Pengalaman mengambil SPM sebagai calon persendirian — part 3 (daily routine)

yang tak baca part-part sebelum ni, I suggest you gais baca dulu, supaya faham flownya ye. :) 



So before I sambung kisah ni, let me tell you something..

Aku dulu ambil aliran sains, pure science tapi time spm aku drop bio sebab memang aku tak boleh nak hadam dah bio ni. Jadi aku amik 8 subject, (BM, BI, SEJ, PI, MATH, ADDMATH, FIZ,KIM)

Walaupun aku macam tak de mood dah nak ambil science ni, tapi aku dah stuck dengan benda ni lama, so why not we finish kan dia walaupun aku tak confident pun nak dapat straight A. Aku cuma nak letak titik noktah bagi zaman persekolahan aku, macam closure. Supaya aku boleh move on dengan life baru pulak.

Walaupun hakikatnya susah jugak nak terima high-school-life aku yang gila-gila end up boleh buat aku gila.

Tapi I know, Allah know what the best for me and Allah sedang uji aku dan family aku dengan ujian yang kami mampu.

So don't start dengan kenapa tak amik 5 subject je.. okay? Nope. Don't.


Daily routine as homeschooler



Routine aku tak ada yang special pun, sebab aku bukan top scorer yang gila-gila. Aku dengan adik aku berbeza bagai langit dan bumi, dia boleh stay dari 8 am - 12 pm buat homework dekat ruang tamu lepas tu layan kdrama. tapi aku tak. sejam belajar, dua jam main. ya allah.

Aku tak tahu la effect selepas aku frust dengan sekolah ke apa, tapi sebelum ni aku agak rajin. Sorry sebab angkat bakul sendiri. tapii..hm, nak kena cari balik semangat rajin dan semangat positif aku ni. Entah kemana dia hilang.

Aku nak belajar pun tak benda nak belajar sangat, lebih kepada ulang kaji sebenarnya. Sebab sebelum ni aku memang dah sekolah. Banyak pulak tu sekolah, sampai stress adik-adik sebab sekolah akak depa ni bertukar saja kerjanya. Akak ni double stress tau tak? huhuhu.

Aku tak de hire private tutor, aku tak pergi tusyen, aku cuma menggunakan internet dan adik aku. and..most of my time.. I spent time ALONE at home. Sebab budak-budak semua sekolah kan. Jadi aku belajar lah sendiri. Memang belajar sendiri ni dugaan besar. Kejap mengantuk. Kejap nak makan. Kejap nak terkuncil. Kejap panas. susah aku nak fokus. Sumpah jeles dengan adik rumah sewa aku yang boleh stay study gila-gila. Lagi gila dari adik aku. huhuhuhu.

gila teruk filter sampai hilang apa yang ada dalam buku. ya allah. T_T



aku cuba study dekat mcd. hmmmm. tak best. lepas tu pergi library, parking kena bayar, tak bayar kang kena kunci tayar. hmmmm. sudahnya baik aku duduk rumah, tak payah bersiap. Tak kalut tudung tak jadi ke apa. HAHAHA. nak naik uber.. aku sengkek, pikir boleh buat isi minyak kereta, (tulah sapa suruh ada kereta. aku tak minta pun, dah parents kasi.. pakai jelah..hmmm) 

Benda yang melibatkan pembacaan dan latih tubi seperti Sejarah & Pen.Islam. Aku biasanya buat pagi-pagi. Baca, buat nota sikit, baca skema jawapan negeri, spm sebenar. Ulang latihan. ataupun kalau malas, pergi tidur. HAHAHA. k.

Math, Add Math, Physics, Chemis (aku drop Bio)

yang ini selalunya aku buat bila adik aku ada. Selalunya malam, bila dia setel kelas di sekolah dan semuanya. Tapi tulah... add math tu entahlah.. aku rasa macam ada hijab sikit. banyak dosa gamaknya. Memang sehari mampu satu soalan je. Bingung aku nak jawab dan past year spm addmath 2017 masyaALLAH. nak nanges weh. latihan senang la jugak..jugak okay.. mai real ques, perghhh. gigit pensel aku.


selain tu.. aku menjadi suri rumah tangga untuk adik aku.huhuhuhu. Aku masak untuk dia dan aku jugak.. kadang rajin sikit buat breakfast, kadang buat snek untuk study malam. Pagi aku hantar dia, selalunya siapa awal boleh merasa kak aina hantar sekolah. hehee. ataupun time hujan lebat gila. balik sekolah balik sendiri sebab aku tak sure bila dia balik. Kejap ada tusyen, kejap tak. So dia kata tak payah hantar.


Alhamdulillah tutor kesayangan aku membesar dengan sihat dan cerdik. lulz.


K, tu je

Comments

  1. Akak sangat memberi inspirasi kepada Hana ^^ Homeschool bukan sesuatu yg Fun! dan hanya org yg pernah lalui sahaja yg faham... T^T Hana salute gila kat akak!! Good luck for future ya!! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you dear! :) and hana pun sama! good luck for your future too :D

      Delete
  2. been following the storyline dari part one. Kagum dengan diri u plus family yang supportive sekali. Anyway, inshaAllah kita semua akan berjaya cuma jalan lain-lain dan kejayaan dalam bentuk lain-lain. You managaed to face all this things pun dah dikira kejayaan sangat dah. And for that i believe you can achieve more in future. Goodluck !

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dear sebab sudi baca dari awal. and alhamdulillah my fam got my back. and I agreed with u. thank you so much! good luck to you too! :D

      Delete
  3. Agak-agak kalau tak belajar langsung + ambil subjek asas je, SPM ada subjek fail, ada orang nak ambil kerja tak? :') Serius adakah mereka tengok result atau pun sebagai syarat je? Serius tanya ni.

    ReplyDelete
  4. Bukan nak kerja pejabat ke apa, sekadar kerja kedai makan, contohnya.

    ReplyDelete
  5. Hi Aina, how about retake for English paper and maths?

    ReplyDelete
  6. Anonymous13/2/21

    ASSALAMUALAIKUM...BOLEH TAK EMAIL SAYA MACam mana saya nk dapatkan cara cara untuk spm persendirian...untuk adik saya...dia just belajar spai pt3...hopefuly awak boelh guide sy utk adik sy sambung belajar... nurseherish@gmail.com @ syeekincancer@yahoo.com.my

    ReplyDelete

Post a Comment

Hampa komen, hampa comel :)

Popular Posts