Hai Cik Sayang! (1)
“Kakak! Sudah la terperap dalam
bilik ni. Keluar la bergaul dengan adik-adik ni. Dah la duduk dekat negara
orang 4 tahun. Ini balik nak jadi panda ke apa? Makan tidur, makan tidur!”
suara mama sudah kedengaran di luar bilik.
“Ala mama, kakak malas la.” aku
meluruskan kaki aku yang aku sudah rasakan kebas kerana duduk terlalu lama.
“Tak sayang adik-adik ke?” mama
sudah membuat suara sayu..
“Yela, yela. Akak keluar ni. Tapi
setengah jam lagi ok?” aku membalas.
Senyap. Mungkin mama sudah pergi,
itu yang terlintas di benakku. Selang dua minit kemudian, pintu aku
bertalu-talu di ketuk oleh adik-adik aku. Ahhhh!
“Kakak buka! Kakak buka! Kakak
buka!” entah berapa kali mereka mengulang. Fokus aku kepada drama Yukan Club
terhenti. Kurang didikan adab betul budak-budak ni. Dengan pantas aku memangkah
GOM player. Tetikus bergerak laju menekan Shut Down.
Pantas aku membuka pintu,tersembul
wajah adik-adik aku dengan tersengih-sengih di hadapan aku macam muka mickey
mouse.
Niat asal ingin marah kepada mereka
aku lupakan. Padahal aku tak ada lah marah mana pun. Cuma malas aku nak keluar.
Baru aku teringat dah lama kami tak bermain bersama.
Aku duduk mencangkung di hadapan
mereka semua. Satu-satu aku tilik wajah mereka. Atikah, Syifa, Raihanah, Fira.
Aku peluk mereka. Haha, baru aku
tahu aku ni sebenarnya rindukan mereka.
“Siapa nak pergi shopping?” aku
menyoal dengan gembira. Yay! Hari ini aku akan melepak dengan adik-adik aku
sebagai ladies. Haha. No parents.
“Ayah mana?” soalku. Ye la. Ayah aku
bukannya nak bagi sangat kalau bab nak keluar-keluar berjalan ni. Anak
perempuan semua la katakan. Anak ayah semuanya!
“Ayah dekat depan. Baca paper.”
balas Raihanah a.k.a kak cik.
Aku berjalan dengan muka
tersengih-sengih di hadapan ayah aku.
“Ayahh…” suara aku di leretkan.
Intonasi yang tak pernah berubah setiap kali aku ingin menanyankan sesuatu
kepada ayah.
“Hmm..”itu je yang keluar dari mulut
ayah.
“Boleh tak, kami nak keluar
jalan-jalan hari ni. Tak lama, sebelum maghrib kami balik. Kakak nak belanja
dorang. Heheh.” aku tersengih-sengih meminta.
Lama ayah aku diam. Kemudian dia
mengangguk kepalanya sedikit. Tanda setuju. Aku sudah tersengih bahagia.
Tudung labuh dan jubah di kenakan.
Bibir di oles dengan pelembap. Satu kebiasaan aku semasa di Jepun dan
membuatkan aku terikut-ikut. Cuaca sejuk di sana kadang-kadang buat aku dan
teman-teman tidak mandi seharian.
“Angah drive k?” pinta ku, atau
lebih tepat arahku. Haha. Aku menyuakan gugusan kunci kepada Atikah a.k.a
angah. “Kakak mana ada license, mana bleh drive.” Aku mengoyakkan senyuman. Aku
mengambil tempat di sebelah pemandu. Kereta Honda Accord milik ayah segera di
hidupkan enjinnya.
Mama dan ayah berdiri di hadapan
pintu. Aku melambai-lambaikan tangan dari dalam kereta. Aku menurunkan tingkap.
“Mama dan ayah date elok-elok tau!” sempat aku mengacau parents aku di pagi
ini. Hehehe. Ayah dan mama tersenyum simpul. Haha, mengada lah tu. Mama tadi
sudah aku ajak, tapi dia tak nak sebab alasannya nak berjalan dengan ayah. Ada
je bila dah tua-tua ni.
Aku terkadang cemburu dengan mama
dan ayah. Hidup mereka suci dari cinta sebelum mereka khawin. Bila dah khawin, barulah
cinta mereka bersemi. Aku yakin dengan jodoh dan aku yakin cinta lepas khawin
membahagiakan Bukti? Tengoklah mama dan ayah aku. Melihat mereka aku cukup
yakin cinta lepas khawin tak pernah salah.
“Dah sampai mana mengalamun?” soal
Angah sambil dia menepuk bahuku. Aku seolah-olah baru tersedar yang kami sudah
berada di simpang keluar dari taman perumahan yang kami tinggal.
“Ada la sempat sampai dekat China
sebelum nak ambil flight seterusnya.” balasku bersahaja. Adik aku yang berdua
di belakang giat mengusik adik aku yang bongsu. Sesekali mereka bercerita itu
dan ini.
Baru aku teringat, ada satu beg roda
yang dalam tu semuanya hadiah. Terlupa pula nak bagi dekat parents dan
adik-adik aku. Setiap kali aku berjalan tak pernah aku tak membeli untuk mereka.
Sudahnya dah penuh hadiah dalam beg aku yang satu tu.
Tapi aku ada beli hadiah birthday
yang special untuk dorang semua. Wait and see.
Habis semua butik kami ronda. Ok,
melayang duit aku lebih kurang RM 1000 lebih sebab beli jubah dekat dorang. Untuk
mama dan ayah tak ku lupa juga. Kurang asam punya budak. Itu ada hati nak suruh
aku belanja heels, make-up. Tak berakal ke apa budak-budak ini.
Kami langkah masuk ke Popular.
Banyak novel! Sorry, yang ni adik-adik bayar sendiri kay. Mama kasi duit dah
tadi kan?
Sebelum kami solat zohor, sempat
beli kudapan buat mengisi perut kosong kami. Lepas solat nanti baru kami nak
cari tempat makan yang best-best.
“Semalam, ada orang datang merisik
kakak. Dah ada yang berpunya ke belum.” tiba-tiba mama bersuara dalam kami
asyik bersembang sambil makan malam di meja.
Aku yang sedang nikmat menghirup
kuah sudah tersedak. Dah la aku letak sambal banyak dalam sup tu! Sakit tekak
aku sebab asyik batuk-batuk. Hidung yang sedikit putih ni dah tukar
kemerah-merahan begitu juga wajah aku. Over gila tak aku? Aku mencapai segelas
air untuk di minum.
Adik-adik aku sudah tersengih nakal.
Kurang hajor kome (korang)! Nak mati dengan aku ke? Ayah? Aku tak mahu mencari
wajah itu. Aku sudah cukup malu sekarang. Mama ni pun..cer la datang slow talk
dengan aku. Ini tidak, kalau baby dengar pun baby yang tak ada sakit jantung
terkejut.
“Macam mana?” soal mama lagi. Aku
menjeling sekilas sebelum tunduk. “er.. mama..” aku sudah tak tahu apa yang
patut aku suarakan lagi. MALU!
“Kejap lagi kita sembang lain ye?
Kesian kakak, malu-malu meow-moew gituh!” Kak Lang menyampuk. Jelingan tajam
dengan wajah memerah. Agaknya dia kisah ke? Meletus tawa mereka. Ya mereka.
Bukan kami, sebab aku tak ketawa. Aku rasa macam nak duduk dalam bilik dan
online dan tengok movie ja!
O Allah! Help me!
Sudah ada tiga pinangan untuk aku,
semuanya aku menolak. Aku tak nak lelaki yang balik dari Korea, US, UK and etc.
Aku nak yang balik dari Timur tengah paling kurang. Kalau local university yang
amik Islamic course pun ok jugak.
Lagipun aku tengok ayah aku pun
macam tak berkenan. So memang aku tolak mentah-mentah. Kalau ustaz macam ayah
aku ok jugak. Haha!
Muka yang aku tengok dalam gambar
memang nak handsome. Habis aku minta fb, twitter dan email. Bagi aku tengok
dulu. Korang ni jenis macam mana. Sekali aku tengok ada yang pakai rantai
dengan boxer tak berbaju mulut merokok. Sumpah aku rasa macam asdfghjkl.
Padahal gambar yang ada dekat tangan
aku masa tu macam malaikat. Jubah + serban dan tasbih. Kay, manusia sememangnya
pelakon!
Sekarang yang ke-empat. Yang ini aku
rasa macam aku dah jatuh cinta lepas dengar biorgrafi dia.
Doktor weih! Keluaran sekolah agama
dan studi oversea. tapi bukan timur tengah. Aku nak suruh ayah aku test dia
dulu boleh tak?
Aku yang dalam bilik dapat maklumat
dari mama. Ayah main tembak-tembak suruh baca juzu sekian-sekian. Al-Baqarah di
ambil dari mula. dan lulus! Ayah tanya macam-macam dan dia lulus!
Aku minta bagi masa.
“Angah…” Aku memanggilnya sambil mata
aku ligat mengikut arah pusingan kipas. Naik gila mata aku.
“Hmm..”
“Angah setuju kalau yang tadi tu
jadi suami kakak?” aku menyebut perlahan perkataan suami itu. Malu tau tak!
Angah ni lah, adik yang aku paling
rapat. Sebab jarak usia kami hanyalah 2
tahun. Aku 24 sekarang dan adik aku 21.
Segaris senyuman nakal meniti
bibirnya. “Setuju sangaaaattt..” dileretkan suaranya.
Aku tersenyum. Lampu bilik di tutup.
Selimut di tarik hingga ke bahu. Aku membelakangkan adik aku. Mata aku
terkelip-kelip memandang bilik yang sudah gelap gelita.
Usai sahaja solat-solat sunat
tahajud, taubat dan hajat aku segera bangun untuk solat istikharah. Tak lupa
juga aku meminta ayah dan mama membuat perkara yang sama. Sebab kadang-kadang
dosa kita banyak, tapi berkat doa mak dan ayah. Hidup kita menjadi mudah.
Tiga hari aku lakukakn, jawapannya
cenderung kepada Ya. Ayah juga setuju, mama juga begitu. Bagi aku, baik untuk
mereka maka baiklah untuk aku.
Hari ini hari pertunangan aku.
Kenduri kecil-kecil di adakan. Sekadar menjemput jiran yang dekat dan family.
Aku diamkan dulu dari kawan-kawan aku. Bila dah betul-betul makan nasi minyak
nanti baru aku panggil.
Aku mengenakan jubah labuh berwarna
pink lembut dan tudung bunga putih. Sederhana, tiada crown. Selendang di letak
di kepala.
Sebaik sahaja aku menyarungkan
cincin emas yang bercorakkan sedikit keremajaan dan sedikit wanita.
Aku duduk di depan cermin, tangan
aku asyik merenung cincin yang cantik tersemat di jari manis aku.
Aku merenung pantulan wajah aku di
cermin. Erk! Asal gedik gila muka aku? Aku lari ke katil, sempat aku capai
sepucuk surat yang ada di atas meja solek. Sempat aku belek surat yang di
sampaikan oleh ibu lelaki itu.
Assalamualaikum
saudari Luqyana Qaisara.
Pertama dan
selamanya bersama kita bersyukur kerana telah selesai satu majlis. Bila awak
dah dapat surat saya ni, maknanya sah lah kita bertunang. Nama awak terlalu
unik hinggakan berbelit lidah saya nak sebut.:) Jangan marah!
Aku tersenyum. Ya, nama aku paling
susah nak sebut. Aku menyambung pembacaan.
Ini sesi perkenalan
kita kan? Let me introduce myself. Nama saya, Muhammad Eqram Hafiy bin Raof.
Berasal dari Selangor dan membesar di Kedah. Kerja saya biasa-biasa sahaja
Doktor Psikolgi.Yang merawat orang-orang yang mempunyai tekanan perasaan dan
kurang waras. Umur saya, 27 tahun. Apa lagi awak nak tahu? Saya tak pernah
bercinta dan tak pernah ada makwe, jadi saya tak tahu nak cerita apa. Oh, nak
tahu tarikh lahir? 7 Januari. Anyways, thanks
sebab sudi terima diri saya ini. Inshaa-Allah saya akan try yang terbaik. Sekian.
Eqram Hafiy
Eqram Hafiy
Surat itu aku lipatkan dengan kemas
kembali. Aku pun sebenarnya tidak tahu mahu tahu apa lagi. Haha. Eqram Hafiy.
Cakap orang nama berbelit. Nama dia pun sama.
Aku menyelongkar laci meja solek.
Tangan aku meraba-raba mencari kertas Foolscap yang bergaris-garis. Pen cair
berwarna hitam di capai. Aku melabuhkan punggung di atas kerusi. Meja belajar
yang mengadap ke tingkap membuatkan pandangan aku terarah ke langit biru.
Perlahan tangan aku menulis dan melakar sesuatu.
Waalaikumussalam,
saudara Muhammad Eqram Hafiy.
Sebelum tu,
saya nak komen dekat awak. Kenapa nama awak panjang sangat? Paku dulang, paku
serpih, kata orang, dia yang lebih. :P
Di sebabkan awak perkenalkan diri
awak, saya pun nak buat yang sama.
Nama di beri Nurul Luqyana Qaisara
bin Abu Bakar.
Menguruskan majlis perkhawinan rupanya bukan sesuatu yang senang, yang nak khawin pun susah. Test HIV la, sijil kursus khawin la.. Ya Allah.. 3 bulan yang diberikan bagai menyesakkan aku.
Petang tadi aku ada dapat surat dari
dia. Surat tu dia pos ke rumah. Ecewahh.
Assalamualaikum
awak,
Saya setuju dengan
semua syarat-syarat awak. Tapi jangan awak menyesal. Haha!
Sebenarnya,sejujurnya,setulusnya,
saya nervous. Awak rasa apa yang saya rasa? Untuk kali ini saya tak tahu nak
cakap apa.
Awak design sendiri
kad undangan tu? kretif awak. Tapi, saya bukan nak menolak, tapi tak elok la
membazirkan? nanti orang buang juga kad kita itu. saya harap awak tak kisah kad
kita kad yang biasa sahaja.
Ini ada hadiah
untuk awak, harap sudi pakai bila akad nikah kita nanti. J
Eqram
Haify
Aku membuka kotak yang berbalut
dengan kertas minyak itu. Sambil itu sempat aku berfikir. Betul juga cakap dia.
Tak apa lah, nanti aku cakap la dekat dia. Kad tu semua akan masuk tong sampah.
Sehelai jubah berwarna putih yang
kelihatan seperti gaun kerana sedikit kembang.
“Aaaaaaaaaa!!” aku menjerit girang. Mama
datang tergesa-gesa. Wajahnya kaget.
“Kenapa?”
Aku menunjukkan baju yang tersarung
di badan. Mama menggeleng-geleng kepalanya.
To be continue. ^_^
Macam best jeh macam best jeh!
ReplyDeleteSambung! Sambungg! Hiwhiw.
@QilaDira thanks ehh heheheh inshaaallah. :)
ReplyDelete