My Fav Cooking Iger/Youtubers

Assalamualaikum,


 


Kali ni post aku acah acah sikit, hahahaha. Acah-acah macam orang kisah sangat aku suka stalk ig siapa. lol.

Tak delah, aku saja nak share siapa yang aku rajin stalk kalau pasal makanan ni, sebab aku bila tengok orang masak ni rasa macam therapy tau. Walhal nak masak tu subhanallah. Tak rajin langsung, kadang dah salin ikut dah resepi tu tapi karang bahan itu tak cukup, bahan ini tak cukup.

Kalau masak boleh la ikut hentam je, kalau baking? Mau keras di situ.

Tapi memasak ni, bagi aku memang therapy. Aku kalau dah stress sangat memang memasak je lah. Sebab rasa macam released sangat segala masalah, sebab lepastu boleh makan! Kah!

Okayyy tanpa buang masa ayuh lahh kitaa,

1. Eina Azman



Korang tengok tu, tempting sangat kan dia punya masakan. Padahal masakan dia simple je. Aku kalau dah habis bosan scroll ig, memang ig dia lah aku stalk. Tak memasak pun tak apa. Kenyang tengok.

2.Khairul Aming


Yang ni tarikan utama dia, cara dia mengajar masak tu boleh tahan lawak juga. Aku suka sebab selalunya at the end of the video mesti ada drama pendek dia. Lol. Dan resepi dia sesuai untuk orang yang duduk rumah sewa dan bujang macam aku ni. Kalau setakat teringin dekat rumah sewa tu tak de lah teruk sangat nak craving. //tengok lah cheese tuu, dap em. .______.


3. Buat Orang Lapo

 
Sebagaimana nama channel itu, ye, memang kalau tengok ni memang bikin meleleh air liur. Yang ni resepi yang di kongsi dekat sini memang yang selalu ada je dekat tempat lain tapi kali ini orang melayu sendiri yang handle account ni. 


Actually ramai je lagi yang aku selalu usha, tapi aku dah lupa nama dorang. Sebab aku jenis malas nak follow, nak masak ke apa ke baru aku cari atau stalk. Sampai aku rasa aku perlu berkungfu di dapur baru aku stalk.  Ig sheila rusly pun best jugak, cuma makanan dia selalu letak maggi sedap je. tu je. Satu lagi Tasty. yang tu memang famous sangat kan? Best sangat kalau tengok. 


Tapi pernah je aku follow resepi dari ig dan sebagainya. Alhamdulillah menjadi. contohnya Kek chocolate, lepas tu, laksam, dan sebagainya. Aceeyeyeye, hahaha. puji diri sendiri.
Okay tu je aku nak membebel . Bosan cuti ni nak buat apa. luls.
 
spread love ♥

Comments

  1. khairulaming tu fav jugk! pastu sha baru jumpa satu budak ni ; dapoq_pdot haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah. baru jumpaa jugak. orang kedah. hahahaha. boleh laa kalau nak bagi ayaq liuqq meleleh . hahahahhaa

      Delete

Post a Comment

Hampa komen, hampa comel :)

Popular Posts