada salah di mohon tegur dengan
bahasa yang sangat MURNI.
Akhir kalam,
wasalamualaikum w.b.t.
Ps:
cita-cita aku ada lebih kurang 8 lagi kot yang belum di cerita.. kalau aku
cerita hari ini.. aku takut korang naik sepak je aku punya blog. J
Comments
Post a Comment
Hampa komen, hampa comel :)