Childhood Days

Assalamualaikum ♥


Hari kelas memandu aku cancel since cikgu tu MC. So next week baru aku punya kelas rasmi dekat akademi memandu. Setakat ni semuanya home-schooling je dengan ayah aku. HAHA.

Since dua tiga menjak ni aku jumpa mood aku nak menulis.. aku nak share 90' line kids punya childhood days. Sapa 90' kat sini.. put your hands up!



1. Yoyo

Kalau time aku kecik-kecik dulu.. dekat kawasan rumah aku ni dia main game ikut musim or senang cakap trend. Kalau masa tu tengah musim main yoyo.. kami akan main yoyo berjemaah. Time ni memang dah tak kira lelaki ke perempuan.. semua beli.

Aku bila tengok budak lelaki main penuh dengan aksi yang pelbagai buat aku tertarik nak beli. Kononnya nak buat macam dorang. tapi tak pernah jadi. Lepas pada tu memang aku malas main. Asyik main campak-campak je.  Tak de skill langsung. 

Dah la kalau main campak-campak pun tak naik balik. HAHAHA. Sedih betul hidup aku.




2. Tuju Kasut

Aku tak tahu kalau negeri lain panggil apa. tapi kalau dekat Kedah, game ni orang panggil tuju kasut. 

Time petang-petang memang penuh lah jalan depan rumah kami semua. Since rumah aku tu lorong yang paling last dan jarang kereta lalu, so memang jalan tu time petang-petang macam jalan kami sendiri. HAHAHA

Everytime kereta lalu time baru lepas susun cantik-cantik... Memang muka sorang-sorang dengan dramatik gila berdoa supaya kereta tu lalu dekat kasut-kasut yang disusun tu tanpa meruntuhkan binaannnya. HAHA.

Kalau kereta berjaya lalu dengan jayanya.. akan ada sorakan sambil cakap PAKCIK HEBAT or something like that. Memang best gila. time tu. 




Serius aku tak tau orang panggil ni main apa. Entah siapa yang mula benda ni pun aku tak tau. Tapi yang pasti benda ni aku belajar main dekat sekolah dengan geng-geng laki. Dia ada macam-macam style orang main.

Ada yang style main track. Dorang lukis jalan dengan halangan-halangan lepas tu gunakan pensel untuk lalu jalan tu dengan cara pegang hujung pensel dan lepaskan. Siapa langgar bahu jalan dia mati kat situ. Kena bagi orang lain jalan pula.

Kalau yang macam dalam gambar ni.. main bola. Yang ni aku tak main. aku main yang jenis bunuh-bunuh. Lukis macam ni jugak. Lepas tu lipat kertas, agak agak dari belakang kertas tu untuk bunuh pihak lawan. 




yang ni.. aku tak tau lah still ada ke tak ada. Sebab adik aku hari tu ada ja main masa tahun lepas. 
Yang ni siapa yang ada time tu memang kira ohsem sangat dah la. AHAHA




BATU SELAMBUT/ BATU SEREMBAN

Okay batu ni memamngg benda FAV AKU sangat! Sebab aku juara dalam kelas. dari darjah 4-6 aku memang champion benda ni dekat sekolah. 

Sampai tiap kali aku nak pergi main, orang akan cakap..

"Aina, hang tak leh main.. Hang dah terror."

"Jangan bagi Aina main.. nanti kita kalah."

Memang kalau boleh aku ni depa nak blacklist dari main batu dalam kelas. Hhahaha. Kuku aku time tu memang tak beberapa nak cantik lah sebab selalu berlaga dengan lantai. 

Tu tak masuk lagi batu selalu pecah bila aku main. Bila cari batu tak cari 7, aku cari 9. Buat spare-part. HAHAHA.


Serius rinduu gila nak mainn semua ni.

Sekian. HEHE


Share lah pengalaman yang paling best time dulu-dulu. Heheh.




Comments

Post a Comment

Hampa komen, hampa comel :)

Popular Posts