DONE SEM 1 ✔️

Assalamualaikum semua,🙈
 
setelah sekian lama tak berupdate dan cuti sem aku dah pun menghampiri ke penghujungnya, baru datang semangat nak update blog. semester break aku pun tak lama mana pun, cuma 2 minggu sahaja. Tapi cukuplah, 2 minggu ni pun rasa nak pengsan dah aku mereput di rumah.

Sepanjang minggu final, tidur malam aku memang tak tentu arah. Pukul 4 pagi tidur, pukul 6 bangun sambung study math. Something yang aku tak pernah buat sebelum ni, hahahaha. Aku tak minum kopi, sebab nanti aku lagi double tak betul. Aku memang suka kopi, sedapp weh. Tapi.. nanti aku sembelit, satu hal pulak nanti time exam perut jadi tak betul.

Tipsnya, habis paper pagi, aku pergi hentam tidur petang.

Cerah mata aku weh. Yang aku doa jangan sampai aku microsleep tengah tengah jawab je. Karang sedar-sedar tak jawab satu apa. Hari paling barai aku hari Khamis, aku tak tahu apa yang aku jawab, dengan harapan tak kena repeat sahaja.

Keluar dewan masing-masing memang mampu gelak dalam duka. Muka budak budak kelas aku memang tak boleh blah sorang-sorang. Aku keluar setelah satu jam setengah berada dalam dewan. Dah habis dah aku goreng, betul tak betul, aku serahkan kepada Allah jelah.

Di luar dewan, kitaorang menunggu geng geng gegirls keluar, sebab plannya petang tu nak bergambar dekat tasik sebab hari last jawab paper kan. Hilangkan stress. Kitaorang cadang nak amik gambar satu kelas, tapi tu lah budak laki kelas aku ni ada sorang hamba Allah perangai dia macam syaiton sikit. Jenis yang malas nak support apa yang budak perempuan nak buat.

Dia sorang je perangai macam tu, yang lain okay je. Sebab aku tahu perangai dia macam tu, aku malas nak ajak budak laki. Bosan. Macam la orang nak bergambar sangat dengan dia. eww.

So habis je semua geng gegirls keluar dewan, kitaorang bergerak ke tasik untuk bergambar. Yuhuhu! Senior cakap, batch dorang tak de pun yang minat pergi tasik, tapi intake kitaorang suka betul tasik tu. Kalau ajak sapa-sapa pergi tasik, selalu ON je. plus dalam kereta aku memang always ada tikar, ready untuk picnic yey!

Hasil photoshoot petang itu,



Shoo-ing all the stress away!




teman sepelarian bila pusing u, teman makan, teman jalan, teman gaduh 🌸




Usai je bergambar kitaorang gerak ramai-ramai pergi makan dekat luar kampus. Alah, tak jauh pun, keluar gate belakang dalam 10 min naik kenderaan dah sampai.

tak plan pun sebenarnya, tapi semua lapar petang tu sebab dorang tak breakfast dan lunch nasi so masing masing kebuluran. Aku lunch nasi dulu, nanti gastrik jadi satu hak pulak kan.





Bayangkan semua geng gegirls ada weh! just 2-3 orang je yang dah balik. Memang 3 meja kami penuhkan. Kedai tu jadi macam kami punya. Sumpah bising! Biasalah duduk dengan jenis kaki bahan. Memang meja tu serupa persidangan parlimen.




So girls! Let face new sem with new semangat dan the sam dua'. Stay together DIVAS!









Comments

  1. Seronoknya dapat keluar dengan kawan-kawan pergi tangkap gambar lepas exam.

    ReplyDelete
  2. Ok kita kontra.. I don't drink coffee. haha.. Sedapnya tengok abc dengan mee bandung tu..!

    ReplyDelete

Post a Comment

Hampa komen, hampa comel :)

Popular Posts