Langit Cinta/Sky Love (2)


Elya dan mak ciknya melangkah masuk ke butik pengatin muslimah yang berada di tengah kota raya itu. Mereka menanggalkan kasut mereka. Kaki mereka tenggelam dalam karpet gebu berwarna merah. Mata Elya bersinar-sinar memandang semua koleksi busana-busana yang tersedia. Terlalu cantik! Itulah yang mampu di ucapkan oleh Elya di dalam hati. Makciknya hanya menjadi pemerhati. Semua kelengkapan pekhawinan akan di tanggung sepenuhnya oleh keluarga Hafiz. Hadiah, kata Datin Ifah.

Pandangan Elya tertaut di sepasang busana yang berwarna biru lembut dan putih. Dia khusyuk merenung dan membelek baju tersebut. "Elya?" satu tangan mencuit bahu Elya. Elya tersentak, segera dia beristigfar di dalam hati dan mengurut dadanya. Elya mengerutkan wajahnya sebelum tersenyum memandang gadis yang manis bertudung labuh di hadapannya. "Husna! Lamanya tak jumpa awak!" Elya menjerit kegembiraan sambil melagakan pipi mereka.

"Awak la, saya cari awak lama tahu, tak sangka jodoh pertemuan kita masih panjang." Husna mencuit hidung Elya. Elya tersengih. "Apa awak buat dekat sini? Cari baju perkhawinan ke?" Elya menanya. "Tak adalah, saya tauke butik ni." Husna mengangkat keningnya dua kali. "Betulke? Kalau macam tu boleh kasi discount dekat saya." Elya mengusik. "Boleh saja, awakkan kawan baik saya. Rindu awak tahu!" Husna mengenyit matanya. "Eh,kejap! Awak datang sini kenapa? Jangan-jangan.. awak.." Husna tidak menghabiskan ayatnya. Namun wajah Elya sudah merah.
"Betul la tu?" Husna menduga. "Dah la, kalau dah jadi nanti saya jemput awak. Malu saya!"

********
Cermin topi keledarnya di buka. Sarung tangannya di tanggalkan. Di tanggalnya topi keledarnya itu. Hafiz turun dari motornya. Seorang gadis berambut ikal dan perang tersenyum memandang ke arah Hafiz. Jalannya dengan penuh lengguk menggoda. Dia bertenggek di motor Hafiz. "Kenapa sayang datang lewat?" Alice menjeling manja ke arahnya, sambil tangganya memeluk lengan Hafiz. Hafiz hanya membiarkan sahaja."Ada hal dekat rumah tadi."balas Hafiz dengan gaya bersahaja.

Alice hanya mengangguk. "Hari ini kita nak makan dekat mana?" Alice menanya sambil mencapai topi keledar yang di serahkan oleh Hafiz. "Petang ni saya tak masuk pejabat. So kita boleh enjoy puas-puas. Petang ni you tak ada kelas kan?" Alice menggeleng. "Okey, hari ini kita akan enjoy puas-puas. Tengok filem,makan bersama, karaoke.." Hafiz mengemaskan sarung tangannya. "Let's go."

******

“Kamu ada nampak Hafiz tak?” soal Dato’ Ahmad kepada setiausahanya. “Entah Dato’ saya tengok tadi masa makan tengah hari dia keluar. Tapi tak tahu kemana. Dan dia tak masuk pejabat selepas itu.” balas Puan Zarina. “Tak apa lah. Terima kasih. Kalau dia masuk nanti,cakap dekat saya.” Puan Zarina hanya mengangguk.

Dato’ Ahmad masuk ke biliknya. Dia hanya menggeleng. “Hafiz, hafiz bila la kamu nak faham apa yang ayah buat dekat kamu ni.” Dato’ Ahmad membuang pandanganan ke tingkap.

*******
“Mak cik.. Hafiz tu orang yang jenis macam mana eh?” Elya mengelap pinggan-pinggan yang sudah di bilas. “Sabarlah, kamu akan tahu nanti. Tak seronok la cakap sekarang.” balas mak ciknya sambil mengenyit mata.

Elya hanya tersengih.

********
Malam itu rumah agam milik Dato’ Ahmad dilimpahi dengan cahaya. Sanak saudara dan rakan terdekat di undang bagi memeriahkan majlis akad nikah pada malam itu.

Hafiz segak mengenakan baju Melayu berwarna putih dan songkok hitam. Ruang tamu di rumah itu penuh dengan tetamu-tetamu yang hadir pada malam itu. Hafiz menjeling-menjeling memandang suasana rumahnya. “Aku dah nak khawin ke ni? Cepatnya. huah!” Hafiz menjerit di dalam hati. Sesekali dia cuba mencari kelibat Elya Zahra. “ Kamu cari apa Hafiz? Dia ada dalam bilik. Karang masa kamu nak sarungkan cincin, kamu boleh tengok.” Ayah Hafiz perasan dengan tindak tanduk Hafiz.

Hafiz hanya tersengih sambil menggaru hidungnya yang tidak gatal.

Selesai sahaja akad nikah dengan sekali lafaz, Hafiz berlalu ke bilik untuk menyempurnakan majlis.

Elya duduk dengan sopan di birai katil. Gadis itu anggun dengan jubbah sedondon dengan pakaian Hafiz. Hafiz terkedu. Terasa seperti berjumpa dengan seorang bidadari. Gerak kakinya semakin menghampiri Elya.

Kotak cincin di buka, sebentuk cincin berikat berlian di sarungkan. Elya menyalami suaminya. “Aku dah sah jadi isteri dia.” bisik hati kecilnya. Dia terasa dahinya panas, dahinya sedang di kucup oleh Hafiz! Wajah Elya bertukar menjadi kemerah-merahan. “Now you were mine.” Hafiz mengenyit mata nakal. Elya pura-pura tidak dengar.

********

Tetamu beransur-ansur pulang, Hafiz dan isterinya sudah masuk ke bilik.

“Awak tidur dekat katil ni, saya tidur dekat sofa.” ujar Hafiz sambil menanggalkan bajunya di belakang Elya. “Tapi awak..” Elya memusingkan tubuhnya. Matanya tertancap pada tubuh Hafiz yang baru sahaja menyarung baju yang lain. “Awak memang tak boleh ke nak tukar baju dekat tempat lain?” Elya memarahinya. “Tapi ni bukan aurat saya.” Hafiz tersengih dan masuk ke dalam bilik air. Elya terdiam.

“Ustazah, sampai bila awak nak pakai tudung dengan baju tu. Saya tahu la awak alim pun, tapi saya kan suami awak tak akan tak boleh nak tanggal tudung kot.” Hafiz menarik bantal dan selimut dan dia duduk di sofa biliknya. Elya mengetap bibir. “Mamat ni memang suka cari masalah betul la.”  Elya berlalu ke bilik air.

Hafiz hanya mengekeh ketawa.

Elya keluar dari bilik air.  Hanya berkain batik dan ber t-shirt labuh. Rambutnya di lepaskan ke belakang. Hafizj hampir terlelap, dia merenung isterinya yang sopan menyikat rambut.

"Awak, awak dah solat ke?" Elya memandang Hafiz dari cermin. "Solat?" Hafiz menanya seakan-akan pelik dengan perkataan itu. Perkara yang sudah lama di tinggalkan sejak umur belasan tahun. Malah, ketika sambung belajar di Amerika sekalipun dia tidak pernah menunaikan kewajipan itu. "Aha. Solat la. Awak tu lelaki bukan perempuan." Hafiz terasa seperti di perli. "Oh ye, baru teringat. Saya baru 'datang' pagi tadi." Dia mengejek sebelum membalut tubuhnya dengan selimut.

Elya hanya menggeleng.

*******

Elya bangun pada jam lima pagi. Dia sudah terbiasa bangun seawal itu. Saat itu dia melihat tempat Hafiz tidur. "Semalam selimut bukan main lagi, pagi dah macam udang kena bakar." Elya tergelak kecil. "Awak..awak..bangun. Pergi tidur atas katil." Elya mengoyang kecil tubuh Hafiz. Hafiz hanya bangun dan sambung tidur di atas katil. Elya tersenyum. Dia menarik selimut dan menyelimuti tubuh Hafiz. Kakinya melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri dan mengambil wudu'.

Sebaik sahaja azan subuh berkumandang. Elya segera memberhentikan bacaan al-quran dan menandanya. Al-Quran pemberian suaminya sebagai hantaran di kucup sebelum di letakkan di tempat yang lebih tinggi.

Sebaik sahaja solat, dia menadah tangan dan berdoa. Kerana doa adalah senjata umat Islam, dan Allah tidak pernah jemu dengan permintaan kita.

"Hafiz Ashraf… oh Hafiz.. awak, bangun. Subuh dah ni." Hafiz menekup telingannya dengan bantal. Elya mencubit kecil di bahu Hafiz sebelum dia mengambil tudung dan keluar.

"Ustazah ni! eee!" Hafiz bangun dari tidurnya. Baru sahaja dia mahu masuk ke bilik air, dia memandang katil dan sofa. "Eh? Perempuan badang ke dia ni?" Hafiz membulatkan matanya.

******

"Eh, dah bangun pengantin baru kita ni? Awalnya. Ada apa-apa yang menarik berlaku semalam?" Mak ciknya mengusik. "Makcik ni." wajah Elya sudah merah. "Ada apa-apa yang Elya boleh bantu?" dia mengalih topik. Jangan layan! "Pengantin baru tak boleh buat kerja lagi. Inai dekat tangan pun tak hilang lagi." Makciknya terus mengusik. "Sudahla.. kesian dia." Datin Ifah merangakap ibu mertua Elya membelanya. Elya tersengih.

"Auntie. Ada apa-apa yang boleh Elya bantu?" soal Elya. "Auntie? You can call me ibu dah sekarang. Jangan panggil auntie dah." Datin Ifah memberitahu. "Oh, maaf." Elya umpama baru tersedar kesalahannya. "Hafiz dah bangun?" Soal Datin Ifah. "Tadi dah kejutkan dia. Kejap nak tengok dia bangun ke tak lagi." Elya meminta diri.

Pintu bilik terkuak. Wajah Elya tersengul. Hafiz sedang mengeringkan rambutnya di hadapan cermin.

"Dah bangun? Ingatkan nak terbongkang atas katil tu sampai esok." Elya memerli.

"Hahaha. Cakap pasal katil, macam mana saya boleh ada atas katil? Awak angkat saya eh?" Hafiz menjongketkan keningnya.

"Hey, Encik Hafiz Ashraf awak ingat saya ni badang ke apa? Pagi tadi, saya suruh awak tidur atas katil, awak ye ye je. Lepas tu terus awak tidur atas katil." Elya mencebik.

"Mana la saya tahukan, saya tersilap khawin dengan kakak badang." Perlahan sahaja Hafiz membalas.

"Apa awak cakap? Ulang lagi sekali."

"Saya cakap, untung saya khawin dengan isteri solehah macam awak. Tak sanggup tengok suami tidur atas sofa." Elya mencebik. Tadi cakap lain. Sekarang cakap lain. Lahir dekar planet Marikh ke budak ni? Alien.

"Ibu ajak turun makan."

"Oh ok, kejap saya nak betulkan tali leher saya ni." Hafiz terkial-kial memakai tali leher. "Meh sini saya buatkan. Kalau tak reti, suruh la orang ajar or buatkan. Jangan sombong Allah tak suka." Elya membetulkan tali leher yang berwarna merah itu.

"Thanks." Hafiz merenung wajah Elya. Wajah Elya berubah menjadi kemerah-merahan.

"You are welcome." Bergerak meninggalkan Hafiz.

*****
"Ha! Menantu dan anak ibu dah turun. Mari makan. Ada macam-macam lauk." Datin Ifah tersenyum memandang dua insan yang muncul di ruang makan.

"Good Morning bu, auntie. Ayah mana?" Hafiz menarik kerusi untuk Elya. Elya terkedu. Namun dia duduk sahaja.

"Ayah dah ke pejabat. Ada hal." Hafiz hanya menggaguk. Elya bangun untuk mencedukkan makanan kepada Hafiz,ibu dan makciknya.

Selepas selesai sarapan. Hafiz bergerak ke kereta. Ibu mengisyaratkan supaya mengiringi Hafiz. Elya akur.

Elya menghulur tangannya untuk bersalaman dengan suaminya. Hafiz menyambut huluran tangan itu. Dahi Elya di singgahi oleh bibirnya.

"Bye," Hafiz masuk ke dalam kereta.

Ibu dan Makciknya hanya mengintai dari jauh. Mereka tersenyum suka.


*********
To Be Continue..

Thanks sebab baca cerita ni sampai habis. Segala kesalahan ayat dan tatabahasa amatlah di kesali. Harap sudi komen dan beri kritikan untuk cerita ini. Terima kasih. ^_^





Comments

  1. ena , kenapa update satu je? -..- update lagiiiiii

    ReplyDelete
  2. arghhh! cepat update! <3

    ReplyDelete

Post a Comment

Hampa komen, hampa comel :)

Popular Posts