Life.

Bismilahhirrahmanirrahim.

Assalamualaikum semuaa!



Bila dah dapat blog terus aku dah lupa semua benda yang aku nak taipkan. Cuba tak dapat? Idea berjurai-jurai sampai penat tangan aku nak menulis. Hari ini dah masuk hari yang ke-9 kehilangan pesawat MH370. Aku macam nak komen je. macam nak je cakap pasal semua benda ni. Tapi aku malas. Biarlah aku jadi pemerhati yang terhormat dan mendoakan ia cepat-cepat di temui. Amin.

Dua hari lepas aku layan drama Aku Ada Wali. Ya. ya. aku tahu ketinggalan. Dah lama dah cerita tu keluar... baru sekarang aku nak layan. Aku mana ada Asrto. Serious cerita itu memanglah sangat menepati citarasa aku! Daebakakakakakakaka! Aku sangat-sangat ingin sebuah cerita yang macam tu. Tengoklah, skrip di tulis Ustazah Fatimah Syarha. Banyak benda aku belajar dari drama tu.. walaupun aku baru tengok dua episod.

Thanks to my little sister yang mendownloadkan cerita tersebut. Aku pulak download cerita KOREA. Kau nampak tak betapa aku ni kakak yang teruk? -_- Sungguh tidak menunjukkan contoh yang baik kepada adik-adik. Tapi.. sebab Rain yang berlakon.. Meltinggg. Aumm. Okay. SILA MUNTAH. Hahaha. Abaikan part Rain tu semua.. 

Nak jaga hati memang susah. Serius cakap. Sebab tu.. budak tahfiz selalu tak balik rumah. Kalau balik. Lingkup hafazan dorang. Sebab kalau tengok perempuan dedah aurat sikit pun.. dah tergagap surah-surah dalam dada.  Tengok diri sendiri sudahlah.. banyak betul lah dosa yang bersarang dekat diri ni. Dah tau berdosa buat juga. Contoh macam aku la. Tengok sampai lagha.. kan teruk tu? Tsk. Itu dari segi hafalannya.

Nak jaga hati dari LELAKI. 

Ini aku tau. serius ramai yang payah. Contoh yang paling dekat adalah kawan-kawan aku sendiri. Di sekolah baru. Di sebabkan ada sesetengah lelaki yang tak layan pertanyaan perempuan ni. Terus dia cakap tak open-minded bagai. Gaya cakap dia macam dah nak mati bila laki tu tak layan cakap dia. Hello you! Dalam kelas tu ramai lagi yang you boleh tanya. Kenapa you nak sangat girls and boys rapat? Apa motif you? 

Nak cakap aku baik? Tak. Aku serius jahat. Orang tak tahu sebab..

ALLAH TUTUP AIB AKU. KALAU ALLAH NAK BUKA ESOK? PERCAYALAH.. TAK ADA MANUSIA NAK KAWAN DENGAN AKU. 
Pada aku, boleh je nak cakap dengan lelaki macam dalam cerita tu. Cakap bila perlu. Bukannya tak boleh cakap langsung. Tapi setengah lelaki ada prinsip yang dia tak nak cakap dengan perempuan. Macam tu juga dengan perempuan. Kau tahu kalau kau sembang kosong.. berdosa kalau dah sampai lagha.


Nak Syurga ALLAH. kenalahh bekorban. 



Terkadang aku sendiri pun terkandas. Tapi bila aku teringat aku akan lari kembali ke traknya semula. 

Aku teringat dialog dalam cerita AKU ADA WALI.

"Tahu tak kenapa dalam Islam ada konsep Akhirat?
Sebab bila kita nak buat sesuatu kita kena fikir efeknya di masa akan datang. "

Lebih kurang macam tu sahajalah bunyinya. So bila aku fikir balik.. kalau kita tak saling mengingati.. who else? tak akan nak suruh orang non-mu slim tegur kita.

Malaysia kalah dengan NAFSU. Tengoklah semua masalah yang berlaku di Malaysia. Latest, mati masa sebab alkohol masa tengah konsert? Hmm. Lu ada akal..lu pikirlah sendiri.

Don't keep blame other. Padahal kita teruk macam binatang yang tak ada akal. Perbaiki diri. Inshaa-Allah.
Wasalam.

Comments

Popular Posts